Followers

Wednesday, February 3, 2010

Babi

Babi


Dengan nama Allah yang Maha Kuasa menciptakan semua makhluk

Apa khabar semua?

Untuk entry kali ini saya ingin menggunakan 'babi' sebagai subjek perbincangan kita. Boleh?

Sengaja saya gunakan babi kerana ia lebih mudah untuk saya sampaikan mesej saya dalam penulisan kali ini.

Lagipun, babi adalah satu bintang yang sensitif bagi umat Islam terutama kepada Melayu Islam. Buktinya, kita akan berderau darah bila ada orang panggil kita, " babi!"

Bila ia sensitif, mudah-mudahan akan menyengat pemikiran anda semua.

Saya juga tidak ingin menggunakan perkataan babi kepada khinzir. Hakikatnya, babi dan khinzir adalah perkara yang sama. Cuma perkataan khinzir adalah berasal dari bahasa Arab dan disebut di dalam Al-Quran manakala babi adalah dari Bahasa Melayu.

Bagi orang Melayu yang sopan santun, mereka lebih selesa menggunakan perkataan khinzir. Namun, sifat jijik pada haiwan khinzir itu tidak berkurangan walau dengan apa saja nama yang kita gelarkan kepada mereka.



Babi

Selalu orang akan bertanya bergini:

"Kenapa kita tak boleh makan babi?"


dan biasanya orang akan menjawab bergini:

"Sebab babi kotor dan dalam daging babi ada kuman kuat yang walaupun daging babi itu dimasak, ia tetap tidak mati"


Cara cara menjawab soalan ini ada kesilapannya jika ia dijawab oleh seorang muslim.

Jika ada orang tanya : "Kenapa kita tak boleh makan babi?"

Ia harus dijawab bergini:

" Sebab Allah haramkan kita makan babi".

Itu ASAS kepada kenapa kita tidak makan babi. ASASNYA ialah kerana kita taat kepada perintah Allah.

Baik, kalaulah kita jawab kita tidak boleh makan babi sebab babi kotor dan dalam daging babi ada kuman kuat yang walaupun daging babi itu dimasak, jawapan ini tidak bersandarkan kepada ketaatan perintah Allah.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)


Bagi seorang muslim ia harus mendahului ketaatannya kepada perintah Allah dalam setiap perkara yang dilakukannya.


Lagipun jawapan yang tidak bersandarkan periintah Allah itu boleh dicabar begini:

Katakan pada masa kan datang, para saintis berjaya mencipta babi yang bersih, ada banyak vitamin dan lain-lain lagi perkara baik dalam badan babi tersebut, adakah ketika itu babi sudah halal dimakan?dan anda antara orang yang akan makan daging babi tersebut?

Namun, jika kita menjawab(dengan keyakinan dalam hati) bahawa kita tidak makan babi kerana Allah telah mengharamkan makan babi, maka jika suatu hari nanti jika para saintis berjaya mencipta babi yang bersih dari virus dan kuman serta mampu membekalkan imuniti(dengan teknologi biotek) pada manusia sekali pun, kita tetap tidak akan makan dan tak boleh makan.


Secara kesimpulannya, ASAS pertama dalam kehidupan kita selaku seorang muslim dalam melaksanakan sesuatu itu adalah kerana taatkan perintah Allah.


Cuma kita masih boleh mendapat jawapan ini:

"Sebab babi kotor dan dalam daging babi ada kuman kuat yang walaupun daging babi itu dimasak, ia tetap tidak mati"

dengan bentuk soalan yang begini:

"Apa hikmah Allah mengharamkan babi?"

Maka ketika itu, jawapan diatas boleh digunakan(dengan sedikit penambah baikan):

" Hikmah Allah mengharamkan babi adalah sebab babi kotor dan dalam daging babi ada kuman kuat yang walaupun daging babi itu dimasak, ia tetap tidak mati"

faham?

Bila ada junior saya yang non-muslim bertanya kepada saya kenapa orang Islam tidak makan babi. Saya katakan padanya, sebab Tuhan saya, Allah larang dan ia ada dalam Quran.

Kemudian dia seperti masih belum berpuas hati dengan jawapan saya. Selepas itu, barulah saya katakan padanya, antara kebaikan kenapa tuhan saya melarangkan kami makan babi adalah beberapa sebab yang saya jelaskan padanya.

Antaranya saya beritahunya bahawa ada satu eksperimen, bila air Coke dituang pada daging babi mentah dan dibiar beberapa minit maka ulat hidup keluar dari daging tersebut. Saya suruh dia lihat sendiri eksperimen tu dalam youtube.(anda pun boleh tengok dengan search di youtube, taiplah sesuatu seperti "pork coke". Insyallah akan keluar. Jangan terkejut bila tonton video tersebut. Kemudian sebarkan).


*****
Jika anda faham konsep yang saya sampaikan, anda boleh aplikasikan dalam semua keadaan.

Contoh:

Situasi (1) bila tengok orang sedang bercouple

pemerhati 1: "eii, geramnya aku tengok orang berdua-duaan tu"

pemerhati 2: "kenapa geram?hang jealous ke?"

pemerhati 1: "bukan sebab aku jealous tapi sbb dia buat apa yang Allah larang"



Situasi (2) bila tengok orang berkonsert

pemerhati 1: "eii, geramnya aku tengok konsert tu"

pemerhati 2: "kenapa geram? sbb bising ke?"

pemerhati 1: "bukan,sbb konsert tu majlis yang Allah larang.Sebab melekakan. Bukan sekadar sebab diorang buat bising"


Situasi (3) bila tengok orang hisap rokok

pemerhati 1: "eii, geramnya aku tengok orang merokok tu"

pemerhati 2: "kenapa geram? sbb tak tahan dengan asap rokok ke?"

pemerhati 1: "bukan,sekadar sbb tak tahan dengana asap rokok, tapi sebab mereka buat apa yang Allah larang. Merokok tu ulama dah fatwakan haram"


Banyak lagi situasi yang anda boleh aplikasikan. Saya hanya nyatakan tiga situasi mudah.

Kesimpulannya, bencilah sesuatu itu kerana Allah.Laksanakan sesuatu perkara itu juga kerana Allah. Insyallah semuanya jadi ibadah.

Sekian.


Semoga kita mati dalam Islam.

2 comments:

BATRISYA SOLEHAH said...

Salam..satu genre penulisan yg baik... hal ttg binatang ini sudah byk diperkatakan dalam Islam.
sekadar ulasan, cuba enta kaitkan pula mengapa cara makan dan habitat babi di tempat yg kotor?dan cuba kaitkan dgn habibat manusia yg jahil ttg habitat hidup beragama.
"kenyataan ini agak 'pedas'tp itulah hakikat kehidupan manusia sekarang"
sekadar pendapat peribadi.
-aku hanya hamba dhaif-

Dx said...

hidup dan matiku ......diserahkan kepadaMu...Allah