Islam adalah Negara dan Tanah Air, pemerintahan dan umat. Ia adalah akhlak, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu dan kehakiman. Ia adalah kebendaan, harta benda, usaha dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah. Ia adalah tentera dan fikrah. Islam juga merupakan aqidah murni dan ibadah.- Hasan Al-Banna (Usul 20, rukun Faham)
Followers
Sunday, October 12, 2008
Nikmat Hari Raya
Allahuakbar...allahuakbar!
"aduh dah raya..akhirnya ramadhan dah habis..."pada pagi tu aku bermonolog sendiri.
"xpe, aku kena jadikan setiap tahun adalah ramadhan bagi ku" aku cuba memujuk diri.
Pagi raya..memang seronok...Lepas subuh aku bertadarus al-Quran dan membaca sedikit mathurat. Sebagai amalan yang diteruskan dari bulan ramadhan. kerana kita harus menjadi seorang RABBANIYYIN dan bukan RAMADHANIYYIN. Selepas tu, siap2 dengan baju raya(actually baju bagiku adalah baju raya,takde beza) untuk solat hari raya. Malam sebelum tu, aku dah berjaya keluarkan satu arahan pada 7 orang adik-adik ku.
"Dengar sini abg nak bagi arahan,esok semua sekali wajib pegi semayang Raya!Yang ada 'cuti' pun kene pegi. Xleh semayang, dengar khutbah ja"
Mak pun setuju. Malah sgt2 setuju.Mak sentiasa menjadi penyokong kuat ku bila nak buat benda yang baik pada adik2. Adik-adik pulak dah biasa dengan perangai aku sebagai abang yang sulong.Suka bagi arahan, tegas, garang dan jarang buat lawak,cukup sekadar mesra. Tapi itulah cara aku. Inilah tarbiah abang kepada 7 orang adik2. Sebagai ketua kpd adik2 aku memang amanah untuk membantu mak ayah mendidik adik2 disamping diri sndiri.
"Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksaan api neraka"
xsanggup rasa diri sendiri sibuk mentarbiah orang lain, tapi adik2 sendiri x tertarbiayh.
Kuih raya..
Selepas semayang, nasi beriani yang ditempah mak usu sampai. mmg sedap nasi beriani. beriani gam memang juadah popular johor.Pagi tu memang ramai ahli keluarga yang ada. Semua berkumpul di rumah atuk, Kampung Gemereh,Segamat Johor. Memang meriah. baju baru,ketupat,lemang, duit raya..semua ada..ah, nikmatnya hari raya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment