Islam adalah Negara dan Tanah Air, pemerintahan dan umat. Ia adalah akhlak, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu dan kehakiman. Ia adalah kebendaan, harta benda, usaha dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah. Ia adalah tentera dan fikrah. Islam juga merupakan aqidah murni dan ibadah.- Hasan Al-Banna (Usul 20, rukun Faham)
Followers
Tuesday, December 23, 2008
Weishanhu,Haikao, Wuhan-analisis saya
Weishanhu
Haikou,
Wuhan
China mula menghantar dua kapal pemusnah dan sebuah kapal pembekal seperti yang anda dapat lihat di atas.
kapal pembekal turut membawa 2 helikopter dan pasukan khas.
Katanya untuk banteras kegiatan lanun di perairan teluk Aden, Somalia (Gulf of Aden).
ini adalah kali pertama china menghantar kapal tenteranya di luar lautan pasifik.
Analisis saya..
1- Secara dasarnya saya menyokong tindakan China ini,namun kenapa baru sekarang china hantar tenteranya untuk membanteras kegitan lanun di peraiaran Somalia?sedangkan sudah banyak kapal yang telah 'disamun' oleh lanun somalia.
2- Kelihatannya China seolah-olah baru tersedar bahawa kegiatan lanun di perairan Somalia sudah serius lalu cuba berlagak seperti 'polis' di perairan tersebut.
Laksamana Muda Xiao Xinnian berkata:
a.tiga kapal tentera laut tersebut juga akan menyiasat sebarang kapal yang disyaki dan akan meminta dokumen berkaitan sebagai pengesahan.
b. mereka akan melindungi kapal perdagangan negaranya
c.mereka juga akan melindungi kapal antarabangsa seperti kapal yang terlibat dengan Program Makanan Sedunia (WFP)
Pada pendapat saya...
1- Tindakan ini adalah kerana China serik dengan kejadian kapal perdagangan mereka hampir-hampir diserang lanun. Mujurlah di selamatkan oleh kawalan udara yang dibuat oleh helikopter tentera malaysia. menteri china ucapkan terima kasih pada duta malaysia di China.
2- Olehh kerana tersipu-sipu malu, lalu china pun turut sama menghantar tenteranya untuk berkawal di Gulf of Aden tu.
3- Disamping tu, pada pendapat saya mereka cuba memanfaatkan peluang ini untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan negara mereka pada dunia. Mungkin ini adalah agenda tersirat.
4- Pada pendapat saya juga, China juga mula nak tunjukkan pada dunia bahawa mereka juga 'penyelamat dunia' seperti AS. Mereka cuba kekalkan imej 'baik' mereka selepas Bush dibaling kasut di Iraq yang menunjukkan dunia membenci AS tetapi mereka berharap dunia menyayangi mereka.
5- mereka juga saya rasakan masih cuba menunjukkan kehebatan ekonomi negara mereka walaupun dunia dilanda krisis ekonomi dunia. Justeru mereka menghantar ketenteraan mereka yang menelan belanja yang tinggi. China juga terpalit dengan kesan ekonomi dunia kerana berdasarkan pembacaan saya, China sangat berperanan dalam mencorak ekonomi dunia. Sebelum krisis ekonomi dunia, China dan AS ibarat enjin ekonomi dunia. Apabila AS jatuh, ekonomi dunia masih diimbangi oleh mereka. Maka dunia akan melihat China adalah jaguh! ( Bangsa cina memang terkenal dengan falsafah mereka:'Kiasu')
sekian analisis dari pengetahuan saya yang masih 'hijau' berkaitan politik dunia.
Analisis saya ini dibantu dengan merujuk: Utusan Oline, chinanews.com (translation)
p/s: sebarang komentar adalah amat dialu-alukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment