Followers

Monday, April 20, 2009

Adik Remajaku

Adik Remajaku
Album : Ameen
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Teguhmu membangun Ummah
Pendirianmu membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikaulah remaja yang sempurna

Usia mudamu hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah Allah wajib dipatuhi

Bersyukurlah atas rahmatNya
Bersabarlah dengan dugaanNya
Bertakwalah dirimu kepadaNya
Pahala berganda ganjarannya

Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumahNya
Nikmat Syurga akan kau rasa

Perjalananmu masih jauh
Wahai adikku aturlah langkah
Gunalah kelebihan yang ada
Demi keagungan agama dan bangsa

Bila dengar lagu nasyid ni teringat zaman sekolah dulu.di bumi tarbiah, Kelantan.zaman remaja.Bersama-sama rakan-rakan kepimpinan. Berjuang dan ditarbiah oleh para guru dan ustaz2 hingga membentuk cara berfikir dan peribadiku kini..

rindunya..

Bersama rakan-rakan seperjuangan semasa lawatan sekolah.

p/s: kepada sahabat2 semoga antum semua sihat sejahtera dibawah rahmatNya.

No comments: