Followers

Monday, November 16, 2009

Penjelasan Berkaitan Entry " The Night"

Dengan Nama Allah Tuhan aku, dan Tuhan kamu.


Untuk entry kali ini saya ingin menjelaskan dengan sebenar-benarnya pendirian saya berkaitan artikel saya yg lalu iaitu “The Night”.


Untuk makluman anda semua saya mendapat banyak respon berkaitan perkara tersebut. Sebagai contoh, ada yang menyokong artikel itu ditulis. Sebahagiannya ditulis melalui shoutbox dan comment. Ada juga yang menyatakan secara lisan.


Selain dari sokongan terhadap artikel tersebut, saya juga menerima protes dari pembaca. Antaranya, selang beberapa jam selepas artikel itu ditulis, saya mendapat message dari seorang adik TESL menyatakan rasa protes terhadapa artikel tersebut. Selain itu,ada juga yg menyatakan rasa protesnya melalui comment.


Jadi hasil respon yang positif dan negatif yang saya terima, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menarik artikel tersebut buat sementara waktu. Demi menjaga keharmonian bersama.

Secara jujurnya, artikel tersebut memang mempunyai maksud tersirat. Manakala maksud tersurat bg artikel tersebut saya letak dibahagian bawah sekali iaitu pada ayat:


P/S : Inni li’amalikum minal qaalin. As-Syuara: 168



Maksud ayat quran ini adalah:

“Dia (Lut) berkata, “ Aku sungguh benci kepada perbuatan kamu”. Surah As-Syuara: 168

Dalam al-Quran, ayat ini telah menceritakan kisah Nabi Lut dengan kaumnya. Disebabkan kaumnya telah melanggar batas-batas agama dan tidak mahu mengikut ajaran yang dibawanya, maka Nabi Lut terus menyatakan pendiriannya :

“ Aku sungguh benci kepada perbuatan kamu”.


Justeru kiasan yang sama juga saya ingin nyatakan terhadap TESL Night, sesungguhnya : SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN BEBERAPA AKTIVITI TESL NIGHT PADA MALAM TERSEBUT.


Namun, saya tidak menafikan TESL Night tersebut turut mempunyai manfaat. Antaranya seperti mengukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris.


Disamping itu ingin saya tegaskan bahawa kenyataan saya terhadap TESL Night bukanlah dipengaruhi oleh mana-mana individu tetapi saya lihat dengan mata saya sendiri.


Saya mendengar banyak keluhan dan kritikan dari rakan-rakan berkaitan TESL Night tersebut. Ada yang menyatakan di dalam facebook, blog dan ada juga yang datang ke bilik saya menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Ada antara mereka menyatakan rasa tidak puas hati disebabkan bising, tidak menghormati orang lain yang sedang membuat persediaan menghadapi peperiksaan peperiksaan dan lain-lain lagi.

Seperti yang ditulis oleh Shahril :

"Hari ni aku nk bercakap sket pasal TESL Nite yang telah byk menimbulkan kotroversi di Kolej aku...pergh..mmg cam haram r...start hari kitorag praktis sampai habes mlm tu..fon aku x brenti terima mesej yang cam haram...bising la kitorang nk study..x reti nk brenti ke weh..Astaghfirullahhalazim azan pun x reti nk hormat ke...Salam, adik, akak nk mintak tolong brenti jap bnda ni semua akak x sehat ni....mcm ni lah lebey kurang...xcukup dgn tu...yang call pun ade...."


Anda boleh baca lebih lanjut disini.

Jika anda ingin lihat sedikit gambar Tesl Night, lihat sini.

Namun bagi saya faktor utama saya tidak bersetuju dengan TESL night ini adalah bukan kerana tidak puas hati pada mana-mana individu tetapi kerana program tersebut telah bercampur dengan beberapa aktiviti yang telah melanggar batasan yang Islam tetapkan serta tidak mencerminkan akhlak seorang bakal pendidik.

Segala teguran saya dalam artikel ini juga lebih memfokuskan kepada pelajar Muslim.


Pada saya antara aktiviti yang melanggar batas agama adalah:


1-ada seorang pelajar lelaki yang berlakon watak perempuan dengan memakai make up dan baju perempuan serta rambut palsu. Ini ditegah oleh Islam berdasarkan sebuah hadis:


”Rasulullah saw MELAKNAT lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”

(Riwayat Abu Daud, al-Nasaie, Ibnu Majah, Ibnu Hibban (dalam buku sahihnya) dan al-Hakim (menurut beliau hadis ini sahih menurut syarat Muslim)


2- Terdapat juga pelajar perempuan yang menyanyi dikhalayak ramai sambil diiringin dengan musik band. Kemudian, di tengah persembahannya dua orang pelajar lelaki naik ke pentas kemudian mengalungkan bunga. Rasulullah telah menyatakan rasa kebimbingan akan berlakunya perkara seperti ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:


”Kelak akan terjadi kepada umat ini (tiga hal): (Mereka) ditenggelamkan (ke dalam bumi) : dihujani batu dan diubah bentuk mereka, iaitu jika mereka meminum arak, mengundang biduanita-biduanita (untuk menyanyi) dan menabuh (membunyikan muzik)”

Al-Silsilah Ash Shahihah, 2203 diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dalam kitab Dzammul Malahi dan At-Tirmizi no 2212.


Islam menegah wanita menyanyi dikhalayak ramai demi memelihara maruah dan perasaan malu dalam diri wanita. Jika hilang perasaan malu dalam diri wanita, maka akan hancurlah sesebuah masyarakat itu. Islam juga mengangkat darjat wanita. Wanita bukanlah bahan hiburan dan komersial seperti yang berlaku dalam dunia kini.

Saya juga tidak menafikan sebelum ini terdapatnya aktiviti nyanyian di kampus kita dan dengan pendirian yang sama saya, tidak bersetuju dengan aktiviti tersebut.



3- terdapat sebahagian lagu yang dipersembahkan juga amatlah tidak sesuai dengan peribadi seorang bakal guru. Tambahan pula ia dipersembahkan dihadapan tuan pengarah IPG kampus Ipoh. Diharapkan kita semua dapat lebih menghormati beliau.


Dari beberapa perkara yang saya nyatakan ini diharapkan tidak diulangi pada masa akan datang. Terdapat lagi beberapa perkara lain yang disempat untuk saya nyatakan di sini seperti percampuran tempat duduk, waktu mula persembahan yang tidak menyediakan ruang yang selesa untuk solat Isyak dan lain-lain lagi.

Sebenarnya semua yang telah berlaku ini sepatutnya boleh dibendung semasa anda membuat rehearsel lagi.

Tujuan Islam menetapkan batasan-batasan ini bukanlah untuk mengongkong manusia, tetapi cuba mengatur hidup manusia ke arah kesejahteraan. Kerana Islam bukan agama yang direka oleh manusia, tetapi ia diturunkan oleh Allah melalui utusanNya iaitu Rasul.

Jadi Allah selaku Tuhan yang menciptakan manusia, Dia tahu mana kelemahan dan kekurangan manusia. Maka, Dia turunkan Islam sebagai guideline untuk bantu mengatur hidup manusia dari terbabas kepada kehancuran.



Kepada mereka yang walaupun tidak terlibat dengan persembahan tersebut, harus menyatakan rasa tidak setuju. Ini kerana meskipun anda tidak terlibat tersebut tetapi bersetuju dengan persembahan tersebut anda juga akan menanggung dosa yang sama.





Oleh itu, demi menjaga keharmonian ukhuwwah warga IPG kampus Ipoh serta reputasi nama baik pelajar TESL keseluruhannya, saya mencadangkan:



1-Event manager TESL Night selaku wakil pelajar TESL harus tampil ke hadapan menjelaskan kepada semua warga IPG kampus Ipoh demi menjernihkan keadaan ini.


2- Kepada rakan-rakan rapat mereka yang melakukan kesilapan pada malam tersebut harap dapat menasihati mereka.


3-Bagi pelajar TESL yang kata terpaksa buat seperti yang dinyatakan oleh seorang yang memberi komen:

”...progrm tesl night ni bkn plihan ktorg.. nie adlh stu arhan dr org atsn.. kalo ikutkn, ktorg xnk buat pn.. tp apakn dya. ktorg xde pe2 plihan...”


diharap dapat berterus terang kepada orang atasan tersebut apa yang pro dan kontra dalam TESL Night tersebut. Sampai bila anda ingin terpaksa? Tahun depan terpaksa lagi.


Manakala kepada rakan-rakan diluar sana yang turut sama tidak berpuas hati dengan aktiviti TESL Night tersebut, diharap anda dapat betulkan niat kenapa anda tidak berpuas hati. Adakah anda tidak puas hati kerana faktor peribadi seperti kerana terlalu bising?

Jika sebab peribadi, anda tidak akan dapat apa-apa di sisi Allah. Tetapi jika anda tidak berpuas hati kerana mereka melanggar batas-batas Islam, maka tidak puas hati anda itu adalah kerana Allah. Ia ada nilai di sisiNya.


Terima kasih juga saya ucapkan kepada Shahril, akucintaAllah dan Abdul Faiz kerana memberi komen terhadap artikel saya yang lalu.

Sekian.



Muhammad Ehsan Bin Abd. Halim
PISMP-IPGM SAINS F5



P/S:

Apabila kita menasihati, kita sebenarnya menyayangi. Apabila kita dinasihati, bermakna kita disayangi.

17 comments:

Nurul Atika Rosli said...

Salam...

Buat adik-adik TESL yang uruskan TESL NIGHT, berkatalah benar walaupun ia pahit. Jangan kita mengikut perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. jalan mana yang kamu pilih? jalan sengsara dan dicerca didunia atau azab di akhirat? Kerana terpaksa disebabkan manusia sanggup menggadai agama?? Program seperti itu bagi ana boleh dijalankan tetapi biarlah kita mengikut jalan yang benar dan dengan batas-batas yang tertentu.Jangan menjadi pak turut mereka yang tidak faham agama...

Sekadar pendapat dan nasihat...

p/s: Teringat waktu kat KISAS budak muslimin semua keluar dewan semata-mata muslimat buat persembahan Coral Speaking...HmHm..

Mohamad Shahrilniza said...

xde ape yang mmpu dikomen..
selain amek iktibar bnda yang dah jadi...

pencaricintailahi said...

salam...
pndpt sya,cukuplh skdar kita meminjam bhsa Inggeris dr org barat sana, x perlu rasanya memnjam sekali budaya mereka yg brtntangan dgn Islam...
mohon agar ALLAH mengampuni dosa yg tlh kita lakukan dan smga hidayah ALLAH sentiasa mgiringi urusan harian kita...

Mujahidah Muslehah... said...

Salam....

Saya b'setuju dgn p'nyataan di atas.. Namun, saya hanyalah insan yg lemah dan sentiasa m'buat kesilapn.. Harapan saya...agar Allah S.W.T m'gampunkan dosa2 muslimin dan muslimat yg t'libat pd mlm tu including me, myself...

zf_zamir said...

salam,

lain kali hantar spokeperson sebagai menyatakan sikap / pendirian sebenar biro kerohanian samada sebelum atau selepas; dan yang lebih penting bukan berbincang mengenai masalah, tetapi bagaimana untuk mengelakkan permasalahan tersebut diulang pada masa hadapan.

kebanyakan isu kebelakangan ini hanya diselesaikan melalui esemes dan blog, sedangkan umum tidak mengetahui sikap / pendirian sebenar biro.

untuk mengelakkan umum beralih isu, sedangkan isu utama tetap tidak terselesaikan.

ehsanhalim said...

to zf zamir,

sebarang artikel dalam blog ni adalah pendapat peribadi saya.

bukan statement rasmi dari Biro.

segala statement rasmi dari biro hanya akan diletak dalam blog biro agama dan kerohanian.

ia adalah hasil syura mesyuarat MT.

saudara menyebut:

lain kali hantar spokeperson sebagai menyatakan sikap / pendirian sebenar biro kerohanian

cadangan yg bagus dari saudara.saya blh usulkan dlm mesyuarat.tp keputusan terletak pada ahli mesyuarat utk sebarang tindakan.


saudara juga menyebut:

kebanyakan isu kebelakangan ini hanya diselesaikan melalui esemes dan blog, sedangkan umum tidak mengetahui sikap / pendirian sebenar biro.


