Followers

Sunday, August 31, 2008

Tarbiah Ramadhan

Ramai org gembira bila sebut raya. hingga persiapan utk menyabutnya mmg sangat hebat. Malah mak ayah kita sanggup habis beratus ringgit utk sambut Hari Raya. Mana taknya, tak pasal2 semua nak baru. kusyen, langsir, perabot dan baju. Pelik. Walaupun benda2 ni semuanya masih elok dan masih boleh digunakan hingga terpaksa utk tukar baru. Kalau masa kecik dulu mungkin ye kalau time raya je mesti nak baju raya baru. Ibarat kalau xda baju raya baru macam xsempurna raya tahun tu. Ini semua melambang betapa tarbiayah ramadhan yang kita lalui tidak sempurna. Dalam menyelami erti puasa kita diajar supaya mengingati bagaimana golongan mustadafin terpaksa berlapar dan berjimat dalam menguruskan kehidupan seharian. Makan cukup sekadar kenyang,baju hanya dibeli baru bila benar2 perlu..inilah kehidupan mereka. Jadi kalau kita benar2 mengambil mau'izah atau pengajaran dari madrasah ramadhan ini, kita akan lebih perihatin dgn mereka. Bagi saya, tahun ni nak berazam supaya untuk guna baju melayu yang dulu kerana masih elok. Duit hasil jimat beli baju mungkin boleh belikan baju raya baru pada mane2 golongan mustadafin yang memang banyak di Malaysia. Walaupun kalau nak kira elaun yang bakal masuk ni tak terjejas sangat kalau nak beli baju melayu baru dan belikan utk golongan mustadafin. Walau apa pun nilai kewangan kita bukanlah kayu ukurnya, tapi bagaimana kita menguruskan ia lebih utama.Justeru, marilah sama2 kita menghayati inti pati Ramadhan kali ini. Mulakan satu Ramdhan lagi.

Visi Ramadhan 1429 ku: Tuhan aku ingin kembali kepada fitrah Mu!

No comments: