Followers

Wednesday, September 3, 2008

Nikmatnya berada kesusahan..


“aduh ya allah…”

“allaaah”

“Tak laratnye”ini lah kata2 yg terdetik dihati bila hari ramadhan pertama tahun ni. Memang aku betul2 xlarat. Mungkin kesan dari bersahur hanya dengan meneguk air masak. Tak laratnya memang betul2 menguji. Sampai nak baca quran dengan berlagu pun dah tak larat. Baca pun sekadar keluar suara je. Nak senyum pun dah tak larat. Mata pun kuyu je. Nak berdiri lama lagi la mustahil. Silap2 boleh tumbang. Mungkin Allah dah kurniakan tubuh badan begini. Aku redha. Teringatkan masa belajar berpuasa sunat masa kat sekolah Maahad Muhammadi dulu. Masa tu baru tingkatan satu, dua gitu, aku terpaksa sembahyang asar duduk sebab dah tak larat sangat berpuasa. Nak buat camne, bila nak berdiri je nak tumbang.inilah diri diriku…

Hati ini lebih lunak

Namun, bila aku jadi keadaan camni. Hati ini menjadi lebih lunak dengan Rabul Karim. Selalu je sebut nama Allah. Betullah seperti mana yang tok guru nik aziz cakap dalam kuliah pagi jumaatnya,golongan yang miskin dan susah ni mulut mereka lebih mudah sebut nama Allah.Kerana sering sangat diuji dengan kesusahan, kelaparan dan lain2. Jiwa mereka selalu bermunajat mohon pertolongan pada Allah.Sedangkan yang kaya,mewah dan berpangkat hampir2 sahaja melupakan Allah kerana segalanya sudah tersedia,tak perlu merintih atau bermunajat pada Allah. Segalanya tersedia.

Susah yang tidak melekakan

Puasa kali ini membuatkan aku teringat pada perjuangan pejuang2 islam terdahulu.

“rasanya camnilah kot rasanya Nabi Muhammad dan sahabat2 terpaksa rasai bila terpaksa mereka diboikot bertahun-tahun,hingga terpaksa mengikat batu di perut”terdetik di hatiku.

Bila terkenang pada mereka hati ini sungguh terharu. Betapa ikhlasnya mereka dalam memperjuangkan Islam. Kalau tak kerana keikhlasan mereka, Islam mungkin tak sampai pada aku pada hari ni. Ia benar2 mengetuk hatiku. Mata ku bergenang air mata. Melihat kepada diri, lapar aku pun takde la sampai ikat batu kat perut. Kesimpulan yang aku boleh buat, bila diri ini sentiasa berada dalam keadaan susah, hati ini menjadi lebih lunak bermunajat pada tuhan,lebih perihatin pada golongan mustadafin…Ah,nikmatnya berada dalam keadaan kesusahan!kerana kesusahan tak melekakan pada dunia….

No comments: