Followers

Monday, February 7, 2011

Practeeqoum 3: Muqadimah




Dengan Nama Allah yang Maha Tahu dan yang memberi Tahu.

Alhamdulillah saya dan rakan-rakan dari unit F telah mula berpraktikum. Sudah hampir seminggu lebih.Bermula minggu lepas.

Kali ini saya berpraktikum di Sekolah Perempuan Padang Rengas. Saya dan rakan-rakan menyewa di kuarters guru di Jalan Sultan Iskandar Kuala Kangsar.

Ingin berkongsi sedikit pengalaman ringkas di sekolah ini.

1-Jumlah murid di sekolah ini terlalu sedikit.Seramai 240-250 sahaja. Setiap tahun hanya ada satu kelas.

2-Murid yang datang bersekolah rata-rata dari penduduk kampung di kawasan ini. Majoritinya adalah melayu dan hanya ada kurang dari 5 orang sahaja yang berbangsa India. Tiada Cina berbangsa cina.

3-saya diberi amanah untuk mengajar sains tahun 3 dan 5. Untuk subjek BI pula mengajar tahun 4.(sains 8 masa, BI 2 masa)

4-Di sekolah ini, terdapat wifi. Ini sangat membantu saya dalam P&P sains. Semasa mengajar saya boleh terus buka youtube untuk tunjukkan video-video bagi membantu kefahaman pelajar. yang paling best video tersebut tiada buffering.Memang mantap wifi nya.

Sebagai contoh bila saya mengajar bab food web, saya perlu memperkenalkan dulu kepada pelajar apakah yang dimakan oleh binatang tersebut supaya dapat dikategorikan kepada karnivor/herbivor atau omnivor. Antaranya binatang yang diperkenalkan adalah beruang.

Ramai murid kata beruang hanya makan ikan. Sedangkan beruang juga makan buah-buahan. Maka beruang tergolong dalam kumpulan omnivor. Jadi untuk membetulkan misconception murid ini, maka saya terus buka youtube dan mencari video beruang sedang makan buah.

Bila murid lihat video tersebut maka faham dan yakinlah mereka dengan sebenar-benar keyakinan. :)

5-Untuk praktikum kali ini saya diminta mengajar sains tahun 3. Antara maklumat berkaitan kelas tersebut adalah seperti berikut:

-terdiri dari 46murid
-7 darinya pemulihan
-ada yg sangat rajin belajar
-ada yg sangat 'rajin bermain'.

mengajar kelas tersebut memang mencabar kesabaran dan keikhlasan. Memang susah nak kawal. Bila pertama kali saya masuk kelas tersebut, saya lihat atas meja guru telah tersedia kayu panjang dan pembaris kayu panjang. Bila saya tengok saya tersenyum.

" Cikgu mana yang selalu guna kayu ni?"

" Cikgu x, y, z dan bla2.... cikgu tu selalu pukul meja ni" jawab murid saya yang berada di hadapan. Saya lihat memang banyak kesan lekukan di meja.

Nampaknya budak2 kelas ni dah imune dengan pukulan rotan. Jadi, jika saya juga guna rotan memang xkan berkesan.

Susunan pelajar yang berada dalam kelas tersebut pada pandangan saya sangat bermasalah. Pelajar yang pandai dan minat berlajar di letakkan di kelas hadapan.

Pelajar pemulihan dan lemah serta pasif di letakkan di bahagian tempat duduk belakang. hasil dari susunan ini, maka bila saya mengajar, di hadapan maka di belakang pelajar yang lain akan main dan tidak memberi tumpuan. Segala soalan yang saya lontarkan hanya akan direspon oleh pelajar-pelajar pandai yang berada dihadapan.

Semasa kita mengajar di hadapan, pelajar-pelajar tersebut akan bermain. Bila saya ke belakang senyap sekejap.Lepas tu mereka mula main balik.

