Followers

Saturday, January 24, 2009

"duit orang miskin untuk mereka yang miskin..."

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. salam dan selawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat baginda yang teguh berjuang menyebarkan Islam.tidak dilupakan juga salam sejahtera kepada para pejuang dan mujahidin di sepanjang zaman yang mendaulatkan agama Allah.

Tadi saya sekeluarga berpeluang menyertai satu malam Himpunan Amal dana Palestin yang dianjurkan oleh Parlimen Parit Buntar-YB Ust Dr Mujahid Yusof Rawa.

Program itu memang meriah.dibuat di padang perbandaran Parit Buntar. Sejak Parlimen Parit Buntar 'bertukar tangan' selepas PRU 14 yang lalu, memang banyak program yang dijalankan. Meriah. Dan kali ini Parlimen Parit Buntar menganjurkan pula Himpunan Amal dana Palestin. Siap buat kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Parit Buntar lagi(sesuatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan disesetengah tempat,kerana sekatan-sekatan tertentu).

Himpunan Amal dana Palestin tersebut,dimulakan dengan bacaan tilawah al-Quran oleh juara Akademi Quran. Kemudian diteruskan dengan satu persembahan Montaj Palestin (tayangan multimedia). Selapas itu, beberapa pimpinan turut memberikan ucapan.Kemuncak Himpunan Amal dana Palestin adalah pelancaran derma untuk rakyat Palestin sabil diselangi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Inteam.

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dari Himpunan Amal dana Palestin tersebut:

1- Jalan penyelesaian antara umat Islam dan Yahudi adalah dengan jihad dan bukan dengan Momerandum of Understanding (MoU). Ini dibuktikan oleh kisah bagaimana Umar Al-Khattab membuka tanah Palestin dahulu. Beliau menggunakan jalan jihad dan 'darah para syuhada' terpaksa ditumpahkan demi menebus tanah suci Palestin.

Method ini turut sama dicontohi oelh ' Umar Al-Khattab kedua'(salehuddin Al-Ayyubi) yang membuka kota palestin. Beliau turut menggunakn jihad dan bukan dengan MoU.

Ini memang terbukti dalam Quran.

2- MoU hanya merugikan umat Islam. Ini terbukti apabila kita lihat semasa hayat Yasir Arafat beliau banyak cuba membuat MoU dengan Israel tapi akhirnya, hanya merugikan umat Islam di Palestin.

disini saya cuba sebagaian kecil beberapa Mou atau rundingan yang ada kaitan dengan Palestin. Sebahagiannya dibuat sendiri oleh pimpinan sebelum pemerintahan Hamas:

perjanjian balfour-1917
perjanjian oslo-1994
perjanjian kem david-2000
(*hasil dari catatan saya semasa menonton montaj yang dipaparkan)

3-saya juga tertarik dengan apa yang disampaikan oleh ust Azli Musa. Dia kata jangan ada dikalangan kita meremehkan usaha2 yang kita buat seperti ceramah, kempen, kutipan derma dan lain2 program yang berkaitan palestin. walaupun usaha ini nampak seperti tidak memberi kesan kepada Israel.

Namun kita harus ambik iktibar dari kisah burung kecil yang membantu nabi Ibrahim semasa baginda dibakar oleh raja Namrud.

Burung kecil tersebut menceduk air dengan paruhnya yang kecil dari sumber air berdekatan kemudian menuang air tersebut ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan dapat memadamkan api tersebut.

Jika difikir logik seperti tidak memberi kesan. tetapi sebenarnya, usaha ini sangat dipandang mulia dan tinggi disisi Allah.

Justeru, walaupun usaha2 yang kita lakukan di Malaysia bagi membela umat Islam di Palestin, namun ia dipandang tinggi oleh Allah. dan insyallah usaha inilah akan menjadi bukti kita dihadapan Allah bahawa kita pernah lakukan sesuatu demi membantu saudara seIslam kita di Palestin.

4- Jika kita hendak menyumbang kepada Palestin, kita harus lihat siapa agen yang uruskan derma tersebut. kerana kadang-kadang orang yang urus derma tersebut akan menyerahkan derma kita kepada DUTA PALESTIN di Malaysia.

