Pengalaman seketika di Baitul Qura dalam bulan Ramadhan amat memberi kesan kepada saya. Saya dan sahabat2 sempat hadir mendengar kuliah dhuha yang disampaikan oleh ust zul.
Bila saya sampai ke kuliah dhuha tersebut, terus saya teringatkan kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Bharu Kelantan yang pernah saya hadiri sepanjang berada 6 tahun di Maahad Muhammadi. Bi'ah dan rohnya hampir sama. Yang bezanya mungkin ia terletak di bumi Melaka.
Sebenarnya, saya agak kagum dengan kewujudan Baitul Qura di bumi melaka ni kerana bukan senang nak ada pusat tarbiah seperti pondok di negeri-negeri bahagian selatan. Dalam pemikiran saya negeri-negeri seperti Johor, negeri sembilan dan Melaka adalah negeri yang agak 'kurang islamik dan bermasalah'(maafkan saya kerana menggunakan istilah ini).
Mungkin pemikiran saya ini terbentuk hasil dari pengalaman dan sedikit sebanyak pengetahuan tentang negeri Johor ini kerana saya adalah anak kelahiran Segamat, Johor dan mak saya adalah orang Johor. Disamping itu, ramai ahli keluarga besar atuk saya menetap di Melaka.Jadi, setiap kali balik kampung Johor dan Melaka, saya memerhati dan mengamati bi'ah ini. Lagipun, kita pun sedia maklum Johor dan Melaka adalah kubu kuat sebuah parti racist yang mempunyai indeks rasuah yang 'maha' kronik.
Namun begitu, di tengah kekalutan itu Baitul Qura masih dapat tumbuh segar memberikan sinar pada masyarakat Islam Melaka.
Sewaktu kuliah Dhuha yang Ust Zul sampaikan, ramai yang hadir. Sampai ada yang terpaksa duduk luar. kuliah yang disampaikan ust amat meruntun jiwa saya. Kata-katanya meresap jauh ke dalam hati hingga kadang-kadang membuatkan saya hampir 'hujan'. Ilmunya memang mendalam.
Hadirin yang mendengar kuliahnya juga terpaku dan khusyuk mendengar. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang dan usia. Ada dikalangan mereka merupakan student universiti yang bercuti, ada kanak2, orang tua dan lain2.
Dihujung kuliah ust zul beliau mengumumkan beberapa sumbangan yang masyarakat sekitar berikan melaluinya.Antaranya rm20 ribu yang telah diberikan oleh sepasang suami isteri. sumbangan tersebut telah diusahakan mereka berdua dengan bantuan anak2 mereka.
Selain itu, ust zul juga mengumumkan dalam tabung derma minggu lalu ada muslimat yang dermakan gelang yang berharga hampir rm4ribu. Lihatlah betapa murahnya rezki yg allah kurniakan pada pembangunan pondok tersebut. Menurut ust, jumlah yg terkumpul dalam akaun Baitul Qura kini mencecah rm70ribu lbh.
teringat kata-kata ust zul:
"...Insyallah kita akan terus mengumpul dana bagi membangunkan Baitul Qura ini. Cita-cita saya nak wujudkan pusat tahfizul quran di Baitul Qura ini. Kita akan jadikan Baitul Qura ini tempat anak-anak kita belajar ilmu agama..."
Inilah cita-cita seorang ulama. Cita-cita besar. Niat mereka ikhlas. Tidak sedikit pun memikirkan untuk keuntungan peribadi. Melalui pemikiran mereka yang jauh ke hadapan serta dada yang bercahaya dengan ilmu, mereka terus membimbing dan menyantuni masyarakat.
Melihat usaha dakwah yang ust zul lakukan ini membuatkan saya bertambah-tambah yakin dan menghayati sabda nabi dalam sebuah hadis bahawa ULAMA ITU PEWARIS NABI.
Ulama ibarat bintang di malam hari, menjadi penunjuk jalan kepada umat akhir zaman di saat tiada lagi nabi dan rasul. Jadi, mengapakah masih ada manusia yang menolak kepimpinan ulama?
Mudah-mudahan Baitul Qura terus berkembang dan melahirkan lebih ramai ilmuan yang akan menegakkan Islam di bumi Melaka khususnya. insyallah kerajaan Islam Melayu Melaka satu ketika dahulu akan kembali tertegak di bumi Melaka pada masa akan datang..
ameen..
Orang ramai bersalaman dengan ust zul setelah tamat kuliah. Ada para ibubapa yang membawa anak kecil mereka untuk didoakan oleh ust zul.
Ust Zul sedang menyantuni masyarakat yang sentiasa mendekatinya untuk menyatakan sebarang hajat atau mengadu sebarang masalah padanya.
Ust Zul sedang menyantuni masyarakat yang sentiasa mendekatinya untuk menyatakan sebarang hajat atau mengadu sebarang masalah padanya.
Suasana diluar dewan kuliah. Peniaga menjual produk2 islam
p/s: insyallah cuti hujung tahun ni saya bercadang nak pegi lagi. Mungkin blh ajak adik2 usrah dan sahabat ajk Biro Agama dan Kerohanian. Nak ikut serta?
7 comments:
salam...teruskan usaha da'wah saudara untuk mentarbiahkan diri dan sahabat-sahabat saudara. datanglah ke Baitul Qura setiap tahun agar anda dan sahabat2 anda mendapat rahmat dan keberkatan Ustaz Zulkifi...ulama akhirat di bumi Malaysia.MUSLIM!LIFE FOR ISLAM!
emmm....thnx...shahril dapat satu mende baru dari post nih...
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
orang berilmu,dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman,penghinaan ditangkis dengan lemah lembut,kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan.
-salam dakwah-
Salam a.ehsan...
Program ni tuk muslimin je ke?
x nampak pn hadirinnya dr klgn muslimat...
Salam.
utk semua.muslimin n muslimat.
tapi dlm gambar ni abg esan tak letak gambar muslimat sbb tak ambik gambar mslimat.
segan nak tangkap gambar muslimat...lagipun kena jaga adab n akhlak juga kat majlis pengajian ilmu.
p/s: kan ada abg esan ada bgatau masa kuliah tu ada org derma gelang.yg derma gelang tu mestilah muslimat.
ha'ah...
x prasan...
slalu cuai...
asif...
boleh beritahu dengan jelas ttg baitul qura?mksud sy lokaisnya. ingin juga mcdgkan lawatan ke sana.
Post a Comment