Pernahkah anda berkorban?Pernahkah anda menyumbang? Apakah perbezaannya?
Untuk post kali ini saya bercadang untuk berkongsi dengan anda tentang perbezaan antara perngorbanan dan sumbangan.
Satu contoh mudah
anda hanya ada RM 10 yang diperlukan untuk anda gunakan membeli topup handset anda. Pada ketika itu anda memang sangat-sangat memerlukan topup. Tetapi dalam masa yang sama rakan anda memerlukan wang. Dia ingin meminjam RM10 tersebut daripada anda. Dalam situasi tersebut adakah anda akan pinjamkan RM 10 tersebut?
Jika ya. Maka anda telah melakukan pengorbanan. Anda sanggup untuk mengorbankan keperluan diri sendiri demi keperluan rakan anda.
Namun jika pada ketika itu, anda mempunyai RM 20 ataupun lebih daripada itu dan jika anda hanya pinjamkan hanya RM 10 pada rakan anda tadi anda masih ada baki wang untuk dibelanjakan. Maka pada situasi ini anda dikategorikan sebagai menyumbang. Anda memberikan sesuatu pada orang lain dalam keadaan anda tidak perlu mengorbankan keperluan anda.
Boleh faham ke? Ini adalah anologi mudah dari saya. Saya cuba sesuaikan untuk semua lapisan pembaca blog saya.
Pengorbanan juga tidak semestinya dengan wang tetapi boleh juga dengan masa, diri, harta dan lain-lain. Contoh bagaimana kita boleh berkorban masa adalah seperti kadang-kadang kita terpaksa korbankan masa tidur dan rehat kita (walaupun kita terlalu letih) semata-mata untuk melaksankan tugas-tugas organisasi yang kita sertai atau membantu rakan melakukan sesuatu tugasan.
Tetapi jika kita lakukan semua ini pada masa kita lapang maka ini dikira sebagai sumbangan kita. Sumbangan dari segi masa kita yang terluang.
Saya pernah mendengar Dr Mahmud Zuhdi dari UM membahaskan tentang berkorban semasa menonton tv. Katanya,semasa kita berkorban kita menafikan hak diri.
Jika ketika itu kita ada sedikit duit untuk membeli makanan bagi mengisi perut yang lapar tetapi kita beri duit itu kepada rakan kita yang ingin meminjam duit untuk keperluannya, maka di situ kita telah menafikan hak diri untuk makan. Itulah pengorbanan yang kita lakukan.
Ayuh berkorban dan menyumbang
Tidak kira berkorban atau menyumbang, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk sama-sama kita melakukan kedua-duanya.
Besar ganjaran disisi Allah. Maksud firmannya:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 261)
1 X 7 X 100 = 700. Lihatlah betapa Maha Pemurahnya Allah. Setiap harta yang kita sumbangkan pada jalan Allah (berjuang untuk meninggikan agama Allah) maka akan dibalas dengan LUMAYAN.
Sekian.
P/S: segala penulisan kali ini adalah dari ilmu saya yang tak seberapa. Jika ada kesilapan harap betulkan. Jazakallah.
No comments:
Post a Comment