Followers

Friday, October 17, 2008

Bila hantu raya bermaharajalela di rimba batu



Bila hantu raya bermaharajalela di rimba batu,

ni la kesannya bila hantu raya bermaharajalela di rimba batu. Mereka buat ikut suka hati mereka. Asalkan rasa logik dia,dia buat. Dah xpeduli dah orang lain. Bagi mereka bila dah ada kuasa, merekalah raja di rimba batu tu.Geram betol. Bila ada je si cengkerik tegur dan usulkan bantahan, dia kata buat komplot. Maka di panggilnya cengkerik tu jumpa dengan ahli majlis rimba batu,yang terdiri dari pokok-pokok balak di rimba batu tersebut.Warga rimba batu memang gerun jika mereka dipanggil oleh ahli majlis rimba batu ni.Sepanjang tempoh cengkerik tersebut dipanggil ahli majlis rimba batu,dia di soal siasat,di sembur dengan getah balak mereka yang memang membusuk dari batang kayu mereka. Memang pedih. Kesian si cengkerik. Bila ditanya, apa kesalahannya?Jawab mereka kamu ni xda kuasa tapi nak usulkan bantahan. Bingung si cengkerik. Nak buat bantahan pun kena ada kuasa ke?Kene bertanding dulu? Hai jumud betul. Bukan ke setiap orang berhak menyatakan rasa tidak puas hati?x semesti ada kuasa. Suasana rimba batu makin gamat.

Bermuzakarah dengan hantu-hantu raya..

Keadaan rimba batu makin bising dengan kerenah si hantu raya. Mereka makin sombong. Yelah, baru dapat kuasa. Semua warga rimba batu makin serabut dengan mereka ni. Yang makin meluat pun ada. Masing-masing mengumpat si hantu-hantu raya ni. Umpatan-umpatan tu dah jadi macam zikir di bibir seluruh warga rimba batu.

Akhirnya, si hantu-hantu raya sedar akan keadaan ni. Mereka pun mencari siapa yang banyak mengumpat dan komen tentang aktiviti yang mereka jalankan. Cari punya cari, mereka pun tunding jari pada kumpulan anak-anak batu di tepi sungai. kumpulan anak-anak batu yg dipersalahkan. maka, diatur satu muzakrah antara geng-geng hantu raya dengan kumpulan anak-anak batu sungai. Kumpulan anak-anak batu sungai cukup bijak. Mereka menggunakan segala kelebihan dlm muzarah tersebut. Al maklumlah,ahlinya ramai yang think tank. Mereka memang pakar mengatur strategi. Mereka belajar dari air sungai,cahaya matahari dan udang-udang di celah batu. Sebab tu mereka ada pedoman. Hala tuju mereka jelas.Aqidah mereka mantap. Berbanding dengan hantu-hantu raya. Alahai, kesian si hantu raya.

Khulasatul haul..

Setelah selesai bermuzakarah,si hantu-hantu raya pun setuju. Mereka dapat terima pendapat anak-anak batu sungai. Mereka tidak lagi menuduh semberono. Baguslah.Semoga ada kebaikan pada warga rimba batu.Bagi anak-anak batu sungai,perjuangan mereka belum selesai.Mereka masih mengatur strategi dalam mengajak si hantu-hantu raya ini sama-sama mereka menikmati ilmu bersumberkan dari cahaya matahari,air sungai dan udang-udang di celah batu. Insyallah,dari situ, rimba batu akan makmur...
Wallahualam.

p/s: diri sendiri pun tak tau apa yang di tulis. Tapi yang faham tu faham la..

No comments: