Islam adalah Negara dan Tanah Air, pemerintahan dan umat. Ia adalah akhlak, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu dan kehakiman. Ia adalah kebendaan, harta benda, usaha dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah. Ia adalah tentera dan fikrah. Islam juga merupakan aqidah murni dan ibadah.- Hasan Al-Banna (Usul 20, rukun Faham)
Followers
Wednesday, September 16, 2009
Takkan kita nak ikut perangai dia kot?
Bila kita jumpa seseorang yg perangai menyakitkan hati kita, agak2 apa yg kita buat? Sebagai contoh, kalaulah ada di antara rakan kita ni mulut dia memang ’busuk’. Bila dia buka mulut je mesti kita jadi terguris hati dan naik geram. Ada saja dari mulut dia yang akan menjatuhkan air muka kita. Baik di kawasan awam, dalam majlis atau dalam mesyuarat, sama saja perangai dia. Adakah masa tu kita pun akan turut jadi macam dia? Balas balik apa yang dia cakap pada kita?Hingga akhirnya menimbulkan perdebatan antara kita dan dia.
Pada hakikatnya, apabila kita turut sama jadi macam dia, kita dah rugi besar. Apa yang harus kita buat adalah teruskan istiqamah dengan akhlak islamiah kita. Buat-buat tak dengar apa yang dia cakap atau pergi jauh dari dia.
Dalam hati kita pula jangan lupa berdoa,
" Ya Allah, dia tak tau perangai dia itu buruk dan mengundang dosa pada dirinya. Maka ampunkanlah dia. Disamping itu, aku mohon supaya perangai buruk dia itu tidak ada pada diriku”.
Nanti bila dia dah letih bercakap insyallah dia berenti. Lama-lama dia akan faham kenapa orang pergi jauh dari dia. Jika ada berkat dari keikhlasan doa kita itu, insyallah dia akan berubah.
Bunyinya macam senangkan? Tetapi sesungguhnya susah amat nak buat. Lainlah kalau akhlak islamiah tu memang dah ’build in’ atau terbina secara semulajadi dalam diri kita. Lahir-lahir dah berakhlak mulis seperti Rasulullah SAW. Orang kata apa pun, sabar je.. Orang macam ni memang untung. Tetapi bagi yang baru nak cuba istiqamah dengan akhlak islamiah, ia sudah pasti susah. Sikap-sikap jahiliah lama seperti panas baran, pantang kalah, ego dan lain-lain akan ’menggelegak’ untuk kembali dalam diri tuan badan. Sikap-sikap jahiliah itu memang tidak tahan diprovok.
Walau apa pun, kita cubalah ya. Akhlak Islamiah itu ibarat madu. Perlukan usaha sepahit hempedu untuk mendapatkan hasilnya yang semanis madu.
Ayuh kita renung keindahan akhlak Rasulullah SAW yang mempersona. Pada suatu hari, ketika baginda bersama para sahabat, datanglah Abu Jahal. Abu Jahal datang tiba-tiba mengutuk Rasulullah habis-habisan atau orang kata, ’kutuk KAW KAW punya’. Tetapi Rasulullah SAW hanya dengar dengan diam dan memerhati sahaja. Para sahabat jadi hairan. Selepas itu, berlalu pergilah Abu Jahal.
Kemudian datang pula Saidina Umar memuji-muji akhlak Rasulullah SAW yang mulia. Sekali lagi, baginda hanya mendengar dengan diam dan memerhati sahaja. Selepas itu berlalulah Saidina Umar.
Para sahabat yang berada berdekatan dengan baginda dari tadi hairan. Mereka bertanya kepada baginda mengapakah baginda hanya dia dan memerhatikan sahaja?
Rasulullah menjelaskan bahawa sebenarnya semua kata-kata buruk yang keluar dari mulut Abu Jahal sebenarnya adalah tentang dirinya sendiri. Ia adalah kerana mulut akan berkata sama dengan hati kita. Jika cantik hatinya, maka cantik jugalah kata-kata yang terbit dari mulutnya. Jika ’busuk’ hatinya maka busuk jugalah kata-katanya.
Rasulullah juga mengatakan pujian Saidina Umar tentang akhlak baginda itu, sebenarnya akhlak dan peribadi Saidina Umar itulah yang mulia. Semua kata-kata indah Saidina Umar itu adalah melambangkan hatinya yang bersih.
Jadi, dari sirah sama-samalah kita contohi akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak melenting apabila dikutuk KAW KAW di hadapan sahabat baginda. Baginda juga tidak bangga diri apabila dipuji. Malah baginda memandang tinggi pula orang yang memujinya kerana baginda tahu semua kata-kata pujian itu adalah melambangkan hati murni orang tersebut.
Sahabat adalah CERMIN DIRI. Kita dapat memuhasabah diri kita bila kita melihat akhlak sahabat kita. Jika kita lihat ada sahabat kita yang indah akhlaknya, maka kita akan mencermin diri kita kembali,
”Adakah akhlaknya ada pada kita? ”
Subhanallah...kan cantik macam tu.Tetapi bila kita melihat keburukkan perangai sahabat kita, kita akan mencermin diri kita kembali,
”Adakah perangai buruk dia turut ada dalam diri kita?”
Insyallah jika kita berjaya buat macam ni hati kita akan tenang dan damai. Tak rasa menyampah pada orang. Tak rasa berdendam pada orang dan sebagainya. Dari situ akan terkumpullah akhlak islamiah dalam diri kita.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
p/s: Secara warasnya, bila kawan kita ada perangai buruk, takkan kita nak ikut perangai dia kot?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
btol2.....
shahril pon ade kawan yang busuk tu..
tapi selama ni shahril telan je la..
dalam hati kate kaw2nye kat die..
nk cuba praktikkan dgn doa...
bagos2...
sabar je la jumpe org mcm tu..
Post a Comment