Followers

Tuesday, October 19, 2010

Akhirat Oriented dan Dunia Oriented



Dengan nama Allah yang Maha Tahu

Melihat kepada suasana kampus tercinta sekarang agak merimaskan.Keadaan semuanya berubah dari zaman ketika saya mula-mula masuk IPG ipoh pada akhir 2006.

Jika dilihat keadaan sahsiah para pelajarnya cukup membuatkan kita rasa bimbang. Masalah semakin banyak. Bila timbul satu masalah, tidak berapa lama sudah timbul masalah baru.

Masalah ini bagi warga IPGKI yang ideologi sekular atau mengamalkan Islam Liberal ia bukanlah masalah. Masalah yang saya maksudkan adalah masalah pelajar yang tidak solat, bercouple, tidak bertudung, pakaian yang tidak sopan dan lain-lain lagi.

Masalah-masalah ini tidak termasuk dengan gejala HEDONISME sebahagian besar para pelatih. Budaya ilmu sama sekali mati. Saya seorang yang berminat dengan sesuatu yang bersifat fakta, ilmiah, pengetahuan semasa dan lain-lain. Jadi, program2 seperti seminar, ceramah, bengkel, bedah buku, dialog, debat dan lain-lain antara perkara yang saya buru. Program-program seperti ini saya akan kejar sepenuhnya ketika waktu cuti semester. Setiap kali saya jumpa poster atau banner tentang seminar di mana-mana tempat seperti di USM transkerian, masjid, dan lain2 saya akan pergi. Biasanya saya akan bawa adik-adik bersama.

Bila saya berada di IPGKI ini, saya kehairanan mengapa hanya sekelumit sahaja golongan yang mempunyai minat yang sama dengan saya? Hanya sedikit dari kalangan rakan-rakan yang boleh dibuat bersembang untuk membincangkan buku-buku baru, isu semasa atau apa sahaja yang bersifat ilmiah. Jika bertanya tentang tokoh2 ilmuan dalam negara atau penulis2 buku, tidak ramai yang mereka kenali.

Begitu juga pensyarah, tidak ramai yang saya dapat dengar perkongsian hasil kajian PHD beliau. Ilmu yang disampaikan kebanyakkan hanya sekitar apa yg terdapat dalam silibus. Namun, ada beberapa orang pensyarah yang saya rasa sangat berilmu. Mereka inilah yang sering saya jadikan individu untuk saya berbual berkaitan kajian-kajian yang dibuatnya. dari apa yang dikongsikan, kita boleh rasakan bacaannya luas.

Di kampus jika ada yang menganjurkan aktiviti ilmiah biasanya jarang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan program2 yang berbentuk hedonisme.

Sedangkan sepatutnya warga IPGKI ini sepatutnya komuiti yang paling menggilai ilmu kerana mereka ini bakal guru. Guru modalnya ilmu.



Kepercayaan dan Cara berfikir yang rosak

Semua yang berlaku ini adalah kerana kepercayaan dan cara berfikir yang rosak. Kepercayaan yang dimaksudkan adalah aqidah. Apabila manusia rosak kepercayaannya, maka dia menjadi DUNIA ORIENTED dan bukan AKHIRAT ORIENTED.

orang yang dunia oriented tidak pernah fikirkan tentang nasibnya kehidupannya yang seterusnya(akhirat). Apa yang dia tahu, kejar dan enjoy segala-galanya dihadapan mata utk kebahagian hidupnya di dunia. Selagi mampu segalanya mungkin.

Golongan manusia seperti ini adalah mrk yang sia-sia kehidupan dunianya dan celaka di akhirat kelak. Mereka inilah yang Allah sebut di dalam surah As-Sajadah mereka akan minta untuk pulang ke dunia semula utk beramal soleh.

Bagi golongan yang akhirat oriented, mereka akan sangat berhati-hati semasa hidup di dunia. Mereka ini akan pastikan apa yang dilakukan adalah sesuatu yang membolehkan malaikat di sebelah kanannya mencatat dan bukan malaikat yang berada di sebelah kirinya.