-utk makluman saudara, dalam islam kita menyelesaikan sesuatu perkara dengan ada marhalah atau peringkat. peringkat yg paling awal adalah peringkat asas iaitu menerangkan. Jadi, apa yg saya tulis dalam blog ini bukan sekadar utk menyelesaikan melalui blog.tapi mendidik dan menerangkan kepada masyarakat.

tiada guna kalau kita mengharamkan sesuatu perkara negatif tp masyarakat tidak faham mengapa ia diharamkan.

terima kasih atas komen saudara.


p/s; saya dah nyatakan pendirian saya tentang TESL Night.Bagaimana pula pendirian saudara?saya nantikan.

Miz Winky said...

Assalamualaikum w.b.t
terima kasih di atas teguran yang diberikan..
kami mengaku kesalahan kami dalam menjayakan tesl night ini..
Tetapi, sebagai pelajar TESL kami merasakan ianya satu teguran yang melulu tanpa dirujuk kepada yang sepatutnya..
apa gunanya menimbulkan kontroversi di "alam maya" dan menyuarakan ketidakpuasan hati dan cadangan saudara di sini..
sesungguhnya teguran itu kami terima seadanya namun mengenai pelaksanaan TESL night wajarlah dirujuk kepada pihak atasan..
Tunjukkanlah ciri-ciri pemimpin dan pendidik yang bijak seperti yang saudara katakan..
Menegurlah secara berhikmah bukan membuka keaiban saudara seislam..
sesungguhnya nama pelajar TESL sudah cukup tercemar dan terjaja ditambah lagi dengan kontroversi yang saudara wujudkan di sini..
sekadar pendapat dari insan biasa yang lemah dan tidak lepas dari melakukan dosa..
manusia belajar dari kesilapan.
Kami pelajar TESL terima teguran saudara..
Sekadar menyuarakan pandangan.
Bersama-samalah kita menjaga keharmonian bersama.
Terima kasih..

sky pirate said...
This comment has been removed by the author.
sky pirate said...

mata pena lebih tajam drpd mata pedang n pptah ini mmg benar sbb sy mmg terasa tusukan tajam tulisan saudara yg bgitu bernas dan tepat sekali. syabas saudara! tetapi adakah saudara ketahui yg tulisan saudara jugak telah membunuh sel2 ukhuwah yg cuba dibina antara dua dunia yg berbeza.

saudara telah menyebabkn golongan yg dipanggil "teslians" ini kelihatan sggh hina. sy faham yg saudara dlm keadaan emotional tetapi, saudara pasti sudah mengerti yg perasaan amarah itu berpunca drpd syaitan. sabar saudara. sabar. jgn biarkn diri bertopengkan syaitan.

niat saudara mmg mulia mmg tidak dinafikan. tetapi saudara, org yg menjatuhkan org lain, lebih hina drpd org yg dijatuhkan. saudara telah menyalahgunakn hak kebebasn bersuara spt dunia ini "ana yg punya". saudara hrs jelas, blog bukan digunakn utk menghentam, mmbunuh org lain. saudara mengeluarkn kata2 yg berhikmah, berunsurkan nasihat, ttpi org yg mmbc nyer ader yg berakhir dgn kemarahan...bukan nyer keinsafan. saudra mengundang kebencian. itu kah islam yg anda perjuangkn?

memberi pendapat tidak salah, ttpi cubalah tunjuk nilai insan yg unggul. saudara seorang pemimpin, jdlah pemimpin yg disegani bukan dibenci.

-sy tidak th mengarang seperti saudara tetapi sy berasa jelik ngan senario yg tlh tercipta, terima kasih ya, saudara. hebat!!!

ehsanhalim said...

pertama, saya ingin katakan, saya tidak berminat utk mengulas komen misanthrope.nampaknya penuh emosi.ia melambangkan peribadi saudara.membaca tulisan saudara membuatkan saya tersenyum.

saya hanya berminat utk menjwb komen dari miz winky.bahasa penuh santun dan cantik. anda telah menunjukkan peribadi salah seorang pelajar TESL yang matang dalam membuat penilaian.

untuk makluman saudara/i sebenarnya tulisan saya dalam blog ini bukanlah untuk mengaibkan tesl. jika anda lihat apa yg saya tulis, lebih kepada teguran dengan bahasa yang tidak menghina malah menjatuhkan. Jika ada sila buktikan.

saya tidak menulis menggunakan emosi.

Saya hanya mengambil sokongan dari hadis dan dalil quran. Adakah anda tidak boleh terima?

