Saya tertarik bila pensyarah saya Ust Zakaria menceritakan sistem pengurusan yang digunakan dalam Pusat Perubatan Islam Darul Syifa yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Haron Din.
Menurut Ustaz, Darul Syifa mempunyai sistem yang sangat tersusun. Sesiapa yang nak belajar perubatan Islam di Darul Syifa, mestilah hadir setiap kuliah pengajiannya secara konsisten.
Setiap kuliah yang dihadiri ada kredit waktunya. Jika ada pelajar yang selalu tak hadir kelas hingga tak cukup waktu kreditnya, maka dia tidak layak untuk menjadi pengamal perubatan Islam Darul Syifa.
Selain dari itu juga, Darul Syifa juga sistem ijazahnya sendiri. Bagi mereka yang mengikuti semua kelas pengajiannya secara sistematik dan istiqamah, maka dia akan diijazahkan oleh Tuan Guru Haron Din dalam majlis konvokesyen tahunan Darul Syifa. Saya pernah hadirinya dan ia amat menarik. Mirip kepada majlis konvokesyen universiti.
Darul Syifa juga menggunakan silibusnya yang tersendiri.
Hingga saat ini, banyak cawangan Darul Syifa yang baru diwujudkan diseluruh negara. Ia berkembang dengan pesat.
Situasi 2
Semasa di sekolah menengah saya dulu, ada diwujudkan kelas tahfiz.
Kos pengurusan kelas tahfiz tersebut disumbangkan oleh seorang pilot yang dermawan. Sewaktu awal penubuhannya, hanya ada dalam dua atau tiga kelas tahfiz sahaja yang wujud.
Ia digerakan oleh beberapa tenaga pengajar. Salah seorangnya adalah ustaz yang mengajar kelas tahfiz saya, Ustaz Naza. Walaupun beliau bukanlah guru dari sekolah saya tetapi beliau sangat ikhlas untuk bantu mewujudkan kelas tahfiz di sekolah kami. Banyak tenaga dan idea yang beliau curahkan untuk memastikan kelas tahfiz ada di bumi Maahad Muhammadi Lilbanin. Sehingga kini saya dan rakan-rakan amat terhutang budi pada beliau (hanya Allah sahaja yang mampu membayar jasa ustaz!).
Selang dua tiga kemudian, pengurusan kelas tahfiz tersebut diambil alih sepenuhnya dibawah pentadbiran sekolah. Sejak dari itu, guru-guru tahfiz dari luar ditambah dan jumlah pelajar yang menyertainya juga bertambah. Jumlah kelas tahfiz juga sekarang sudah lebih dari 10 buah kelas dengan purata 20 orang pelajar setiap kelas. Kos pengurusan kelas tahfiz itu juga ditanggung oleh sekolah.
Sekarang kelas tahfiz di sekolah saya sudah mencapai zaman kegemilangannya. Setiap tahun ramai hufaz-hufaz baru yang lahir dari kelas-kelas tahfiz tersebut. Semuanya bermula dari dua kelas kecil beberapa tahun yang lalu.
Kajian saya.
Dari situasi 1 dan 2 saya dapat satu idea dalam berdakwah. Iaitu usaha dakwah itu harus di’institusi’kan. Bila di’institusi’kan maka dakwah akan jadi lebih tersusun, bersistematik dan semakin kukuh bertapak di sesuatu tempat itu.
Sebagai contoh, dalam situasi 1, sistem pengurusan pembelajaran ilmu perubatan Islam Darul Syifa yang begitu teliti seperti adanya konvokesyen dan jam kredit membuatkan Darul Syifa berkembang pesat di bumi Malaysia ini. Cuba bayangkan jika ia tiadanya sistem jam kredit, mesti kelas pengajiannya terganggu kerana pelajarnya tidak hadir kelas.
Dalam situasi 2 pula, saya ceritakan kepada anda tentang bagaimana proses transformasi kelas tahfiz yang ada disekolah saya. Asalnya hanya ada 2,3 kelas sahaja namun apabila pihak sekolah mewujudkan satu jawatankuasa yang khas untuk menguruskan kelas tahfiz tersebut, maka dalam tempoh 3, 4 tahun jumlah kelas dan pelajar tahfiz yang di sekolah saya bertambah dengan pesat.
Di atas saya hanya nyatakan antara 2 situasi yang memberikan inspirasi kepada saya dalam membentuk USLUB DAKWAH yang berkesan dan ada ’kick’.
Sebenarnya banyak lagi situasi yang boleh kita jadikan contoh dalam menggerakkan dakwah. Bagi saya antara tokoh yang paling berjaya meng’institusikan’ dakwah adalah Ustaz Hasan Al-Banna.
Beliau berjaya membentuk satu model tanzim harakatul Islamiah yang terulung abad ini iaitu Ikhwanul Muslimun (IM). IM hingga kini menjadi tempat rujuk seluruh gerakan Islam sedunia.
Hebat bukan?
Semua ini adalah hidayah dari Allah kepada Ustaz Hassan Al Banna.Beliau memang insan terpilih.
Aplikasi
Jadi, saya,rakan-rakan dan juga pensyarah cuba aplikasi teknik meng’institusi’kan dakwah dalam biro Agama dan Kerohanian di kampus kami. Antanya kami wujudkan kelas tahfiz. Melalui kelas tahfiz ni, kami buka pada yang berminat. Setiap pelajar yang hadir akan di ambil kehadirannya. Sekarang pelajar yang sertai kelas ini hanya 5-10 orang sahaja.
Bagi saya sekarang mungkin 5-10, tapi mungkin 5 tahun lagi insyallah ia bakal menjadi persatuan atau kelabnya sendiri.
Selain dari kelas tahfiz, saya dan rakan-rakan cuba aplikasikan teknik meng’institusikan’ dakwah ini dalam pengurusan kuliah magrib di pusat islam kampus kami.
Selama ini, kuliah magrib yang kami adakan di pusat Islam kelihatannya amat berterabur.
Ia berterabur kerana:
1) audience yang mendengar kuliah magrib tersebut adalah tidak tetap.
2)penceramah bagi kuliah magrib selalu bertukar-tukar, jadi content kuliah magrib selalu berubah dan tidak sempat habis diajar.
3) tiada buku atau kitab yang tetap diguna sebagai panduan dalam kuliah magrib tersebut. Jadi, pelajar tidak dapat membuat rujukan.
Jadi, saya dan rakan-rakan rasa ia kurang berkesan dalam menjadikan pelajar-pelajar di kampus kami seorang yang benar-benar faham dalam ilmu agama.
Oleh itu kami mencetuskan satu kelas tafaquh atau kelas pengajian kitab.
Dalam kelas tersebut:
1)kami jemput seorang ustaz yang tetap, Ust Syed Bakri. Beliau adalah pelajar j-Qaf lulusan Al-Azhar.
2)kami menggunakan kitab yang tetap. Iaitu Kitab Fiqh Mazhab Syafie karangan Mustafa Bugho. Ia edisi bahasa Melayu. Jadi pelajar mudah untuk buat rujukan.
3) Audience yang mengikuti kelas tersebut adalah berdaftar. Sesiapa yang berminat sahaja. Mereka yang mendaftarkan diri perlu benar-benar komited dengan kelas tersebut serta dikehendaki bayar RM 5 untuk setiap bulan.
4)walaupun audience yang mengikuti kelas tersebut adalah berdaftar, namun begitu kami buat di pusat islam supaya mereka yang tidak berdaftar dapat tumpang sekaki walaupun kehadiran macam biskut chipmore, kejap ada kejap tak da.
5)nama kelas tafaquh atau kelas pengajian kitab ini ditukar kepada kelas LITERASI ILMU. Supaya student2 tak lah takut nak join bila dengar nama tu. Teknik ubah nama ni kami dapat semasa buat lawatan ke IPG Kampus Kota Bharu. Mereka ni memang hebat dalam reka nama-nama ni. Contoh, Usrah Kubra mereka ubah nama kepada ’Candle Night’. Hasilnya ramai golongan untapped market yang tertarik untuk hadir.
Sekarang ni, kelas Literasi Ilmu ni mendapat sambutan ramai. Memang ramai yang mendaftar nama dengan suka rela. Alhamdulillah kesannya lebih baik.
Apabila kita berjaya mensistematikkan gerak kerja dakwah, maka dakwah akan lebih berkesan dan mencapai target. Cubalah!
Insyallah.
p/s: Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang-saidina Ali. Fikir-fikirkan.
3 comments:
Salam..emm..pendapat yang bernas..dan kesannya dapat dilihat dari kelas literasi yang telah dianjurkan..pada dasrnye muslimin beberape org je..sekarang dah ramai...kalo x pergi rase rugi..bukan rugi sbb byr tp terlepas ilmu...shahril stuju...dakwah harus di"institusikan"..net year kite teruskan lagi...insyallah...kami sentiasa memnyokong walopon ponteng usrah abg ehsan..huhuhuhu..
mungkin lepas ni kita kena institusikan usrah plak.
beru takda orang ponteng.
hehehe..
hohoho..
kate org...btol2..
bau la ezol x ley ponteng..
ha3
Post a Comment