Dengan nama Allah, Tuhan yang mencipta syurga dan neraka.
Malam ini asrama menjadi kosong. Kebanyakkan students IPG Ipoh sudah pulang ke rumah masing menikmati cuti Tahun Baru Cina selama seminggu. Saya pula pulang pada keesokkan harinya kerana untuk menyelesaikan beberapa urusan.
Disebabkan saya tidak pulang pada malam itu, saya dan rakan-rakan yang tidak pulang meluangkan sedikit masa menghantar mereka yang menaiki bas pulang ke Kelantan. Bas tersebut ditempah dan datang pengambil pelatih di kampus. Ia diuruskan oleh adik usrah saya Shahril. Dia memang berbakat dalam menguruskan perkhidmatan tersebut.
Bila semua orang dah masuk dalam bas dan sedang bersedang bersedia untuk bertolak, tinggallah saya dan adik usrah saya Rafizi. Memerhatikan dari luar untuk melambai tangan pada sahabat-sahabat di dalam bas.
"Cuba enta tengok semua orang yang naik bas tu," saya berkata pada Rafizi.
" Kenapa?"
" Semua yang duduk dalam bas tu semua nak balik Kelantan. Destinasi yang sama. Tapi masing-masing punyai matlamat nak balik yang berbeza-beza. Ada yang nak balik sebab nak jumpa mak ayah. Ada yang nak balik sebab nak jumpa awek. Ada nak balik jumpa adik-adik dan lain-lain"
"Ha'a. Semua niat berbeza-beza. Tapi tempat nak pergi sama" Rafizi menambah.
" Macam tu lah juga kita yang hidup kat dunia ni. Masing-masing akan menuju tempat yang sama satu hari nanti. Tapi matlamat masing-masing masa hidup kat dunia berbeza-beza. Enta punya matlamat hidup ape?" saya bertanya pada adik usrah saya.
"Kalau ana..untuk dapat syurga Allah"jawabnya ringkas.
" Em.. matlamat itu betul juga. Tapi ada satu matlamat hidup yang seorang muslim kena ada. Matlamat hidup tersebut membezakan dia dengan orang kafir,"
" Mencari redha Allah?" teka Rafizi.
" Ya, Redha Allah ".
Sahabat-sahabatku yang mulia,
Hidup kita ini mesti ada matlamat. Tak boleh terumbang-ambing ikut arus dunia. Kita kena ada matlamat hidup. Matlamat hidup seorang muslim ada MARDHOTILLAH ataupun redha Allah.
Namun bukan senang nak capai. Kalau dapat tahap 'mutmainnah' (seperti yang disebut dalam surah yang sama pada ayat 27) pun dah kira Alhamdulillah.
Orang hidup semasa di dunia tanpa mendapat redha Allah, mereka hidup kat dunia 'buat letih ja'.
Ini kerana kehidupan mereka semasa di dunia hanya sia-sia. Tak kisahlah hidup 50 tahun ke, 60 tahun ke, 20 tahun ke.. tapi kalau tidak untuk mendapatkan redha Allah, maka ia hanyalah ibarat 'debu yang berterbangan' di akhirat kelak. Segalanya sia-sia.
Sedangkan akhirat adalah destinasi ABADI.
Tiada manusia boleh patah balik untuk mohon hidup ke dunia kembali. Kalau buruk nasib di sana, maka nerakalah tempatnya. Kalau baik nasib di sana, maka syurgalah tempatnya.
Jadi, sama-sama kita muhasabah diri. Adakah setiap perkara yang kita buat dalam hidup kita ini tujuannya mendapat redha Allah?
Ada orang menuntut ilmu untuk dapat result power. Tapi kita menuntut ilmu supaya Allah redha pada kita. Jika dapat result power, itu adalah hadiah buat kita daripadaNya.
Ada orang mentaati ibu bapa sebab ibu bapa membesarkannya. Kita pula mentaati ibu bapa kerana untuk mendapat redha Allah SWT kerana redha Allah itu terletak pada redha ayah ibu.
Orang yang redha dengan Allah, segala hidupnya diserahkan pada ketaatan perintah Allah.
Masanya, duitnya, tenaganya, fikirannya dan segala-gala miliknya di wakafkan untuk Allah.
Lihatlah bagaimana seorang sahabat nabi Abdul Rahman Bin Auf, seorang jutawan Islam. Beliau berniaga bersungguh-sungguh dan mendapat keuntungan yang besar. Dengan keuntungan tersebut beliau serahkan untuk perjungan Islam.
Semua hartanya diwakafkan dengan redha untuk perjuangan Islam sehingga dikisahkan semasa beliau meninggal, tiada kain kafan yang mencukupi untuk menutup jenazah beliau. Bila tutup kepala nampak kaki. Bila tutup kaki, nampak kepala.
Semua hartanya diserahkan untuk Islam yang tercinta. Inilah bukti bagaimana orang yang benar-benar mencari redha Allah pada perbuatannya, dan bukan hanya sekadar pada bibirnya.
Renungan bersama:
Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
p/s: bagus shahril sebab berjaya lead baca doa naik kenderaan sebelum bas gerak.Tahniah.
No comments:
Post a Comment