Followers

Tuesday, September 28, 2010

Manik itu untuk Siapa?




Bismillah.

Kali ini aku menulis lagi. Tapi tulisku kali ini agak berat mungkin. Cuma untuk kebaikan mu hai muslimat solehah, bacalah. Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan.

Bila menulis, hati akan berbicara. Akal akan berputar ligat. Tangan pula hanya menurut perintah si hati dan akal, menaip setiap bait-bait.

Dunia semaki berubah begitu juga isinya. Isinya yang paling 'besar' adalah manusia kerna mereka adalah kalifah. Bukan si gunung ganang. Bukan juga si gajah rimau.

Dalam manusia itu, Allah bahagikan kepada dua jenis. Satu dinamakan muslimat dan satu dinamakan muslimin.

Yang menjadi titik fokusku dlm tulisan kali ini pada muslimat itulah! Dalam ramai-ramai muslimat itu, aku fokuskan pula pada yang solehah.

Oleh itu, jika kamu bukan jenis muslimat dan tidak pula solehah, tidak perlu kamu mengambil cakna tulisan aku kali ini. Tulisan ini hanya aku memang tujukan pada muslimat yang solehah sahaja.

Wahai muslimat solehah.

Apabila aku berjalan dan merenung ke sekitar alam ini, aku memerhati dan berfikir. Aku lihat ramai muslimat yang bertudung labuh. Dalam benakku, aku berfikir, kamu bertudung labuh untuk MENTAATI PERINTAH ALLAH.

Lihat sahaja dalam surah An-Nur ayat 31:

" ...hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka.."


Pada saat itu, aku rasakan kamu adalah seorang muslimat yang solehah. Kerana kamu sanggup bertudung labuh semata-mata untuk mentaati perintah Allah. Sedangkan ramai perempuan-perempuan yang bertudung tapi tudungnya belum tentu menyelamatkan dia dari azab neraka.

cuma dalam tudung labuh mu itu wahai muslimat solehah, aku tiba-tiba tertanya. Mengapa kadang-kadang aku rasakan sesetengah tudung labuh mu itu seperti terdapat unsur jahiliah. Jahiliahnya pada hiasan yang berlebih-lebihan. Manik-manik sana sini....

"....janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [Surah Al-Ahzab Ayat 33]

Jika kamu bertudung labuh itu adalah untuk mentaati perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 31, manik-manik pada tudung labuh itu pula untuk siapa? perhatian muslimin?


Fikir-fikirkan wahai muslimat solehah. Tulisanku ini jika sekali dibaca seperti mempersoalkan pada perkara yang remeh. Namun, remeh itu bagi muslimat biasa dan bukan yang solehah jenisnya.

Tapi bukankah, sudah aku khabarkan di awal tulisanku tadi. tulisanku ini hanya untuk muslimah yang solehah sahaja. Kerana mereka ini akan berfikir.Kerana mereka ini ada hati yang hidup.

Fikir-fikirkan

2 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

salam ziarah,

alhamdulillah...nukilan berhikmah...mahu mengutip mutiara didalamnya.

mohon izin untuk copy bagi dipanjangkan untuk sahabat2...ingat mengingati..insyaAllah...moga Allah redha.

syafiqah said...

Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Manik ditudung, dijubah, dimana2 sahajalah untuk siapa ya??? syukran akh atas peringatannya... InsyaAllah lepas ini lebih berhati2 dalam mengenakan pakaian....