Hampir semua perkara dalam hidupnya, jika boleh ingin dipastikan semuanya ada pahala. Tidur, makan, belajar, belanjakan duit, bekerja, berjalan, senyum dan gosok gigi, basuh baju dan lain-lain lagi diharapkan dapat pahala. Kehidupan akhirat oriented adalah cara hidup para sahabat nabi. Mereka sering muhasabah nasib mereka di akhirat nanti.

Secara jujurnya, saya sendiri rasakan bahawa kehidupan akhirat oriented amat mencabar dan susah tetapi tidak mustahil. Saya cuba praktikan dalam semua perkara dalam kehidupan. Berperingkat-peringkat. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara dalam hidup.

Sebagai contoh perkara kecil seperti, bila setiap kali saya makan nasi, kadang-kadang terasa ingin menambah nasi kerana mungkin lauknya sedap. Walaupun pada ketika itu saya sudah kenyang. Bila terfikir balik, jika saya tambah nasi ketika itu, ia mungkin adalah nafsu dan bukan lagi makan untuk hilangkan kelaparan. Jika makan kerana nafsu, makan pada ketika itu bukan lagi ibadah. Ia adalah sia-sia untuk akhirat. jadi lebih baik ditinggalkan.

Namun, keadaan boleh berubah dalam situasi yang lain. Contohnya, jika tuan rumah hidangkan makanan yang banyak dan sekiranya kita makan sekadarnya mungkin akan membuatkan banyak makanan yang membazir dan mengguris perasaan tuan rumah, maka ketika itu lebih baik kita menambah makanan tersebut. Lagi pun, adab tetamu yang mengunjung ke rumah saudaranya, mestilah cuba menggembirakan hati tuan rumah. Jadi, ijtihad saya pada ketika itu, menambah sedikit lagi makanan walaupun sudah kenyang masih mendapat pahala kerana niat untuk gembirakan tuan rumah. Cuma, jangan makan sampai memudaratkan.

Kesimpulannya, pastikan apa yang kita lakukan adalah akhirat oriented hatta ketika anda membaca blog ini dan saya yang sedang menulisnya saat ini.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].


Hakikatnya tidak sukar untuk hidup akhirat oriented kerana Allah memang design kita seperti itu. Lihat pada ayat di atas, Allah menciptakan kita untuk beribadah. Jika mustahil untuk kita beribadah sepanjang hidup kita, mengapa Dia boleh menyatakan kita ini diciptkan untuk beribadah kepadanya semata-mata?

Konsep ibadah dalam Islam sangat luas. Apa yang kita buat kerana Allah dan mngikut syariat maka itu ibadah.

Bila apa sahaja kita lakukan di atas dunia ini, kita pastikan dengan niat kerana Allah, maka sebenarnya kita telah menjadikan seluruh kehidupan kita ibadah. Bila semuanya ibadah maka, kita seorang yang mementingkan pahala dan keredhaan Allah. Hanya manusia yang kehidupannya akhirat oriented sahaja yang mementingkan pahala dan keredhaan Allah.


Dunia itu cuma ibarat satu jambatan yang kita lalu untuk ke menuju kehidupan kekal abadi. Tidak lebih dari itu.


Dunia ini ibarat jambatan, sedangkan akhirat itu ibarat rumah kita yang terletak disebelah jambatan tersebut. Kita sedang menyeberangi jambatan tersebut untuk menuju ke rumah di sana. Ramai yang seronok di atas jambatan hingga terlupa jambatan itu bukan destinasinya.

Guna kehidupan di dunia sepenuhnya untuk kehidupan di akhirat.

1 comment:

Shahril said...

lepas bace post ni shahil rase bersemangat sket nk pegi program ilmiah minggu depan di London..
yeahhhh!!!!!!!!!!!!