Pernah sekali, apabila saya buat aktiviti kumpulan, saya sengaja bahagikan pelajar mengikut tahap kecerdasan mereka. Semasa sesi pembentangan kumpulan dari meja belakang, ada murid lain berkata:

" Patut la kumpulan ni kumpulan tak pandai. Hahaha.."

Mendengar apa yang pelajar tersebut sebut, membuatkan saya terkejut. Kesabaran saya tercabar. Bagi saya perkataan tersebut amat bahaya!

" Tolong jaga sikit mulut awak tu!" saya memberi pesan sambil menahan gelora yang sedang memuncak. Terasa amarah saya sedang dirancik-racik. Mengelegak.

namun itulah hakikatnya. Bukan seorang sahaja yang sebut, tapi memang semua murid dalam kelas tersebut tahu.Termasuk cikgu-cikgu.pelajar yang lemah akan duduk di meja-meja belakang. Kebanyakkan dari kelas pemulihan. Murid-murid yang berada di meja-meja belakang pun tidak kisah langsung orang panggil mereka 'tak pandai'. Mereka lebih berminat bergaduh, berlari dan mengacau sesama mereka!

Sepatutnya sekolah dapat asingkan kepada dua kelas. Tapi disebabkan kelas tidak mencukupi maka terpaksa diletakkan seluruh pelajar tahun 3 dalam sebuah kelas.Hasilnya tahun 3 ada 46orang murid. Lagi empat orang untuk cukupkan 50!.

bagi menghadapi 'keributan' dalam kelas tahun 3 ni, saya masih dalam branstroming macam mana untuk mengawal mereka. Mungkin anda ada cadangan.

7 comments:

along Nazirah said...

Salam,. Menarik,. Ramainya lebih kurang macam kelas kat sekolah ana. Selalunya kalau buat aktiviti, deorang boleh bagi perhatian sekejap je. Kalau masa buat kerja, selalunya bising dan bingit. Kalau cikgu yang lama, aura dia memang murid dah takut, tapi ana xde aura gitu, murid tak takut dengan ana. Kadang-kadang kalau bising, penawarnya cakap dengan lemah lembut aje, sebab bila cakap kuat, memang tak boleh lawan dengan suara mereka. Puji-puji sikit, jek sikit, Alhamdulillah ok. Tapi, itu contoh la, sesekali berkesan, kadang-kadang tidak.

* Ada seorang murid ana yang melabelkan dirinya sendiri 'bodoh'. Memang hati berdesup, zap terus.Terus panggil dan bercakap dengan dia. Terharu bila nampak air mata bertakung dalam kelopak mata dia,.

ehsanhalim said...

terima kasih atas cadangan.blh try.

kelas tahun 3 tu semua cikgu tak tahan ngjar.sbb hyperaktif sgt.yg kesian murid2 yg mmg nak bljr.tak mampu concentrate.

cikgu lama mmg dia ada aura.aura dia kt tangan dia tu.ringan.

kita yg praktikum tak boleh guna tangan. so, kena guna psikologi.

hari ni dh try teknik kedua utk kawal kelas.tak berjaya juga. kena fikir cara lain plak.

~gagal kawal murid mungkin sbb tak doakan mrk ko.

Sayyidatunnaqibah88 said...

Assalamualaikum...cuba guna sistem token..mna tau berkesan, bdk2 ni biasanya suka bersaing..lg satu, cuba guna teknik 'pause'. bila guru tgh bercakap tu, tba2 guru hentikan percakapannya dan merenung murid yg sdg bt perangai...secara automatik, bdk akan tertanya2, "eh, knp cikgu diam ni?"...jd dorg akan tgok apa kita sdg buat, bila dorg nmpk kita sdg dlm reaksi 'marah tnpa sbrg kata', dorg akan pndai diam sndri. pastu ckgu bg warning la..insyaAllah berkesan..sy pernah cuba...tp jgn kerap sgt plak, nti x brapa nk berkesan...berkenaan dgn murid yg label diri dia bdoh, atau dilabel oleh org lain sbg bdoh tu, sy pnah jmpa jgak. msa tu dia x dpt jwb, then sy pgil dia ke dpn dn minta dia jwb soalan di ppan tulis. mmg dia xdpt nk jwb, bg msa 3 minit pun mmg xdpt nk jwb, lastly, sy pegang bahu dia dn tatap muka dia..tya dlm nada sbg sorg kakak dgn adik "knapa dgn kmu, kmu ada msalah?" nk tau pa bdk tu buat pas tu? tba2 dia peluk sy smbil mnangis..nmpk sgt yg org spt ni mmg menahan hti dn memendam rasa. bg motivate masa ni, terus pas tu, nmpk la peningkatan dia tuk trus blajar. mngkin dia rasa disayangi kot..huhu..

RAHMAH BASRI said...

Salam,pertamanya tahniah sbb ambil pengetahuan ttg hal ini...sangat penting utk kita transformasikan pendekatan pengajaran..sebelum itu, ana mtk enta cuba refleks kembali apa yg enta dpt dlm jemaah dn aplikasikn 10% apa yg enta dpt dlm j ni utk p& p...ini cadangan dari ana..
1) Letakkan /peraturan (adab) dlm kelas, sekurangnya2 5 peraturan utama
2) Be a fasilitate to the student.. Mulakn p&p dgn istigfar, “moto” motivasi utk murid2 m’ikut mingguan : cth : enta : Murid2 kelas 3 Cerdik! Murid : Go! Go!Go! ..mereka beramai2 akan menyebut pula :”KAMI BELAJAR KERANA ALLAH”.@ WE LEARN BECAUSE ALLAH and so on .kemudian lakukan pula “Tepuk-Tepuk Gembira!” @.jika enta nk tkrkn dgn ayat al Quran yg b’kaitan subjek yg diajar : Cth : enta nk m’ajar ttg matahari dlm minggu t’sebut, enta pilih seorang murid blh juga mulakan dgn ayat al Quran “ Tidakkah Engkau memerhatikan (penciptaan) TuhanMu, bagaimana Dia memanjangkan bayang-bayang (dan memendekkan bayang-bayanag); dan sekiranya Dia mengkehendaki, nescaya Dia jadikannya (bayang-bayang itu) tetap,kemudian Kami jadikan matahari sbg petunjuk,kemudian, Kami menariknya (bayang2 itu) kpd Kami sedikit demi sedikit (Al – Furqan) ayat 45 & 46-perlu sgt bg ana.
3) Setiap kali nk mulakan p’ajaran, enta mesti trick dl dgn tegas “Duduk sedia” sms enta nk m’ajar dn sms bg mereka latihan ..katakan “Duduk senam”..utk bantu p’gerakan fisio mereka

RAHMAH BASRI said...

