Anda semua pernah dengar dakwah fardi? Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi buat mereka yang baru first time dengar, dakwah fardi ni dalam bahasa mudahnya "dakwah yang kita buat pada orang secara one by one"- Ni bahasa saya la.
Contohnya, kita dekati seseorang tu secara personal kemudian kita bagi tumpuan lebih sikit pada dia dengan tujuan kita bimbing dia kepada cahaya Islam.sikit-sikit.
Ok jelas la kot?
Untuk post kali ni saya tak bercadang untuk jelaskan secara detail apa itu dakwah fardi ni. Untuk lebih mendalam boleh rujuk Dakwah Fardi-Mustafa Masyur.
Kali ni saya lebih kepada nak berkongsi 'sesuatu' yang baru saya dapat 'rasa' berkenaan dakwah fardi ni. Entah la, ia tiba-tiba datang.
Ok, citernya macam ni.
Sebelum ni saya banyak membaca dan mendengar tentang dakwah fardi ni. Dan saya 'tahu' dakwah fardi sangat penting dan memberi kesan.Ia diperkukuhkan lagi dengan ayat2 quran dan hadis nabi.
dan alhamdulillah saya dapat praktikkan.
Cuma, entah tiba-tiba satu malam tu hati seperti dapat suntikan 'rasa' kepentingan dan kesan dakwah fardi. Termenung juga saya masa tu..
Sebelum tu anda perlu bezakan maksud perkataan 'tahu' dan 'rasa' yang saya guna dalam ayat di atas.Nampak sama tapi sebenarnya berbeza.
Maksud saya, bila saya kata:
"saya 'tahu' dakwah fardi sangat penting dan memberi kesan"
-saya bermaksud saya faham dakwah fardi tersebut menggunakan pemikiran dan akal saya(dengan izin Allah).
Tapi bila saya kata:
" 'rasa' kepentingan dan kesan dakwah fardi."
- ini bermaksud saya faham dakwah fardi tersebut dengan hati, perasaan, emosi dan lain2 lagi (dengan izin Allah).
macam mana 'rasa' tu boleh tiba2 datang?
Kisahnya bila satu magrib tu, sebelum nak ke surau, saya ada dapat satu sms. saya dapat dari seorang kakak yang saya kenali lama dulu masa naik bas ke ipoh. Kakak tu dah berumah tangga dan masa tu sedang hamil anak pertama. Dia duduk di kerusi sebelah saya.
Dalam sms tu, dia minta tlg dengan saya. Saya pun tak sangka dia nak sms saya. Mana tak nya, setelah sekian lama tak jumpa tiba-tiba sms. Katanya dia tak tau nak minta tlg sapa. Untuk selesaikan masalah 'black magic' dalam rumahtangganya.
Mungkin sebab dia rasa saya boleh bantu dia dalam isu 'black magic' ni kerana masa sepanjang perjalanan dalam bas dulu tu saya ada cerita dengan kakak tu pasal konsep perubatan Islam dan kebatilan konsep bomoh.
Pada asalnya saya tak bercadang pun nak bincang konsep tu kerana asalnya saya hanya sembang2 sekadar taaruf sambil menerapkan sedikit sebanyak kefahaman tentang Islam dengan cara yang mudah difahami. Pendekatan yang saya guna masa tu lebih kepada BERSEMBANG dan bukan BERCERAMAH.
Tapi lepas tu dah bertukar jadi topik yang berat pulak bila kakak tu tanya pendapat saya tentang masalah 'black magic' dalam keluarga dia.
Secara ringkasnya, di akhir destinasi kami, dia mula tertarik dengan perubatan Islam dan berusaha meninggalkan bomoh untuk bantu selesaikan masalah dia. Dia pun ambil no saya dan akan minta bantuan bila memerlukan. Saya syorkan pada dia berubat di DarulSyifa.
Rasa syukur dapat membantu kakak tu. Bayangkan kalau kakak tu terus pergi bomoh. Itu sangat bahaya dan serius(seperti yang nabi larang keras dalam banyak hadis sahih). Mungkin aqidah boleh terpesong.
Ni baru satu kisah pengalaman dakwah fardi yang saya kongsikan bersama anda.
