Followers

Monday, December 22, 2008

'the Bush Shoe' atau 'Bye-Bye Bush'.


Sikit lagi tu..


Presiden George W Bush dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi.

PENUNJUK perasaan di Amman, Jordan melekatkan kasut di poster Bush.

Muntazer al-Zaidi dipenjarakan dan manakala Bush pula mendapat malu.

Ramazan Baydan pemilik Syarikat Baydan Shoe yang beribu pejabat di Istanbul, Turki menjadi jutawan segera.

Ramazan Baydan menerima tempahan kasut dari seluruh dunia selepas mengesahkan bahawa syarikatnya adalah pengeluar kasut kulit berwarna hitam yang dilemparkan Zaidi kepada Bush pada satu sidang akhbar minggu lalu.

100 orang pekerja tambahan diambil untuk memenuhi tempahan 300,000 pasang kasut Model 271.

Jumlah tempahan yang empat kali ganda melebihi jualan tahunan syarikat itu.

Tempahan paling besar diterima dari Amerika dan Britain, selain negara Islam yang berjiran.

120,000 pasang kasut dari Iraq.

Sebuah syarikat di Amerika menempah 18,000 pasang.

Sebuah firma Britain juga menawarkan untuk menjadi pengedar bagi kasut itu untuk jualan di Eropah.

Kasut model 271 itu sudah berada di pasaran sejak 1999

Dijual dengan harga kira-kira £28 (RM196) di Turki.

Peningkatan mendadak terhadap tempahan kasut model itu juga dicatatkan di Syria, Mesir dan Iran, manakala persekutuan pembuat kasut di negara berkenaan menawarkan Zaidi dan keluarganya bekalan kasut untuk seumur hidup.

Baydan turut merancang menukar nama model kasut 271 itu kepada model 'the Bush Shoe' atau 'Bye-Bye Bush'.

Zaidi masih ditahan di lokasi rahsia.

Laporan menyatakan beliau dibelasah teruk.

Beliau berdepan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Beliau dikatakan sudah menghantar surat memohon maaf dan pengampunan.

P/s : takbir!

No comments: