"Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal hari kiamat?"-al-ghasyiyah ayat 1.
ayat di atas adalah ayat al-quran pertama yang dibaca oleh ust kazim alias semasa beliau berkhutbah jumaat di masjid an-nur batu 8, jumaat minggu lepas.
setiap kali beliau sampaikan khutbah, saya akan ternanti-nanti mendengar setiap butir kata-katanya.
kerana beliau berkhutbah dan bukan membaca khutbah.
beliau berkhutbah tanpa teks.
Kata-katanya datang dari ilmu dan kefahamannya.dan mungkin juga ikhlas dari hati.mungkin.
kata-katanya bukan seperti kata-kata pemberi khutbah yang lain, kelihatan mantap berkhutbah tapi sebenarnya datang dari ayat teks khutbah yang disusun indah setiap kata-katanya.
yang kadang-kadang mereka itu kelihatan 'hipokrit' di mata saya.hemm...maaf.
bila ust kazim membaca ayat tersebut, terdetik di hati saya:
"wah, suspen isi khutbah kali ni"
sbb?
sbb ayat itu adalah tentang KIAMAT. tentang KIAMAT. KIAMAT....
aduh........
setiap kali fikir tentang kiamat, saya akan jadi down, sedih, resah dan macam2 benda negatif...dalam masa yang sama hati saya akan terdetik:
"habislah aku!!"
kiamat amat dasyat. segala perkara kecil dan besar yang kita buat semasa di dunia akan dibongkarkan semula di hadapan Allah dan pada semua lautan manusia.
disana..
anda akan tahu segala keaiban diri yang saya sorok
dan juga kebaikan yang saya pernah lakukan semasa di dunia.
saya juga akan akan tahu segala keaiban diri yang anda sorok dan kebaikan yang pernah anda lakukan semasa di dunia.
segalanya akan dihisab.
adakah setiap amalan yang kita buat itu menepati syariat dan IKHLAS krn Allah?
-adakah saya menulis dalam blog ni ikhlas kerana Allah?
-adakah saya ke kuliah selama bertahun-tahun ni ikhlas kerana Allah?
-adakah saya makan dan minum selama ni ikhlas kerana Allah?
-adakah saya tidur selama ini ikhlas kerana Allah?
adakah,,adakah,, adakah?
ust kazim alias sebut masa dalam khutbahnya, semasa Rasulullah berjalan berhampiran dengan rumah seorang sahabatnya, tiba-tiba baginda terdengar sahabat tersebut sedang membaca ayat di atas.
"Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal hari kiamat?"
-al-ghasyiyah ayat 1.
bila Rasulullah terdengar sahaja ayat tersebut, terus baginda menangis teresak-esak sambil berkata :
"telah sampai Ya Allah, telah sampai Ya Allah"
kenapa hingga begitu Rasulullah menangis?
tidak lain tidak bukan sudah pastilah kerana dahsyatnya KIAMAT.
LIHATLAH PADA AYAT YANG 2 - 7 SURAH GHASYIYAH:
2. Pada hari itu, banyak wajah tertunduk hina
3. (kerana)berkerja keras lagi kepayahan
4. Mereka memasuki api yang sangat panas (neraka)
5. diberi minum dari sumber mata air sangat panas.
6. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
7. yang tidak menggemukkan, dan tidak menghilangkan sedikit kelaparan pun.
ini adalah sekelumit kisah tentang apa yg berlaku pada hari kiamat. pada masa tersebut saya tak boleh nak bayangkan bagaimana keadaan saya sendiri, ibu bapa saya, adik-adik saya dan anda semua...
tapi mungkin amalan kita semasa hidup di dunia ni boleh memberi 'hint' pada kita bagaimana keadaan kita pada hari kiamat nanti...
"Ya allah, bantulah aku....."
No comments:
Post a Comment