Followers

Tuesday, November 3, 2009

Idea Bombastik Cik Ja

Memang bombastik.Kenapalah saya tak pernah terfikir idea ni lama dahulu.


Malam tu, selepas meeting Ahli Majlis Tertinggi Biro Agama dan Kerohanian saya, cik ja, kak long, ima dan kak nora telah brainstorm satu idea. Bagi saya idea tersebut memang bombastik.

Idea tersebut telah dicetuskan oleh Cik Ja, timb Exco Biro Agama dan Kerohanian. Dalam meeting idea yang bombastik macam ni memang tak keluar. Tapi ia biasanya keluar masa brainstorm di luar meeting.

Idea yang dicetuskan oleh Cik Ja ni telah memberi satu solution kepada persoalan yang bermain dalam minda saya selama ini. Selama ni saya terfikir, macam mana nak create satu medium dakwah yang lebih berkesan untuk rakan-rakan saya yang memang tidak berminat dengan program-progam Islami. Selalunya mesej-mesej dakwah memang sukar untuk sampai kepada mereka ni.

Cik ja telah meletupkan satu idea baru iaitu untuk menganjurkan kelas tarian untuk muslimah. Dari idea yang diletupakan tersebut, kami semua brainstom hingga menjadikan ia berkembang.

Kelas tarian muslimah tersebut dibuka untuk muslimah sahaja. Bermula dari jurulatih, peserta dan aundiencenya semuanya adalah muslimah.

Bagi saya idea ni memang menarik. Membuka satu medan dakwah dan mad’u yang baru. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh saudara Amin Idris dengan Blue Ocean Strategy yang beliau sampaikan dalam ceramahnya semasa saya berbengkel bersama beliau.

Dari idea menubuhkan kelas tersebut saya dapat nampak banyak faedah. Antaranya:

1) Kita dapat tunjukkan Islam adalah universal. Selepas ni orang takkan nampak sembahyang di surau sahaja sebagai elemen dalam Islam, tapi tarian dan kesenian juga salah satu dari Islam. Ia akan menghapuskan pemikiran sekularisme sebahagian pelatih muslim di IPG saya yang selama ini melihat Islam itu dalam konteks ibadah sahaja.

2) Kelas tarian muslimah ini juga bakal menarik berduyun-duyun pelatih muslimat yang minat tarian tapi tak minat turun aktiviti surau untuk turut sertai. Dari situ mereka mungkin sikit demi sikit dapat ditarik untuk sama-sama join aktiviti surau pula.

3) Dapat merapatkan golongan ’kaki surau’ dan golongan yang tak minat ke surau. Mungkin dalam kelas tarian tersebut, bila dah famous, akan ramai penyertaannya. Di situ, peluang ajk biro agama dan kerohanian untuk berkenalan dengan rakan-rakan mereka yang bukan ajk dan yang tak berminat turun surau selama ni.

4) Dari kelas tarian muslimah tersebut juga saya dapat nampak ia boleh dijadikan sebagai platform untuk menarik minat golongan pelatih wanita non-muslim. Selama ni Biro Agama memang selalu buat program yang melibatkan pelatih non-muslim seperti dalam progam pertandingan menebar roti canai dan MESRA 09(rujuk blog Biro Agama). Jadi dari kelas tarian muslimah ini, ia bakal melibatkan lebih ramai pelatih wanita yang non muslim secara lebih terancang. Maka di sana kita dapat memperkenalkan mereka tentang kesyumulan Islam.

5) Mereka yang sertai kelas tarian muslimah ni boleh mempraktikkan bila mereka mengajar di sekolah nanti. Sifat manusia ni, dia perlu melihat sesuatu tu dihadapan mata mereka baru dapat dipraktikkan. Jadi bila mereka lihat dan sertai kelas muslimah ni, maka mereka boleh mempraktikkan di sekolah nanti.

Sebenarnya banyak lagi faedah yang saya nampak yang boleh diperolehi dari kelas tarian muslimah ni.

Mungkin rakan-rakn saya diluar sana nampak idea ni seperti pelik. Tapi bagi saya idea inilah yang sesuai untuk dipraktikkan pada waqi’ atau suasana kampus saya. Kampus saya banyak kos pendidikan musik. Group tarian dan band memang subur di kampus saya.

Disamping itu, komposisi pelajar muslim dan non muslim mengikut perkiraan yang saya buat hasil dari data dari penyelia asrama dan Ketua-ketua Unit adalah pada 533(muslim ) dan 427(non muslim). Itu pun tidak termasuk pelajar KPLI dan khusus-khusus lain.

Jadi, cara berfikir untuk menggerakkan dakwah di kampus saya juga harus berbeza. Bukankah Islam itu bersifat thabat pada prinsipnya dan murunah pula pada pelaksanaannya?

Insyallah jika idea ini menepati syarak dan ada keberkatannya di sisi Allah, ia akan berkembang dengan baik.

P/s: tahniah kepada Cik Ja, Kak long, Ima dan Kak Nora atas idea yang bombastik tersebut. Let’s think out of box!

thinking outside the box?
Some of the think tankers in Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh

5 comments:

Cik Hijau said...

Salam
Insya Allah ia bukan satu idea yang pelik tapi jika kena cara pasti berkesan. Malah di sini kami turut menganjurkan program-program yang sebegitu. Mungkin boleh cuba gabungkan aktiviti sedemikian dengan aktiviti keagamaan. Tahniah.

along Nazirah said...

Salam,.. memang da bomb!! =p Moga2 ia dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.. InsyaAllah. Kalau jadi, boleh Along join sekali,. =)

Idea sebegini boleh jadi alternatif, saluran untuk dipilih bagi yang meminati kesenian dan kebudayaan. Kalau sebelum ni nak menari kena campur laki pompuan sebab tak disediakan pakej untuk perempuan sahaja, selepas ni, InsyaAllah.. ada alternatif untuk menyalurkan kecintaan kepada kesenian dan kebudayaan.. Tahniah Cik Ja!!

Aizat Sofian said...

baguuih

Muna 'Izzah Md Isa said...

good idea :)
dpt inspirasi.

ehsanhalim said...

wah nampaknya ramai yang berminat dengan tarian ni.

berjaya memancing beberapa komen.

idea kelas tarian muslimah ni blh start di ipg ipoh dulu.

nanti dah berjaya, kita jual idea ni pada ipg lain plak.

insyallah mesti laku.


mungkin sampai satu tahap PBG pun tertarik dan jadikan sebagai acara pertandingan peringkat IPG.

kalau dah berjaya sampai tahap tu, insyallah akaun pahala kita sentiasa aktif.

sbb idea ni bermanfaat.

p/s: to cik ja, satu dunia dah tau idea ni, jadi kena realisasikan.hehe..