Islam adalah Negara dan Tanah Air, pemerintahan dan umat. Ia adalah akhlak, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu dan kehakiman. Ia adalah kebendaan, harta benda, usaha dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah. Ia adalah tentera dan fikrah. Islam juga merupakan aqidah murni dan ibadah.- Hasan Al-Banna (Usul 20, rukun Faham)
Followers
Tuesday, November 4, 2008
Brainstroming VS Perbincangan
Tahukah anda apa bezanya Brainstroming dengan Perbincangan? Pada mulanya saya pun xdapat bezakan juga.
Tapi selepas dijelaskan oleh seorang penceramah dalam satu sesi diskusi yang saya pernah hadiri, ia benar-benar berbeza!
Andainya anda terlibat dengan mana-mana organisasi, brainstorming adalah amat penting untuk diaplikasikan.
Namun begitu, perbincangan juga tidak dipinggirkan. Penggunaan bagi kedua-dua perkara ini haruslah disesuaikan pada masa dan keadaan.
Brainstroming..
" Sahabat2 sekalian, brainstroming ni memang lain dari perbincangan. Dari brainstroming, anda akan 'menelurkan' satu idea baru yang sebelum ini tak pernah orang buat atau perkenalkan" kata penceramah dalam sesi diskusi yang saya hadiri tersebut.
" Manakala perbincangan pula, anda semua akan membincangankan perkara yang sama dan menghasilkan idea yang sama" penceramah itu menambah.
Dari sini anda pasti dapat buat keputusan dan membezakannya.
Review..
Terfikirkah anda selama ni kita lebih banyak buat perbincangan dari branstroming? Sebab tu dalam organisasi yang kita sertai agak lambat dan lesu. Bila hadir meeting, semua terasa membosankan.
Terasa macam bincang benda yang sama. Ni adalah kerana ahli meeting tersebut banyak yang tukang angguk dan kurang menggunakan pendekatan brainstroming.
Namun jika semua ahli meeting menjadi individu yang aktif dan sentiasa memberi respon, pasti meeting tersebut akan cepat habis, ringkas, dan segar.
Kalau camni kan seronok. Mesti ramai yang nak datang meeting.
Aplikasi...
Jadi di sini saya nak kongsi bersama anda beberapa idea baru hasil dari brainstroming yang telah saya lakukan.
idea 1:
Idea ni timbul bila saya agak susah untuk kumpulkan semua adik-adik usrah yang saya pegang untuk jalankan aktiviti bersama.Nak makan bersama pun tak semua yang dapat hadir.
Mesti ada saja yang tak dapat datang kerana buzy dengan kerja lain. Jadi saya pun terfikir satu cara.
Jadi untuk aktiviti usrah kali ni, saya minta adik2 kumpul pada jam 7.30pagi di depan asrama dan kami berjalan ke kuliah bersama-sama.
Mereka tidak punya alasan. Sebab semua orang pun pegi kuliah.
Alhamdulillah, kami dapat kumpul bersama. Semasa jalan-jalan tu, kami sembang-sembang . Di situ saya mengambil peluang menyelitkan sedikit pengisian. Bila sampai je kat kelas masing-masing, kami pun bersurai.Tamatlah aktiviti usrah kami pada hari tu.
Walaupun mugkin tak pernah orang buat lagi idea ni, tapi ia praktikal dan berjaya. Ini la yang dikatakan 'menelurkan' idea baru.
Sebenarnya, banyak lagi idea baru yang saya ingin kongsikan. Mungkin pada lain kali.
Selamat mencuba!
P/S: Kalau perasan post kali ni, tulisan dia agak banyak jarak. Supaya pembaca lebih mudah faham dan tidak membosankan. Mungkin ke hasil idea brainstroming?em...mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment