Semasa perjalanan pulang dari program tarbawi di utara, saya singgah di masjid Al-bukhari Alor Star untuk solat maghrib. Kebetulan bertemu dengan adik-adik tarbiah.
Ambil kesempatan untuk duduk berhalaqah seketika bersama mereka.
Mereka adalah pemuda harapan umat.
Berbeza latar belakang, berbeza asal tempat pengajian tapi mempunyai kesamaan fikrah dan ruh perjuangan.
Ukhuwwah antara mereka kukuh tersimpul penuh ikhlas. Lautan yg memisah borneo dan semenjung sama sekali tidak membezakan mereka.
Jiwa mereka tersulam sifat 'jiddiyah'(kesungguhan) dalam melaksanakan amal islami baik bersifat tanzimi, tarbawi dan syarie.
Perkongsi idea mereka tentang perancangan gerak kerja dakwah mengagumkan.
Semuanya tersusun rapi dalam 'scorecard' versi management by objective (MBO) mereka.
Kebergantungan,tawakal kepada Allah sentiasa menjadi tempat berpaut.
'Sabar dan solat' menjadi sumbu kekuatan buat mereka di saat badai melanda.
Sungguh! mereka adalah pemuda Rabbani yang tertanam sifat Jiddiyah.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]
3 comments:
Hello, I find your write-up very interesting. I look forward to reading more from you. Below are a few topics I work on.
APVP Crystals for sale
Bapvp blue crystals
apvp crystals
apvp crystals for sale
buy apvp crystals china
pvp chemical
pvp online
buy apvp crystals
sildenafil 100 mg it belongs to the class of Phosphodiesterase-5 inhibitors the same ingredient contained in the famous Viagra. is used in the treatment of erectile dysfunction. is independently maintained and erection through sexual stimulation.
Post a Comment