Jika mana2 non-muslim membaca artikel saya dan mrk tidak bersetuju tidak mengapa krn hukam hakam dari quran dan hadis tidak dipertanggung jawabkan oleh mereka.

Lagi pun sudah saya nyatakan bahwa artikel ini bahwa ia ditulis memfokuskan pada muslim sahaja.

kedua, semua pendapat peribadi yang saya tulis ini sebagai salah satu suara sahaja dari ramai2 pelatih IPG ipoh yg tidak bersetuju(buktinya sila rujuk apa yg ditulis dalam blog sharil).mengapa anda dan rakan-rakan anda tidak memohon maaf pada mereka?



saya bukanlah seorang yg suka kutuk dari belakng seperti sebahagian mrk.saya menulis dalam blog saya dan saya bertanggungjawab dgn apa yg ditulis.

hrp anda juga blh lbh bertanggungjwb semasa menulis komen.jgn halang orang ramai dari membuka blog anda melalui link identity.ini menunjukkan sikap yg tidak bertanggungjwb dan buruk anda semasa menulis.

secara jujurnya ingin saya katakan pada anda, saya menulis di blog saya bukan sebb bencikan anda. tp satu teguran supaya anda dan semua orang tidak ulang pada masa depan.

sebagai seorang muslim yg berakhlak dgn tuhannya, anda harus terima dgn redha. jika terasa melakukan dosa maka bertaubatlah. Saya sendiri pun selepas pulang menyaksikan acara mlm tersebut solat taubat demi membersihkan dosa serta kekotoran di hati.

utk terima atau tidak terpulang pada anda. bagi saya segala apa yg termaktub dlm quran dan hadis itu adalah prinsip saya dan juga seluruh umat Islam.

semoga allah melembutkan hati kita menerima kebenaran.



Ya Allah sesungguhnya aku telah menyampaikan, maka persaksikanlah.

sky pirate said...

terima ksh kerana tidak menjwb komen sy. itu bermakna sy benar krn setahu sy, org akn berdiam jika aper yg dikatakn benar. terima kasih ya! sy mmg suka!

nmpak nyer saudara msh buta ataupun telah hanyut dgn buaian prsaan sendiri. adakah pernah sy mghalang saudara drpd mmberi nasihat? tidak pernah sm sekl mlh sy berstju dgn pendpt saudara. tetapi apa yg mgguris srta mghiris hati sy adlah "CARA" yg saudara gunakan. adakah perlu anda mgaibkan dan myertakan nm sstgh org dlm post anda? adakah itu bukan mengaibkn org nm nyer? saudara, bahasa melayu sy tdk lah sprti budak tadika. sy fhm erti mgaibkan.

saudara, tidak dinafikan ilmu saudara sy lbh tggi drpd sy dan sy hormat saudara. "mengata org dibelakang". bukankah ironi nya saudara sndr melakukannnya dgn menulis nyer diblog? bukan kah lbh mudah jika anda terus bersemuka dgn pihak yg anda tidak persetujui?

maafkn sy jika link nama sy tlh memusnahkan niat saudara yg ingin menceroboh ke blog sy. tidak mgkn sy benarkn sm skali seseorang yg berprinsip spt anda utk melawati blog sy.

ini merupakan hadiah utk saudara. saudara tahu tak, sebilangan non-muslim sudah mengetahui kerenah saudara? yg lbh teruk, saudara msh lagi mengapi2kn keadaan dengan membls komentari2 dengan sesinis nya. terima kasih ya, sekrg lbh ramai yg memandg serong terhdp islam. syabas!

-wah, tidak sy duga. ini lah pemuda yg sy hormati. hipokrit. rupa nyer ego dan sukar mendengar pndpt org lain.

zf_zamir said...

lemanluvlepat,

1;saudara lari jauh dari isu - isu yang sepatutnya diperdebatkan adalah berkenaan 'tesl night' dan mekanisme untuk memperbaiki situasi tersebut pada masa hadapan

2;saudara menyebut saudara ehsan sebagai emosi tetapi komen saudara jauh lebih berapi - tiada hujah tetapi bermain pula dengan sentimen; hujah lawan hujah, masalah diperbetul dengan cadangan

3;saudara tidak mendedahkan entiti saudara, sedangkan saudara ehsan jelas kelihatan berani walaupun terdapat entri yang sudah ditarik balik dan sebagai seorang blogger, bukan perkara mudah untuk menarik kembali sesuatu entri - tetapi saudara kekal memilih jalan sentimen serta berselindung pula, saya benar musykil dengan tujuan saudara?