Hasil dari pengalaman2 dakwah fardi serta cetusan 'rasa' yang saya dapat, akhirnya saya cuba buat beberapa kesimpulan:
1- Kadang2 kita terlalu fokus pada dakwah umum (program2 ceramah utk semua) tapi tak perkasakan dakwah fardi dalam 'diri kita' sedangkan kadang2 impak dakwah fardi ni 2x ganda power dia.
2- Dakwah fardi tak boleh dipaksa, tapi ia tercetus dari jiwa murni penuh iklas para dai'e itu sendiri. Atas rasa sayangkan saudara seIslam mereka dan juga mereka yang masih belum Islam.
3- Bagi saya bila kita buat dakwah fardi, kita ibarat sedang mengubati 'penyakit barah' yang sedang bernanah dalam diri saudara kita tersebut dari 'dalam'. Kita 'ubati' kefahaman yang salah mereka tentang Islam melalui nasihat, kaunseling, ambil berat dan bimbingan berterusan.
4- Dalam mempraktikan dakwah fardi ni kita kena jadi macam 'salesman'. Kita mendekati pelanggan one by one. Bukan tunggu pelanggan cari kita untuk membeli produk. Kita juga harus pandai memancing pelanggan untuk berminat dengan meluangkan masa dengan kita.
5- Dakwah yang kita buat secara fardi dan dakwah yang kita buat secara berjemaah
perlu seiring.
6- Dakwah fardi ni boleh juga dipraktikan untuk mengkaderkan generasi baru(saya rasa, saya juga salah seorang dari produk dakwah fardi abg2 naqib saya masa di sekolah dahulu).
7- Istiqamah-pentiiiiing..(xnak eplain panjang).
8-Masyarakat kita mencari-cari Islam dalam kegelapan. Tapi mereka terkapai-kapai tak tahu bagaimana? Siapa? dimana?. Kitalah yang perlu terjun mendekati mereka.
Yang paling penting sekali, niat kita perlu SANGAT2 ikhlas sebelum buat dakwah fardi. Jika ada terselit kepentingan peribadi ia bakal mengheret anda ke kancah @#*$% (saya pun tak tau nak tulis pe.tp something bad la).
Saya berpegang pada nasihat dari seorang ustaz saya masa di sekolah dulu berkenaan dengan dakwah ni. Ringkas tapi mendalam. Terasa sampai sekarang. Katanya:
" Kalau kita nak 'tarik' orang ni, kita kena tengok dulu, kita tarik apa? Kalau tarik lori...alamatnya kita yang ditarik"
-harap anda faham kiasan ust saya ni. Jadi berhati-hati la ye.Akhirnya, saya mengajak diri saya dan rakan2 sekali untuk sentiasa mengintai peluang untuk melaksanakan dakwah fardi. Ianya memberikan impak yang besar dalam menyuburkan Islam.
rakan-rakan sekelas yang sentiasa bersama susah senang
Cubalah buat. Anda mungkin akan terkejut dan menyucap panjang bila mempraktikan dakwah fardi tersebut..kerana mungkin 'pelanggan' anda akan menceritakan sesuatu masalah yang anda tak pernah terfikir.
Akhirnya, saya pun tak tau nak describe macam mana lagi hakikat dakwah fardi ni. Yang boleh saya cakap ialah dakwah fardi ni : DASYAT, POWER, ADA UMMPH!
Sekian.
p/s: kepada Lim, Cheryl, Ai Win, Panjang, Kak Phe dan Julian(IPBL) saya ucapkan Happy Chinese New Year. Semoga SMS selamat tahun baru cina yang saya kirimkan lalu dapat mengeratkan hubungan kita semua.
Ya Allah sesungguhnya aku telah menyampaikan.Maka persaksikanlah.
-Ehsan Halim
3 comments:
Salam..
Dakwah Fardi saya tak pernah dengar, mungkin yang tuan maksudkan Dakwah Infradi. Sama juga dengan amalan2 infradi (bersendirian) yang lain. Mohon pencerahan kalau saya tersilap.
Salam...artikel yang bagus.sibuk berprogram sana sini hingga kadangkala kita terlupa ttg kepentingan dakwah fardi ini. personal touch is very important.baru mad'ue merasa dekat dengan kita.
Salam...
tumpang tanya....
sumer bomoh mmg x boleh dipercaya ke?
maksud saya slain drp darul syifa' yg akh usulkan dlm artikel nih...
kalo bomoh 2 berubat guna ayat2 Al-Quran cane lak?
Post a Comment