Followers

Friday, April 10, 2009

Cerita Leman



Leman budak baik. Smua orang tahu. Sampai orang gelarkan dia Leman Si Baik.Tapi kesian si Leman. Sejak dua tiga menjak ni dia asyik stress. Monyok sentiasa. Setiap kali dia monyok dia akan mengadu pada Kundur, beruknya. Dia akan cakaplah pada Kundur segala yang benda yang buat dia stress. Kundur dengar, dengar dan dengar. Cuma kadang kadang Kundur menyampuk. Orang kata Leman gila cakap dengan Kundur si beruk. Tapi Leman tak ngaku. Dia kata Kundur memang memahami dia. Kundur pendengar yang setia.

Orang kampung pun tak tau kenapa Leman ni asyik stress. Setiap kali Leman stress dia akan lari dari orang ramai. Kadang-kadang ke jeti, kadang-kadang buat-buat memancing ikan. Orang kampung pun dah boleh agak bila Leman stress. Semua orang tau bila skali tengok ja. Kesian Leman.

Sebenarnya bukan tak pernah ada orang nak tolong Leman. Pernah sekali mereka cadangkan Leman pergi berubat dengan Darul Syifa. Sebab takut stress gangguan dari jin. Mana tahu.Jin memang banyak kat kampung tu. Salah sekornya menggelarkan diri sebagai ’ikwan’.

Tapi Leman tak mahu. Dia kata dia sihat. Dia kata ni masalah dalaman dia. Dia nak selesaikan sendiri. Selesaikan dengan beruk dia, si Kundur.

Memang kesian Leman.Tapi yang lebih kesian, pada orang kampung. Terutama pak Labu, ketua kampung. Kenapa pulak? Sebab bila setiap kali Leman stress, orang lain akan terkena tempias. Orang kampung pun akan turut stress. Aura stress dalam diri Leman terlalu kuat. Walaupun kadang-kadang Leman sembunyikan dengan senyuman kosmetik dia. Tapi orang tau. Muka ja senyum tapi dia stress. Leman hipokrit. Munafik. Cuma nasib baik la ada Kundur. Kundur ’tuli’ dari stress. Bila leman membebel masalah stress dia, Kundur dengar je. Buat muka bodoh ala beruk. Tak rasa pape. Mungkin kelebihan dia jenis beruk yang tak stress.

Kadang-kadang Kundur tanya juga Leman kenapa asyik stress je.

Leman kata, "entah lah Kundur. Aku pun tak tau”

Kundur tanya lagi " Ko tak sembahyang ke Leman?”

"Sembahyang”jawab Leman ringkas.

"Habis tu?”tanya kundur.

Leman angkat bahu tanda tak tahu.

"aku rasa ko ni jenis manusia yang tak redha dengan ketetapan Allah’’ Kundur memberi tazkirah. Kundur memang pandai bagi tazkirah. Sbb bapak Kundur tok Imam di kalangan beruk-beruk di hutan. Dialah yang banyak ajar Kundur.

"Ko sembahyang tapi hati ko tak tenang..tu bermakna jasad ko je sembahyang.Tapi hati ko tak.”

Leman hanya mendengar.Membisu.

"Ko ni memang bodoh la Leman. Otak je besar dari otak aku.Tapi bodoh” Kundur melepaskan sedikit geramnya. Selama ni tak pernah begitu.

Leman masih membisu. Mukanya tiada reaksi. Mukanya memang nampak macam orang bodoh. Bukan setakat bodoh, tapi dungu. Kalau ada mana-mana orang kampung yang tengok muka dia masa tu mesti geram nak bagi tapak kasut kat muka dia. Memang menyampah.

"Ko dengar ke tak aku cakap ni Leman?” tanya si Kundur. Urat sudah mula kelihatan di dahinya. Ada sedikit tanda-tanda stress.

"Aku rasa masalah stress ko selama ni ko yang buat. Benda kecik pun ko nak jadi sebab..”

Memang betul kata si Kundur. Leman suka anggap perkara kecil tu sebagai masalah besar baginya. Manakala masalah besar itu adalah kecil baginya.Sebab masalah besar tu dah tertutup dengan masalah kecik yang sentiasa difikirkannya.

"Ko ingat tak Leman. Dulu. Masa kita pegi minum kopi kat kedai mak Teh. Bila ko tengok Pak Labu ko jadi stress. Bila aku tanya kenapa, ko kata sebab misai Pak Labu dia panjang sangat. Ei,, takkan sebab misai dia panjang pun ko stress? ” kali ni Kundur semakin panas.Sikapnya dah berubah. Dulu dia beruk yang tuli dari stress. Sekarang dia beruk yang stress.

Leman pula masih diam membatu. Buat muka bodoh yang kalau orang tengok memang tak tahan. Geram yang amat.

"Leman, ko ni aku rasa dijangkiti sindrom.”

Kundur senyap sekejap. Leman pun senyap.Suasana sepi seketika.

"Ko kena sindrom 'rasa bagus' ” Kundur menyambung kata-kata.

"Ko rasa orang lain semua tak kena. Ko sorang je betul.Ni tak kena, tu tak kena. Ko melihat pada kelemahan orang. Tak pernah nampak kebaikan dia. Negatif je semuanya. Tu ko stress”

Leman masih senyap.Tak menjawab. Dengar semata. Seperti kena sumpahan "senyap’. Manakala Kundur dok membebel pada Leman tak henti-henti.

Peristiwa tersebut berlanjutan. Hari demi hari. Minggu demi minggu dan seterusnya. Begitulah saban hari.

Akhirnya, perangai Leman yang dahulunya sentiasa stress dah bertukar kepada seperti perangai beruknya, si Kundur. Tuli dari stress. Mukanya macam takda perasaaan. Nampak bodoh dungu. Setiap kali orang kampung tengok muka dia mesti rasa nak baling je dengan apa-apa yang ada kat tangan. Tak tahan. Muka yang memang membuatkan hati orang jadi panas. Betul-betul panas. Gelaran ’Leman si baik’ yang orang kampung bagi dulu dah jadi 'Leman si $%^&*’.

Manakala Kundur pulak dah jadi macam Leman. Asyik stress. Mulutnya sentiasa membebel. Yang menjadi pendengar bebelan tu sudah pastilah tuannya, si Leman. Kini Leman pun dah tak sembahyang. Sebab dah tak boleh fikir. Mungkin otaknya dah rosak. Nyanyuk. Mungkin juga akibat kesan jangka panjang stressnya dulu.

Akhirnya begitulah hingga ke akhir hayat mereka berdua. Ke hulu ke hilir bersama. Akhirnya mati dalam su’ul khatimah....

Sedih.

No comments: