Followers

Wednesday, October 29, 2008

"Mengikut kadar pemikiran akal"






" Kita nak berdakwah ni kena tgk kadar pemikiran akal mad'u kita" ujar naqib ku semasa dalam usrah.

"Kadang2 kita taip panjang2 dalam blog kita pun,orang bukannya baca.Orang biasa suka yang santai, banyak gambar dan bahasa yang mudah. Kalau nak tulis dalam blog tu, letak satu pengajaran dah cukup.Kurang-kurang dia dapat satu pengajaran daripada dia malas baca langsung," naqibku menambah.

Kata-kata naqib usrah buat aku terfikir sejenak. Ini adalah method dakwah. Betul katanya. Biasanya orang memang kurang berminat untuk baca kalau bahan bacaan yang terlalu berat, takda gambar dan sebagainya. Memang. Aku sendiri pun kadang-kadang bergitu. Dalam masa yang terbatas, mana sempat nak baca panjang-panjang. Zaman sekarang orang nak yang ringkas, cepat, padat dan menyeronokkan. Itulah hakikatnya. Ini di buktikan dalam kajian. Masyarakat sekarang 70% adalah hedonisme. Bahkan penyakit hedonisme ni terjangkit pada para penggerak dakwah sendiri. Tak banyak pun, sedikit mesti tempias juga. Sambil-sambil study lagu nasyid mesti dimainkan dari laptop. Jarang kedengaran ceramah agama atau bacaan quran...

Ilmu baru..

Hasil dari ilmu baru dari usrah yang naqibku sampaikan tu, aku cuba praktikkan. Gambar-gambar yang aku letak dalam pos kali adalah antara gambar yang aku rasakan ramai peminatnya. Ada yang minat bola, komik, handset, cartoon dan tak kurang juga yang minat pasal cinta-cinta ni. Jadi para da'ie harus memahami keadaan mad'u mereka. Fikir-fikirkanlah,,,..

P/s: panjang sangat ke post kali ni? risau gak. Jangan serik berkunjung ke blog ana ya.

No comments: