Di KOTA BHARU; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk Pas melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.
"Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri.
“Hudud ini bukan dibawa Pas, tapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud,” katanya kepada pemberita.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin Pas seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.
“Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang,” katanya. - Bernama
p/s: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lalu.
No comments:
Post a Comment