4;saya lontarkan cadangan, jika saudara ehsan sanggup gunakan blog untuk melontarkan nasihat tanpa melindungi iedntitinya, bagaimana dengan biro? sedangkan umum tertanya-tanya apakah sikap biro? sebab itu saya cadangkan, untuk kesejahteraan jemaah dan juga mengelakkan salah faham sesama muslim ataupun bangsa lain perlu wujud mekanisme khas di mana seorang jurucakap perlu tampil untuk berunding secara tertutup dan bersama mencari jalan penyelesaian, bukan semberono mengapikan keadaan sebagaimana yang saudara 'lemanluvlepat' telah jalankan

5;saya akui wujud keadaan di mana persepsi terhadap bangsa dan agama sedikit berubah selepas isu ini timbul, tetapi sebagaimana yang saya nyatakan, isu utama tetap tidak terselesai, kaum kita sendiri sebagaimana saudara kekal menyalahkan sesama muslim di atas teguran, bukan mengambil iktibar atau yang lebih baik, berikan cadangan bagaimana untuk mengatasi msaslah tersebut - perlu diingat saudar ehsan mempunyai hak mutlak untuk menyatakan pandangan & sikap terhadap sesuatu yang menyentuh pemikirannya.

harap 'lemanluvlepat' mengambil sedikit perhatian terhadap perkaitan antara permasalahan isu dan pelarian isu yang telah dilakukannya sekian lama semenjak isu ini timbul.

Mujahidah Muslehah... said...

Salam...
Pd pendapat sye, kte spatutnya rase b'syukur ada org yg m'gingatkan kita di saat kita terleka. Bayangkan jika tiada sesiapa pun yg me’gingtkan kita atas apa yg kita buat, sudah pasti kita akan t’pesong jauh..Overallnya, sye setuju dgn apa yg t’tulis dlm blog ini. Hal ini kerna sya sedar apa yg tertulis dlm blog itu ada benarnya... Sepatutnya kita ambil iktibar dr apa yg telah b’laku bukannya menuding jari antara sesama kita. Kita perlu igt bahawa hidup kita hanyalah sementara...Allah S.W.T sentiasa memerhati perbuatn kita. Tidak malukah kita jika pada akhirat nanti apabila kita disoal oleh ALLAH S.W.T...Bolehkah kita menjawab dengan-NYA??? Sye sedar, sye sendri tidak lakukan apa2 utk m’halng @ m’cegah apa yg b’laku pd mlm itu, tetpi sesungguhnya kita tidak boleh menyangkal kenyataan bahwa apa yg kte buat mlm itu adalh salh...Jd sye ingin mengajk saudara2 seISLAM sye utk reflects dri kita masing2, jgnlah bertelagah sesame muslim...Semoga ALLAH S.W.T mengampunkan dosa kte smua....AMIN.....

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t

firstly, jutaan trima kasih sy ucapkan pd abg ehsan krn prihatin dgn tesl night yg tlah brlangsung bbrapa hari lalu dan sudi memberi teguran yg pnuh hikmah walaupun cercaan yg dterima bkn sedikit. Sy sbg plajar tesl mngaku akan kesilapan yg telah kami lakukan.Mngkin pd ketika itu kami alpa dan leka dtambah pula dgn gesaan pihak atasan agar event trsebut ttp brlangsung dgn jayanya.sy akui trdapt bbrp acara yg jelas melanggar hukum agama sprti yg telah abg ehsan jelaskan dlm hujah abg ehsan bserta hadis2 yg dkemukakan, cukup jelas dan sy rsa tdak susuah utk kita semua faham. kpd sahabat2 sy yg lain, sy berpendapat tdak salah jika kita mngakui kesilapan kita, jgnlah kita mncari seribu satu alasan utk mnutup kesilapan kita krna sy bimbang prkara spt itu akn mnyebabkan kita mmpersndakan agama kita sendiri, nauzubillah..brkata benar biarpun pahit spt yg akak nurul islam katakan.. terimalah tguran akan kesilapan yg telah kita lakukan dan sama2 lah kita mmperbaiki dri sendiri..jgn kita cuba mnegakkan benang yg basah..jgn mnuding jari kpada org lain setelah sudah terang lg bersuluh kita brsalah...accept it,,and learn from it..sy faham kadangkala agak sukar utk kita terima apbila org mmperkatakan ttg kesilapan kita..tp hal agama tak boleh kita ambil mudah, sy bknlah org yg tnggi ilmu agama utk brhujah, sekadar prkara2 basic yg dpelajari d sekolah dlu ttp dlm hal ini sy bersetuju dgn abg ehsan, hujah yg dkemukan bserta hadis trsgtlah jelas, x dpt disangkal dgn hnya mnyatakan alasan2 yg kita rsakan logik, agama Allah, islam, tetap perlu dletakkan d tmpat yg trtinggi.

sekian..sy sekadar mnyatakan pndangan peribadi sy, thank you.
semoga keharmonian bersama terus brkekalan ...salam,,

ehsanhalim said...

CONCLUSION

Salam,
Setelah fikir dalam2, mendgr pndangan dari sahabat2 dan membuat solat istikarah akhirnya saya ingin membuat conclusion bg apa yg saya tulis berkaitan tesl night.

Diharap ini dapat menjawab persoalan individu-individu yang masih belum jelas.

1-Semua yang saya tulis adalah pendapat peribadi.


2-Ingin saya jelaskan,tujuan saya menulis berkaitan tesl night bukanlah teguran khas kepada pelajar Tesl semata-mata tetapi tulisan tersebut adalah untuk menjelaskan apa yang betul dan salah pada SEMUA pelatih IPG Ipoh(dari semua kos) dan staf dari kalangan muslim yang REDHA dengan beberapa aktiviti salah dalam majlis tersebut. Mereka ini terdiri boleh dari kalangan:

-organizer

-yang terlibat dgn persembahan

-audience

-penyokong

-pemerhati


3- Untuk menjelaskan pada mereka ini semua, adalah mustahil untuk saya berjumpa seorang demi seorang untuk menjelaskan pada mereka. Jadi saya menggunakan medium blog untuk menjelaskan pada semua mereka ini.

Cthnya:

"Manakala kepada rakan-rakan diluar sana yang turut sama tidak berpuas hati dengan aktiviti TESL Night tersebut, diharap anda dapat betulkan niat kenapa anda tidak berpuas hati. Adakah anda tidak puas hati kerana faktor peribadi seperti kerana terlalu bising?"

Jika sebab peribadi, anda tidak akan dapat apa-apa di sisi Allah. Tetapi jika anda tidak berpuas hati kerana mereka melanggar batas-batas Islam, maka tidak puas hati anda itu adalah kerana Allah. Ia ada nilai di sisiNya.

(ini adalah penjelasan kepada pelatih yang tidak turut tidak bersetuju.tp tidak bersetuju mereka adalah kerana peribadi.mereka blh terdiri dari rakan-rakan pelbagai kos.)


4-Saya juga gunakan blog peribadi saya untuk menjelaskan perkara ini dan tidak sama sekali menyorokkan identiti diri (walaupun saya tahu saya bakal menerima risiko dibenci dan dicemuh). Tujuannya supaya mana-mana individu yang tidak berpuas hati dan kurang jelas boleh datang terus berjumpa saya.


5- Segala yang terkandung dalam tulisan ini adalah untuk memberi kefahaman kepada semua. Boleh saja saya berjumpa dengan organizer atau pihak pentadbiran supaya tahun akan datang tidak lagi berlaku lagi perkara seperti ini, tapi pada masa sekarang adalah marhalah (fasa) MEMBERI KEFAHAMAN pada semua. Ia lebih penting. Tidak ada guna sekiranya tahun depan Tesl Night tidak akan dianjurkan lagi tapi warga institut TIDAK FAHAM mengapa ia tidak boleh dianjurkan dan di mana silapnya. Namun sekiranya semua warga institut sudah faham apa yang salah dan apa yang betul, Insyallah pada masa depan mereka sendiri akan menentang segala elemen negatif tersebut di dalam mana-mana majlis anjuran institut atau luar institut.


6- Berdasarkan penjelasan di atas, saya tetap mempertahankan kaedah menulis dalam blog ini untuk menjelaskan pada semua. Jadi jika ada persoalan mengapa saya menggunakan blog untuk menulis berkaitan Tesl Night, maka itulah jawapannya. Sekali lagi saya tekankan ia ditujukan pada SEMUA pelatih(dari semua kos) dan staf dan bagi yang ber’title’ MUSLIM sahaja.

ehsanhalim said...

7-Namun dalam masa yang sama saya akui akan kesilapan cara saya menulis dalam artikel ’The Night’. Dalam artikel tersebut saya menulis nama 5 orang adik2 tesl. Majoriti dari mereka adalah ahli usrah saya dan ahli biro agama. Oleh itu, saya MOHON MAAF SECARA TERBUKA kepada mereka semua. Atas sebab itu saya telah menarik balik artikel tersebut.


8- Saya juga memohon maaf jika ayat metafora yang saya gunakan kasar iaitu dengan menyamakan tesl night dgn konsert di Las vegas. Majlis tersebut tidaklah sampai ke tahap seperti konsert di Las Vegas. Dalam masa yang sama saya tidak menafikan terdapat aktiviti salah yang berlaku.Oleh itu, saya mempertahankan setiap teguran yang saya nyatakan.


9- Saya juga tidak menafikan sebahagian besar adik-adik TESL menganjurkan TESL Night tersebut dalam keadaan terpaksa dan turut tidak bersetuju dengan beberapa aktiviti salah yang berlaku tetapi mereka tiada pilihan. Kepada mereka, saya ucapkan tahniah dan syabas. Semoga Allah SWT terus memberikan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua. Sesungguhnya, Allah SWT benar-benar tahu apa yang tersirat dalam hati kecil kita. Oleh itu bersifat jujurlah kita dengan Allah.


10-Insyallah pada masa hadapan, saya akan tulis satu artikel pada bagaimana untuk menghadapi keadaan terpaksa seperti ini jika berlaku lagi pada masa depan.


11- Saya juga mengalu-alukan sekiranya masih ada mana-mana pihak(pelatih, pensyarah dan pihak pentadbiran) yang ingin bertemu secara semuka dengan saya kerana tidak jelas atau tidak berpuasa hati tentang perkara ini.


12- Saya tidak malu untuk mohon maaf atas kesilapan yang saya lakukan kerana saya percaya setiap perkara yang kita lakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika kesilapan semasa manusia, maka ia perlu diselesaikan sesama manusia. Selagi ia tidak selesai maka kita tidak dapat masuk syurga. Atas sebab itu saya lebih suka mengambil pendekatan memaafkan semua pihak.


13-Seperti mana saya tidak malu memohon maaf, saya juga tidak dayus mempertahankan kebenaran yang saya sampaikan kerana saya beriman dengan hadis nabi:
”Nyatakan kebenaran meskipun ia pahit”


14-Sengaja saya guna ruangan komen yang agak terbatas untuk menulis conclusion ini. saya tidak menulis dalam ruangan post baru supaya tidak membesar-besarkan lagi isu ini (kerana artikel saya mungkin dibaca oleh rakan2 ipg lain,schoolmate saya, dan lain2) . Namun diharap keterbatasan ini tidak menjadi penghalang pada SEMUA PIHAK mendapat mesej ini.

Semoga ia dapat diselesaikan dgn baik. Ameen.

Salam sayang,

Muhammad Ehsan Bin Abd Halim

Super0wsem! Clozzette said...

Bismillahirrahmanirrahim...

semoga kita (seluruh warga IPG Ipoh yg Muslim serta semua umat Islam) dpt sama2 mengambil iktibar dari apa yg berlaku...

Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan perbuatan yang dimurkai Allah, maka Allah akan membiarkan dan menyerahkan orang itu kepada mereka" (Tarmidzi)

sprt kata saudara ehsan, smpai bla kita akan berada dlm keadaan terpaksa?mungkin sblm ni kita x tau..tp slps mndpt kefahaman sprt mna yg dijelaskan oleh saudara ehsan (d dlm entry lepas dan entry akan dtg ‘bagaimana menghadapi keadaan terpaksa’..tunggu~, insya Allah), insya Allah lps ni kita boleh sama2 melakukan perubahan ke arah kebaikan..dan saling memperingati antra satu sama lain...

Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung." (Surah Al-Ahzab: 70-71)

Wallahua’lam..
Maaf kalo ada tesalah kata dsb..
Wassalam..