Followers

Tuesday, August 13, 2013

Suatu Hari Nanti

Bismillah

Dengan nama Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan kita semua.


Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis 'tentang perkara ini'. Memang sudah lama. Lama sangat.

Tapi entah mengapa tidak tertulis. Pagi ini tiba-tiba saya gagahkan juga. Mudah-mudah ada manfaat. Mudah-mudahan benar.

Jika anda baca separuh dan anda rasa tiada manfaat, tidak perlu terus membacanya kerana masa kita mahal. Rugi masa kita jika membaca perkara yang tidak bermanfaat. Untuk tulisan kali ini pun, saya menulis dengan ayat yang sedikit mengarut dan terbelit-belit supaya anda sukar untuk faham.

Hakikatnya, saya pun bukanlah gemar orang ramai membaca tulisan saya di blog ini. Jika boleh cukup sekadar rakan-rakan yang mengenali saya yang membaca blog ini sebab itulah saya tidak berkongsi blog ini di facebook saya.

Tujuan saya menulis pun kadang-kadang sekadar untuk meluahkan rasa dan merakam pengalaman lalu. Mana tahu esok-esok saya ada lapangnya, saya membuka kembali blog ini dan membaca semula tulisan-tulisan saya buat merenjat semangat yang terbang ditiup angin mabuk. Sebab itulah dalam penulisan ini saya tidak mempedulikan sangat berkaitan ejaan atau tatabahasa kerana ia bukanlah untuk nilai populis ia hanya untuk dibaca sendiri.

Pendek kata, syok sendiri!


Nak buat macam mana tapi begitulah.



********
'tentang perkara ini'


perkara apa itu? ia sebenarnya adalah sebuah omong kosong. Kosong yang tiada apa-apa. Benar-benar kosong. Jika kita beritahu pada orang 'tentang perkara ini' tersebut pun orang akan kata,

" mana dia? xdak pun."

" sembang kosong boleh lah!"

Jika dia tidak berkata apa-apa pun dia akan membalas dengan senyuman sinis sambil mukanya dipaling ke lain untuk menyorokkan senyuman sininya itu.



******
'Perkara ini' adalah, dan, iaitu: seorang pemuda....


Ada seorang pemuda akalnya lemah, badannya lembik dan kurus pula. Tiada apa-apa bakat. Sangat lemah. Imannya pula senipis kulit bawang atau lebih nipis dari itu. Tiada sebarang kekuatan. Akalnya, badannya, imannya, bakatnya dan lain-lain pada dirinya sangat lemah. Boleh ditiup angin begitu sahaja. Sekali Fuh! sahaja sudah melayang entah ke mana.

tapi pemuda ini pelik. Pelik dan aneh. Dalam lemah yang amat-amat sangatnya dia itu entah kenapa dia ada satu 'awan tinggi' dalam akalnya. Tinggi sungguh hingga tidak tercapai oleh tangannya yang pendek dan kurus melidi itu.

'awan tinggi' tinggi itu sarat membawa 1001 angan-angan kosong. Persis seperti awan mendung yang sarat membawa hujan begitulah 'awan tinggi' ini  sarat dengan angan-angan kosong. Ia terapung tinggi melangit hingga tiada siapa yang perasan. Semakin hari semakin besar. Angan-angan kosong itu adalah angan-angan masa depan yang entah bakal berlaku atau tidak.



******
'awan tinggi' dan angan-angan kosong masa depan.



Setiap hari pemuda yang lemah tadi berangan-angan kosong. Selepas membuat angan-angan kosong kemudian ia terapung dalam 'awan tinggi'

" Suatu Hari Nanti aku nak ambil cuti tanpa gaji selama setahun, kemudian aku mahu ke mesir untuk menuntut ilmu bahasa Arab dan fiqh muamalat" maka bertambahlah sebuah angan-angan kosong masa depan dalam 'awan tinggi' nya itu.



dan ia bertambah lagi...
" Suatu Hari Nanti aku nak jana kewangan aku dengan kukuh supaya bakal isteriku tidak perlu bekerja. Biar dia fokus mentarbiah anakku supaya bakal menjadi ulama' mujahid yang bakal mengislah umat tercinta ini'