Yang menjadi masalahnya, DUTA PALESTIN di Malaysia itu adalah wakil HARAM parti Fatah yang telah kalah semasa pilihanraya di Palestin yang lalu.

Fatah sangat bahaya. Mereka ini adalah DALANG terhadap serangan ISrael terhadap Gaza! Inilah maklumat yang saya perolehi dari rakan-rakan dan pembacaan saya. Fatah berkomplot dengan Israel supaya menghapuskan Hamas di Gaza supaya mereka dapat memerintah Gaza.

Mengikut satu maklumat yang saya dapat dari seorang penceramah Aman Palestin di IPG saya, antara kekejian Fatah ini, mereka turut menangkap pejuang Hamas kemudian menyerahkan kepada Israel untuk disumbat ke kem2 dan penjara2 Yahudi.

Jadi pastikan kita sumbangkan derma kepada agen yang menyerahkan derma2 tersebut kepada wakil Hamas di Palestin. Elakkan dari menyumbang kepada NSTP kerana mereka akan serahkan kepada duta Palestin- Fatah!

Bagi kerajaan Negeri Perak, sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri perak akan serahkan by hand terus kepada Hamas. Sumbangan ini akan dihantar oleh beberpa orang tokoh yang dipilih antarannya -Cikgu Azmi Hamid, presiden TERAS dan Ust Azli Musa. Mereka akan berangkat ke Palestin pada pertengahan bulan mac.

5- hasil dari ceramah Himpunan Amal dana Palestin ada satu maklumat yang menarik perhatian saya. dan saya anggap ia sebagai ilmu baru.

Iaitu, Bani Israel ini adlah satu2nya bangsa yang telah DILAKNAT oleh Allah dan para Nabi serta rasul tetapi masih diberikan peluang oleh ALLAH untuk hidup hingga ke hari ini.

Buktikan bangsa Israel adalah bangsa yang dilaknat, dinyatakan dalam sepotong ayat quran. saya tak dapat ingat ayat yang dibaca oleh ust tersebut.

Hem, saya pun baru perasan perkara ni. Jika kita lihat sejarah kaum2 dan bangsa2 terdahulu yang telah dilaknat oleh Allah,(cth kaum Lut) akan terus dibinasakan. Tapi Israel tidak. Walaupun telah dilaknat, namun masih dapat hidup hingga kini. apa hikmahnya? satu persoalan baru bagi saya.

5- yang terakhirnya, saya agak terharu dengan ucapan YB Ust Dr Mujahid bila beliau kata dengan nada sebak:

"saya sendiri akan serahkan duit-duit anda warga Parit Buntar kepada rakyat Palestin. Saya akan katakan kepada mereka...inilah duit2 hasil sumbangan orang2 miskin dari Parit Buntar yang sanggup menderma kepada anda rakyat Palestin yang berada dalam kesusahan...."

saya terharu dengan pengorbanan pakcik2 dan makcik2 tua yang menderma kepada tabung palestin. mereka bukanlah golongan yang punya wang yang banyak.duit pun cukup2 makan. sebahagiannya hanya pesawah, peniaga dan orang berpendapatan rendah.

Namun kesusahan bukanlah alasan bagi mereka untuk membantu saudara seIslam kita di Palestin.saya sungguh terharu.isk2..

sekian dahulu. Ini sahaja yang saya dapat kongsi kan buat masa ini. Maaf jika ada kekurangan.

p/s: kepada rakan2 IPIP, duit derma Kempen IPIP bersama Palestin yang kita lancarkan dulu yang hampir RM5ribu tu cadangan asal nak beri pada wakil Aman Palestin tetapi tiba2 takdapat nak bagi lagi sebab saya dapat maklumat yang derma tu mungkin akan diserahkan melalui kementerian pelajaran malaysia (KPM).

Ini yang saya risau. sbb tak tau KPM nak serahkan derma melalui siapa untuk disampaikan kepada rakyat Palestin. Kalau serah melalui duta Palestin habislah kita.

Tapi kalau melalui Aman Palestin dia akan bagi direct pada wakil NGO rakyat Palestin.

Doa2 la supaya derma tu dapat diberi terus kepada Aman Palestin.

No comments: