Dr Ary Ginanjar Agustian
Sebenarnya saya amat mengagumi beliau. Seminar ESQ yang beliau perkenalkan sangat hebat. Seolah-olah satu fenomena baru di Indonesia. Kini merebak ke Malaysia. Training ESQ banyak membuatkan manusia kembali merasakan diri mereka BERTUHAN. Yang saya dengar, content training tersebut tetap sama iaitu Islam. Cuma uslub atau methodologinya berbeza. Beliau menggunakan media, bunyi dan lain-lain lagi. Menyebabkan hadirin terpaku dan terasa diri sanagt kerdil di sisi tuhan. Saya kagumi keberkesanan usaha beliau utk berdakwah kepada manusia kembali mengenal Allah. Uslubnya sangat sesuai dipraktikkan untuk golongan pada tahap taarif.
Sekarang saya sedang menggali rahsia uslub yang dia gunakan. Selepas itu saya akan terapkan dalam usaha saya mengajak umat Islam kembali merasai diri mereka BERTUHAN. Saya berazam suatu hari nanti ingin menjadi salah seorang think tank dalam Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Di situ saya akan runtuhkan segala elemen sekular dalam KPM, rombak buku teks yang penuh dengan noda fakta palsu(terutama sejarah) dan memberi ruh dalam subjek sains. Sebenarnya sains dan Islam adalah satu. Saya sedih apabila membelek buku teks sains yang saya berlajar dahulu dan yang adik2 saya belajar kini, ia memisahkan sains dan Islam. Sepatutnya kita belajar sains adalah untuk lebih mengenal keagungan pencipta bukan semata-mata nak dapat resut hebat! Mungkin pada masa tu saya perlu berusrah dengan Harun Yahya bagi membantu saya menerapkan elemen sains dalam ISlam.
Yang lebih menyedihkan subjek Pendidikan Islam juga sangat beku.Entah kemana keberkesanannya. Buktinya, lihatlah berapa ramai pelajar sekolah yang belajar Pendidikan Islam tapi macam takda apa2. Sekadar hafal fakta dalam buku.
Setelah berbincang tamat berbincang, saya dan Dr Ary pun sudahi usrah kami. Tak sabar rasanya nak berusrah dengan beliau lagi. Banyak yang nak saya bertanya kepada beliau dan antaranya mengenai teori ZERO MIND yang dia perkenalkan.
Buku ESQ pertama saya. Setakat ni, ini adalah buku kedua termahal saya,dari koleksi buku-buku saya.Saya beli di Pesta bUku Antarabangsa KL baru-baru ini.
Saya tidak kisah berhabis duit untuk membeli buku yang diminati. Saya sangat teruja apabila membaca. Setiap kali membaca saya rasa sedang menjumpai satu dimensi baru dalam dunia ilmu pengetahuan.
Sebenarnya apabila saya membaca buku, saya bukan sekadar hafal atau kutip fakta2nya. tapi saya juga sedang membaca cara BERFIKIR pengarang buku tersebut. Jika anda membaca sesuatu buku, kemudian anda kagum dengan apa yang ditulis penulis tersebut, cuba anda bayangkan macam mana penulis tersebut boleh berfikir sampai ketahap itu. Ini akan membuatkan anda lebih kagum. Sebab itulah, saya sangat cerewet dalam membeli buku kerana saya lihat dahulu siapa pengarangnya. Saya hanya menceduk cara berfikir orang hebat kemudian CUBA BERFIKIR seperti mereka.
Setakat ni, orang yang paling saya kagum cara dia berfikir adalah HASAN AL-BANNA. tak terbayang macam mana dia boleh membentangkan satu gagasan Idea yang HEBAT dalam dunia Islam pada abad 20 berkaitan gerakan Islam. Boleh anda bayangkan macam mana beliau boleh terfikir sehebat itu? Mungkin konsep hidayah Allah sahaja yang boleh jelaskan. Beliau memang insan yang dipilih Allah.
p/s: selepas ni saya bercadang nak berusrah dengan Said hawa pula. Jumpa lagi
said hawa yang zuhud
2 comments:
salam, sila buka blog ini untuk mengetahui sudut pandangan berbeza ttg esq.
http://esqsesat.blogspot.com/2009/05/esq-keputusan-panel-kajian-aqidah-jakim.html#comments
p/s:sy juga alumni esq yg awl di malaysia
Post a Comment