Semakin rancak memenuhi 'awan tinggi' itu.....
" Suatu Hari Nanti Insyallah melalui kewangan yang kukuh juga aku mahu merantau dan menetap di Eropah untuk aku merasai dan menambah ilmu serta pengalaman bermusafir di negara orang. Aku mahu mengusai bahasa-bahasa asing"



dan lagi...
" Suatu Hari Nanti, setiap tahun aku mahu menaja seorang murid miskinku yang pandai untuk belajar di madrasah dan pondok terkemuka supaya suatu hari nanti mereka dapat menjadi ulama dan pejuang di bumi mereka sendiri"


bertambah tanpa....orang tahu...
" Suatu Hari Nanti sebelum aku berhijrah meninggalkan bumi ini, aku mahu membina sebuah pondok atau madrasah bersama sahabat-sahabatku yang ikhlas berjuang"



lagi....
" Suatu Hari Nanti aku mahu menerbitkan buku-buku yang bertaraf international supaya bila mataku terpejam, pahala dari manfaat buku tersebut menematiku untuk menerangi jalan menuju Rab ku"

dan lagi....
" Suatu Hari Nanti aku mahu membina perniagaan keluarga sepaya semua adik-adikku serta saudara mara dapat bersama menjayakannya. Akhirnya ukhuwah dan hubungan kami akan sentiasa rapat. Di situ tarbiah dapat dikekalkan"

"Suatu Hari Nanti insyallah master dan kemudiannya PHD"

" Suatu Hari Nanti aku mahu membawa kedua ibu bapaku membuat pembedahan Lasik supaya mereka tidak perlu lagi untuk memakai cermin mata"

" Suatu Hari Nanti aku mahu memberi inspirasi pada muslim yang bermentaliti kuli supaya berubah bermentaliti majikan"


"Suatu Hari Nanti dengan akalku yang selalu lupa, aku mahu menghafal Al-Quran yang mulia"



"Suatu Hari Nanti aku mahu mati sebagai syuhada dan masuk ke syurga Tuhanku tanpa hisab dengan dosa yang terampun kerana aku tahu aku dosa-dosaku menggunung tinggi dan bakal menghempap ubun-ubun kepalaku yang kosong"


Maka terapunglah 'awan tinggi' itu bersama angan-angan kosong. Terapunglah..........



******
Hidup tanpa 'awan tinggi"

Pemuda akalnya lemah, badannya lembik dan kurus tadi tidak kisah apa orang kata. Apa orang kritik. Dia terus mencipta angan-angan kosong dalam 'awan tinggi'nya.

Bagi dia, apa nak disusahkan. Untuk membuat angan-angan kosong bukan perlu dibayar sesen pun. JIka takut untuk digelak orang, sorok diam-diam angan-angan kosong kamu yang gila di mata mereka.

Kata pemuda itu, yang gila sebenarnya orang yang malas untuk membuat angan-angan kosong. Bukan perlu keluar tenaga pun. Duduk-duduk sahaja pun sudah dapat menelurkan angan-angan kosong. Untung-untung angan-angan kosong itu menjadi!

Kata pemuda itu, orang yang malas membuat angan-angan kosong tidak akan ke mana. Tidak akan berubah. Jauh ditinggal orang. Jika dia bernilai sepuluh sen, maka sampai mati pun dia bernilai sepuluh sen. Jika dia dipijak orang, sampai mati pun dipijak orang.

Jika dia 'dibodoh' orang maka sampai mati pun dia akan 'dibodoh' orang. Jika dia menyuap mulut mengisi perut dengan duit dari berkuli pada majikan, sampai mati pun hidup menyuap mulut mengisi perut dengan duit dari berkuli pada majikan  Begitulah fahaman si pemuda yang akalnya lemah, badannya lembik dan kurus tadi.


*******

Akal lemah, badan lembik dan kurus, iman senipis kulit bawang


Itu semua bukan alasan bagi pemuda itu yang penting dia ada 'awan tinggi' yang betul-betul tinggi melangit. Bukan hanya setinggi bahu. Jika hanya 'awan' hanya setinggi bahu sekali batuk atau bersin sudah kotor terkena tempiasnya.Sekali di fuhh! orang sudah hancur berkecai. Sorok 'awan tinggi' jauh-jauh supaya orang tidak sampai.

Yang penting sekali bagi pemuda yang akalnya lemah, badannya lembik dan kurus tadi percaya akan tuhannya:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 

(Surah Ar-Rad:11)




"If you born poorit's not your mistake; But if you die poor, it's your mistake" -- Bill Gates










p/s: memang akal kita lemah, badan lembik dan kurus. Serba serbi lemah kerana yang gagah perkasa adalah Allah.