Followers

Sunday, December 26, 2010

aku takut

Aku takut. Dalam dua tiga hari ni lah.
Takut, bimbang, risau, berdebar dan macam-macam lagi.
Semua datang menyelimut dada.
Rasa sesak.
Entah mana datang perasaan ni.
harap-harap ia dari iman.
bukan dari setan.


Bila buka facebook dalam cuti dua tiga hari ni.
Nampak ada kawan-kawan dari sekolah rendah.
upload gambar lama. gambar darjah 1 pun ada.
tag sana sini kawan lama.
Memang seronok dapat jumpa balik fb kawan lama.
macam reunion di alam maya.
terubat rindu.
Alah, macam jejak kasih dalam tv tu lah!

Kawan-kawan lama dulu
belajar sekali masa sekolah rendah
sekarang dah macam-macam
hebat-habat semua
belajar luar negaralah
dalam negara
memang macam-macam
warna warni

Tapi ..
bila buka fb mereka lama-lama rasa semacam
rasa takut tu lah. Entah dari mana datang takut tu
takut tu bila tengok fb kawan-kawan
bukan semua fb.sebahagian.
sebahagian tu majoriti
masing-masing dah berubah
dulu baik-baik
jernih-jernih muka
satu warna
warna zaman kanak-kanak
Tapi...

sekarang.mereka dah dewasa.
bila buka fb mereka,
ada yg dah 'liar'
dah tak bertudung
merokok
bergambar dengan 'sayang' masing-masing
ada yang fana' dengan dunia muzik band
ah, memang gila lah.

mana hangpa semua?
dulu kawan sepermainan konda kondi
yang pergi semayang kat surau sekali
yang pakai songkok sekali
sekarang masing-masing dah berubah


Aku terfikir
mungkin keadaan, masa,
ini yang merubah kita
mungkin juga sekolah menengah kita
ya sekolah menengah!


aku sekolah agama.
bukan setakat sekolah agama biasa
tapi sekolah agama yang ada tarbiah
usrah, tamrin, mukayyam, rehlah dan program2 tarbawi menjadi tempat lepakku
hadis, tafsir, feqah, nahu soraf, mantiq, balaghah, bio, fizik, addmath baja otakku
naqib-naqib, adik-adik usrah, para pimpinan pelajar, sahabat seperjuangan menjadi team bolaku aku membesar dengan itulah
selama 6 tahun!
acuan 6 tahun itu membentuk aku sekarang.


bagaimana pula kamu kawan-kawanku?
apa yang guru-guru sekolah menengah kamu suapkan?
siapa yang menjadi teman-teman kamu di dalam dan luar kelas?
apa subjek yang kamu belajar setiap hari?


Aku takut,
bila bayangkan jika
jika..
dulu aku tidak masuk sekolah agama
dan sama nasib seperti kamu.
tak boleh bayang
mungkin fb aku juga seperti kamu
ada 'sayang' ku sendiri
ada rokokku sendiri
atau ada gitar kapok ku sendiri.

perjuangan Islam? ikhtilat?
akhirat? dosa? khilafah? maratibul amal?
usrah? daulah? jaulah?

mungkin itu semua aku takkan pernah dengar.
mungkin aku jahil tentang agama.

aku kenal ada teman yang bersekolah agama.
tapi..
ibarat produk yang gagal.
kerana acuan sistem sekolahnya itulah.
Nama sahaja sekolah agama, tapi sistemnya sekular!
Ustaz-ustazah yang ikhlas mentarbiah ditukar
akhirnya, jadilah sekolah sahaja agama
tapi pelajar dan guru-gurunya?

ya Allah
aku merafak rasa syukur
atas nikmat agung yang Kau beri kepadaku
nikmat Iman dan Islam
Kekalkanlah nikmatMu ini
Berikan juga pada kawan-kawanku yang lain
Mudah-mudahan kami semua selamat di akhirat sana.
ameen.

Kenangan 5 Merah 1999- SK Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Pulau Pinang.

" Ya Allah, janganlah biarkan kami menentukan kehidupan kami sendirian tanpa bimbinganMu walau kadar sekelip mata sekali pun"

1 comment:

Nurul_Islam said...

salam ustaz..

fenomena tu menjadi biasa pada zaman sekarang.. even sahabat2 ana yang dahulunya badar di sekolah ana pun akhirnya terkndas juga dalam ujian dan gelombang keasyikan dunia.. bersyukurlah Allah menetapkan hati-hati kita supaya tetap utuh di dalam islam.. doakan sahabat-sahabat yang lain agar ketemu jalan pulang.. mereka diuji dan di dalam hati mereka sebenarnya masih ada secebis perasaan resah dan gelisah dengan perubahan diri mereka.. percayalah.. dan kita juga layak untuk diuji seperti mereka.. namun kita berdoa agar Allah memelihara diri kita dari fitnah dunia.. jangan mencemuh mereka tetapi doakan dan berikanlah nasihat dan peringatan.. sesungguhnya manusia itu makhluk yang pelupa.. wallahualam..