sambungan..
4) Mulakan juga set induksi dgn akti.nyanyian, lakonan, kotak beracun, teka-teki,puzzle dll
5) Campurkan / tukarkan kedudukan murid2 lemah, sederhana dan pandai dlm 1 kump.
6) Gunakan pendekatan sistem ganjaran/ ekonomi token utk berikan motivasi kpd murid2 utk belajar (jika murid ramai, sila buat board/ guna kad manila m’ikut nama2 kump),blh gunakan stiker/ smiley (yg mampu) utk berikan ganjaran..setiap minggu sila,berikan ganjaran kpd kump. Yg b’jaya dn rekodkn kejayaan kump itu (cth: berikan tanda star pd board kump itu)..board itu mestilah dipamerkan d hadapan kelas.
7) Sediakan lembaran kerja yg m’ikut tahap keupayaan dn kefahaman murid..asingkn lembaran kerja murid lemah,sederhana dan pandai dn bila tgk markah nya naik, silalah umumkn dlm kelas dn puji lah murid itu (utamakan murid lemah)
8) Jika ada antara murid pandai yg m’ejek murid lemah,sila gunakan p’dekatan lembut dgn adakan kuiz secara tiba2 kpd dia..cth : Baik, Arif, murid cikgu yg pandai, apakah nama...apakah..bagaimanakah...soal2 dia sampai dia x blh jawab..nnt InsyaAllah...bina balik kekuatan dia (kerna dia akan “down” sbb x dpt jwb soalan enta) dgn pujian dn semangat.
9) Jika murid yg degil itu lakukan lg p’buatan yg sama,jgn terus b’hikmah dgn dia mtk dia jika dia b’adab, cikgu akan berikan hadiah dll..(apa2 yg sesuai)
10) Bila dah aim murid yg degil,lemah, pegilah kpd dia semasa dia buat latihan yg d beri,sambil sentuh tulang belakang@tangan@jari murid itu dn selawat kpd Nabi S.A.W 3x..setiap kali m’ajar jgn ptus lakukan pekara ini.
11) Cuba enta lakukan jgk sesi “pelajar b’adab” setiap kali m’ajar dn berikanlah pelukan dn sentuhan kpd dia d hadapan kelas (yg lelaki) yg perempuan ucapan tahniah!..InsyaAllah..murid yg lain akan cemburu positif

RAHMAH BASRI said...

12) Sms mereka lakukan sesi latihan, cuba mainkn jgk melodi lagu2 lembut..cth : kitaro,piano dll
-Diri sendiri : cuba cari dn printkan kata2 motivasi guru, ayat2 Al Quran @ Hadith Nabi S.A.W yg blh naikkan semangat enta dn baca setiap hari ..lekatkn kt meja..InsyaAllah...kita akn pulih semangt dn murnikan niat utk tarbiyyah generasi harapan Islam ini..
p/s : ini adalah apa yg ana pernah buat pd murid2 pend.khas dn aliran perdana...Alhamdulillah..InsyaAllah3x ..Allah itu Maha Mengetahui apa yg kita ajarkan...ingatlah jika sudah sistem pendidikan kita sekular, maka kita lah p’dakwah yg perlu melebarkan luaskan ayat2 Allah dlm kelas...InsyaAllah..
-Firman Allah dlm surah Ar –Ra’d ayat 11: “Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya b’giliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah m’kehendaki keburukan t’hadap sesuatu kaum, maka tak ada yg dapat menolaknya dan TIDAK ADA PELINDUNG MEREKA SELAIN DIA (ALLAH)..
Kitalah p’bentuk generasi harapan Islam..Muallim..
Ayuh! Kita sahut sistem pendidikan Rabbani bkn sekular yg diterokai oleh kafir!
“Maka janganlah engkau taati orang-orang kafir, dan b’juanglah terhadap mereka dengannya
(AL QURAN) dengan semangat dan p’juangan yg besar!”-Al Furqan, 52
-Aku Hanya Hamba Dhaif-

ehsanhalim said...

menarik pandangan dari semua;

actually utk tahun 5 n 4 yg ana ajar xda masalah.sgt cemerlang.

tp masalah skg ni tahun 3.

semua cikgu ckp kelas tu mmg macam-macam skit.

kita marah dia sekejap senyap.pastu dia kacau org balik.

nak ajar english, ada yg BM pun xblh nak ngeja lagi.

kelemahan dia sbb dia campur semua kali dlm satu kelas hingga jd 46 org murid.

sbb kelas xcukup.

klu ada cikgu2 lama just menjerit n budak blh dgr suara dia.klu nakal ambik kayu pukul. ana pula nak bt benda ni mmg 'x lalu'.

dh dua teknik dh try utk attract attention mrk.tp xdpt.

tgh plan teknik yg ketika.

apa2 pun trima kasih atas pndngn semua.