Followers

Tuesday, March 8, 2011

Terhibur

Dengan Nama Allah

Sahabat,

Dunia ini memang sementara.tapi sementara inilah yang ramai manusia rasa ia adalah segala-galanya. Termasuk aku.kadang-kadang.

Sahabat,

Aku berpesan kepada kamu dan diriku, supaya kita jangan sampai tersilau pandangan kerana kenikmatan dunia. Terlalu sibuk bekerja dan mengurus hal dunia sehingga terlupa kita punyai tugas yang besar.

Sahabat,

Dalam berjuang ini perlukan kemanisan. Tanpa kemanisan dalam berjuang, langkah perjuangan mu akan berat. Kemanisan ini hai sahabat lahir dari perasaan 'cinta'.

Cinta ini bukan biasa-biasa. Ia adalah kerana Allah. Walaupun dirimu keletihan berjuangan, hatimu tetap terhibur.

Terhibur.

Kamu perlu fikir hai sahabat. fikir perkataan ini: " terhibur".

Adakah hatimu terhibur? Bila terpaksa bermesyuarat berjam-jam. memimpin beberapa usrah dalam seminggu. Bermusafir jauh untuk urusan dakwah. Korbankan masa tidur semata-mata untuk habiskan tugasan akademik yang tertangguh akibat kesibukan?

Adakah hatimu terhibur? Jika terhibur, itu tandanya kamu sudah mendapat halawatul iman, kemanisan iman. Hanya kamu sahaja yang tahu kemanisannya. Betapa manisnya.


Sahabat,

Sama-sama kita fikir. Jangan terlupa untuk sentiasa bisikkan pada hati kita; dunia ini palsu. Akhirat itu yg abadi.

Hai sahabat medan dakwah ini sukar. ramai yg tersungkur berdarah lutut. ranjaunya perit menghiris kaki. kita perlu sahabat di tepi. yang sentiasa memimpin tangan kita supaya selamat.tak tergelincir.

sahabat,

kita juga perlu pasangan yang soleh/ah untuk terus berjuang. aku tahu, kau memang impikan pasangan yang soleh/ah. aku juga bergitu.

tapi jangan lupa sahabat. Allah dah janjikan. yg baik itu untuk yang baik. Yang buruk untuk yang buruk.

Jadi bagaimana kita?

si malas solat berjemaah untuk si malas solat berjemaah
yang sukar bertahajud dapat pasangan yang sukar bertahajud
yang kedekut berselawat pada nabi untuk yang kedekut berselawat pada nabi.
yang jarang bertadabur quran dapat mereka yg yang jarang bertadabur dengan Quran

Jika kita;

kuat merancang untuk Islam kita dapat yang kuat merancang untuk Islam
yang cintakan dakwah, dapat yang cintakan dakwah
kaki tahajud dan munajat pada Allah untuk 'abid yg kuat tahajud dan munajat pada Allah
yang rindu bersolat taubat dapat yang rindu solat taubat.


untunglah jika kita dapat pasangan yang baik ini sahabat. Dia akan permudahkan jalan kita bertemu Allah nanti. mengukuhkan jalan juangan kamu di jalan ini.

malanglah jika dapat pasangan yang lemah sahabat. Dia akan mungkin menyukarkan jalan dakwah kita.

Hingga akhirnya kita hilang dari pentas dakwah ini.
selamat tinggal.


ehsan halim'
kuala kangsar

5 comments:

Shahril said...

mekaseh mengingatkann..
kadang2 shahril terlupa untuk berhibur didalam tugasan seharian..
:')
jzk

safiya yahaya said...

sy jugak...mohon kebenaran post kat fb ye. salam.

Sayyidatunnaqibah88 said...

Salam...sgt stuju ngan bingkisan ni..mga terus terhibur dgn jalan dakwah...=)

ehsanhalim said...

mudah2an bermanfaat utk semua.

berjuang ddn niat krn Allah

::muslihah zaki:: said...

subhaanallah~