Setiap kali saya ke bandar membeli barang pasti kening saya akan berkerut, nak marah, sedih dan lain-lain lagi. Otak saya juga letih ditujah dengan persoalan demi persoalan yang tidak henti. Itu tak termasuk lagi dengan idea-gemi idea yang datang mencurah-curah.
Semua ni disebabkan apabila saya melihat suasana di bandar. Suasana kedainya,suasana penjualnya,suasana pembelinya dan lebih penting suasana umat Islam itu sendiri!
Sangat menyedihkan.
Majoriti kedai dimonopoli oleh non-muslim.Susah sekali nak tengok kedai yang diusahakan oleh orang Islam.
Umat Islam hanya menjadi UMAT PENGGUNA!Saya ulangi UMAT PENGGUNA! Siapa umat pengguna itu? saya,anda,kita...
Kedai yang diusahakan umat Islam kalau ada pun hanya segelintir. Tapi macam nyawa-nyawa ikan.
Tapi saya puji mereka ini. Walaupun dah nyawa-nyawa ikan tapi mereka adalah wira kita semua. ya, wira kita semua!
Kenapa wira?
Sebab mereka dah menjadi wakil kita dalam menunaikan tuntutan fardu kifayah. Daripada tiada langsung umat Islam yang berniaga, "sekurang-sekurangnya" ada mereka.
Mereka berjihad melalui perniagaan yang mereka usahakan.
Jadi, bagi saya mereka ini memang wira. wira umat Islam.
Cukupkah dengan sekadar "sekurang-kurangnya"?
Kita tidak patut biarkan fenomena "sekurang-kurangnya" ini terus berlaku. Tapi kita nak "kesemuanya".
Maksud saya, kita jangan hanya biar umat Islam hanya mendominasi segelintir kedai-kedai yang terdapat di bandar sahaja tetapi semua kedai-kedai.
Ini kerana dalam Islam ekonomi amat penting. Ia adalah antara sumber kekuatan umat Islam.
Di Malaysia sendiri, umat Islam adlah majoriti. Tetapi masih tidak mampu untuk menguasai ekonomi Malaysia. Inilah yang saya katakan sebagai "The Silent Majority".
Umat Islam ramai tapi "silent" seolah-olah tidak wujud.
Akhirnya ekonomi kita dikuasai dan diperintah oleh non-muslim.
Sedangkan Islam itu datang untuk memerintah dan bukan diperintah!
Kalau dalam hadis nabi, nabi umpamakan umat Islam yang ramai ini diibaratkan seperti buih di lautan. Hebat dari segi kuantiti, bukan kualiti.
Jadi apa yang boleh kita buat?
Setakat ni saya cadangkan beberapa cara yang praktikal dalam posisi kita sebagai pelajar.
1-pastikan anda lazimkan setiap kali membeli barang beli pada pengusaha dari rakan-rakan kita yang beragama Islam. Belilah barang mereka walaupun mahal sepuluh sen kerana duit tersebut akan berputar sesama umat Islam juga.
Kalau mereka kaya, mereka akan membayar zakat dan zakat tersebut adalah untuk golongan umat Islam yang susah.
2-Beri motivasi pada pengusaha kedai. Apabila saya makan dikedai makan, semasa nak bayar makanan tersebut, saya akan puji pemilik kedai tersebut dengan mengatakan masakan yang disediakan itu sedap.
Ini adalah cara untuk menaikkan motivasinya untuk terus berniaga. Silap dengan pujian kita yag tak seberapa tu meningkatkan motivasi dia untuk membuka cawangan kedai yang baru. Maka kita pun akan dapat pahala.
3-selain tu juga, apabila anda nak beli sesuatu barang yang banyak. Jangan beli semua barang tu dalam satu kedai sahaja. Tetapi beli pada banyak kedai. Ini supaya keuntungan itu kita dapat bahagikan sama rata.
barulah semua kedai yang diusahakan umat Islam dapat survive.
Kalau saya, saya akan utamakan untuk membeli di kedai yang pengusahanya nampak daif dan tua. Kerana kasihan kepada mereka dalam usia yang tua itu masih lagi terpaksa bekerja untuk menampung sara diri. Mesti dia susah. kalau tak masakan dalam usia yang lutut sentiasa sakit dan kepala yang asyik pening masih lagi terpaksa berniaga mencari rezki.
4- Bermula sekarang anda kena mula membuat research tentang ekonomi umat Islam kini. di mana lompang dan kekurangannya. Maka di situ peranan anda suatu hari nanti untuk memperbaikinya.
Sebagai contoh, saya lihat dalam bidang peruncitan umat Islam masih tidak mampu untuk menguasai malah semakain hari semakin terancam.
manakan tidak terancam, bila wujudnya sesebuah supermaket gergasi disesuatu tempat maka semua umat Islam pakat beli barang kat sana. akhirnya tiada orang yang nak beli barang di kedai pak cik dan makcik tua di celah-celah rumah.
jadi kurangkan membeli di supermarket besar.
Maka saya berazam satu hari nanti untuk menubuhkan sebuah pusat yang dapat menghimpunkan peruncit-peruncit kecil yang beragama Islam di bawah satu bumbung supaya pengguna dapat benyak pilihan membeli.
Kesimpulan.
bersamalah kita sokong rakan-rakan kita yang terus suffer berniaga pagi petang semata-mata untuk memartabatkan ekonomi ummah.
p/s: semoga tulisan kecil dapat memberi kesedaran kepada umat Islam dan membantu ekonomi ummah akan datang.
No comments:
Post a Comment