Followers

Thursday, May 7, 2009

Menjilat Muntah Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak anda jumpa ada makhluk yang selepas dia muntah, dia jilat balik muntah dia? Pernah?

Mungkin sebahagian dari anda x pernah. Kalau ada la makhluk yang memang makan muntah dia sendiri, agak-agak dia dari jenis makhluk Allah yang mana? Jin? Manusia? Iblis? Ikut suka anda nak pilih yang mana.

Cuma kali ini saya nak berkongsi dengan anda. Pengalaman saya. Berjumpa dengan sejenis makhluk Allah yang menjilat muntah dia sendiri. Boleh bayangkan? Muntah busuk lagi memualkan yang keluar dari mulut kemudian jatuh ke tanah akhirnya dijilatnya kembali. Ditonyohnya mukanya ke tanah untuk menjilat muntah tersebut. Kelihatan sangat hina dan menjijikkan. Anda boleh bayangkan betapa buruk dan hodohnya muka dia apabila dipenuhi dengan kotoran debu tanah dan muntah selepas selesai menjilat muntahnya sendiri. Dahsyat bukan? Betapa hinanya. Pertama kali saya jumpa makhluk tersebut.

Makhluk yang saya jumpa tersebut adalah dari jenis makhluk Allah yang bernama manusia. Dari apa yang saya gambarkan di atas mungkin kelihatan terlalu dahsyat untuk dilakukan oleh seorang manusia. Sebenarnya ia adalah metafora saya. Bagi menggambarkan peribadi manusia yang menghinakan dirinya sendiri. Saya ulangi ”menghinakan dirinya sendiri”. Bukan orang lain yang hina dirinya, tapi dia sendiri yang menghinakan diri dia. Dulu dia kata benda tu buruk, tapi sekarang dia sendiri yang buat benda buruk yang dikatakan tu. Malang bukan. Itulah yang saya maksudkan dia menghinakan dirinya sendiri dan itulah juga yang saya umpamakan dengan satu makhluk yang memuntahkan isi perutnya, kemudian akhirnya dijilatnya kembali. Sesungguhnya dia benar-benar menghinakan dirinya sendiri.

Pernah anda jumpa manusia seperti itu? Kasihan bukan? Itulah ujian Allah untuk dirinya.

Saya pernah jumpa dengan manusia seperti itu. Dia kawan dan sahabat saya. Benar-benar kawan dan sahabat. Biarlah saya namakan dia ’A’ dalam tulisan ini. Lelaki atau perempuan terpulang pada anda untuk memberikan wataknya. Saya hanya namanya sebagai A.

Kisahnya begini. Dulu saya dan A selalu berbicang. Berkenaan dengan masalah couple dan maksiat yang rakan-rakan lain sering lakukan. Kami memang membenci maksiat dan couple yang mereka lakukan. Muka-muka yang selalu bercouple memang kami cuba kenal pasti. Kami tidak membenci mereka, tapi kami hanya membenci perbuatan maksiat yang mereka lakukan itu. Setiap kali kami membincangkan perkara maksiat yang kawan-kawan kami lakukan, kami tanamkan di hati bahawa kami ingin diri dia berubah. Bukan seronok-seronok membicarakan keburukan orang. A sangat faham perkara ini. Begitu juga saya. Niat kami hnya satu, untuk bawa mereka kembali ke pada Allah. Kami benci maksiat kerana Allah membenci maksiat.

Saya teringat satu kisah. Satu hari A, bagitau saya. Katanya ada seorang kawan kami bercouple. Biar saya namakan kawan yang bercouple tu dengan nama B. Lelaki atau perempuan terpulang pada anda untuk memberikan wataknya.

Bila A beritahu saya B bercouple, saya terkejut. Saya tak sangka. Memang tak sangka. Sebab tengok dari perwatakan B memang tak bawa watak budak couple. Malah dia juga pernah menentang budaya couple ni. Tapi sekarang dia pula yang bercouple. Saya bingung. Saya istighfar menginsafi diri dan berta’awuz memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam. Hati saya bergetar bimbang dan berdebar. Takut-takut Allah bolak balikkan hati saya seperti hati B.

Kata A, B memang bercouple. Mereka selalu ber’SMS’. Ber’SMS’ dengan pasangannya. Pagi petang siang malam. Dalam mimpi dalam jaga. Kerap sangat. Berdasarkan dari pengalaman saya membaca msg orang yang bercouple, ia ada pelbagai versi. Bagi pasangan couple yang takda asas agama, SMS mereka biasanya berunsur seks, benda remeh-temeh(cth: dah makan blm?or gud nite) dan lain-lain. Manakala bagi pasangan couple yang islamik, SMS mereka biasanya berunsur nasihat (cth, semoga ana menjadi suami misali untuk anti, or semoga ana blh menjadi teman seperjuangan anta), kata-kata pendorong semangat dan lain-lain. Tapi semua itu ada niat terselindung. Makar syaitan menjadikan sesuatu yang buruk itu indah bagi mereka. Syaitan sangat licik. Bagi yang Islamik syaitan sesatkan mereka dengan cara ber SMS ’cara islamik.’

Saya dan A cuba nasihati B supaya jangan ada apa-apa hubungan dengan berlainan jantina selagi tiada ikatan pernikahan. B degil. Dia tetap nak ada hubungan juga. Kata B dia tak buat apa-apa pun dengan budak yang dia SMS tu, hanya sekadar SMS. Saya memang akui kebenaran kata-kata B. Mereka hanya SMS.Tidak pernah bersua muka. Tidak pernah berdating.

Namun, bila ditanya pada B, apa content SMS dia setiap kali dia hantar pada pasangannya. B kata, hanya kata-kata semangat, bertanya khabar dan nasihat. Nampaknya semua ni bukanlah bersifat keperluan. Tapi kalau SMS sebab nak tanya tugasan akademik misalnya, itu takda masalah.

A menggeleng kepala tanda kecewa kepada B.


”Bukankah Islam melarang lelaki dan perempuan tanpa ikatan syarak bermesra-mesraan seperti sudah bersuami isteri?” tanya A kepada B.


B hanya mendiam diri. Memasam muka tanda protes. B memang degil. Hatinya sudah keras untuk menerima nasihat.


”(dengan sebab keingkaran mereka), Allah MENGUNCI HATI serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka telah tertutup dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.” (al-Baqarah: ayat 7)



Saya dan A membiarkan B. Mudah-mudahan dia boleh berubah. Bagi kami respon B itu perkara biasa. Memang kebanyakkan mereka yang bercouple akan sukar menerima nasihat. Mereka telah mabuk. Mabuk cinta. Orang mabuk memang tidak pernah faham nasihat orang.

Saya dan A masih meneruskan usaha. Melakukan amar maaruf nahi mungkar. Mencegah couple. A sangat tegas mencegah couple. Marah betul dia bila dia tahu ada rakan-rakan yang bercouple. Tambah-tambah yang keluar berdating. A sangat pantang! Setiap kali dia dapat maklumat baru pasal gejala couple. Dia akan maklumkan pada saya.

Namun, tidak beberapa lama kemudian, A mendiam diri. Dah lama dia tidak sentuh masalah couple. Saya agak pelik.

Rupa-rupanya saya mendapat tahu A sedang bercouple. Dia juga ada hubungan berlainan jantina.

Saya terkejut. Kenapa boleh jadi begini? Dulu dia menentang couple, tapi sekarang dia pula yang bercouple. Dulu macam-macam keburukan bercouple keluar dari mulutnya apabila menasihati orang tapi sekarang dia sendiri buat apa yang dikatakan. Nampaknya dia menjilat semula apa yang telah dimuntahkan.

Dulu A pernah beritahu saya, zina itu boleh bermula dari beberapa step. Step pertama dari pandangan mata, kedua mereka berSMS, ketiga mereka caling-caling, keempat mereka sekadar berjumpa, kemudian keluar bersama, kemudian…

Tapi sekarang A sendiri yang buat step-step tu. Semasa saya tahu A bercouple, A sudah melakukan step keempat. Dia sudah berjumpa-jumpa dengan pasangan dia. Menjalankan hubungan intim. Ah, A memang sedang mencelakakan dirinya. Adakah A tidak tahu perbuatannya itu dilarang dalam Islam? Adakah dia sudah lupa nasihat-nasihat yang pernah dia berikan pada mereka yang bercouple satu ketika dulu? Hati saya panas.




"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? "(al-Baqarah:ayat 44)




Saya jadi risau. Beristighfar panjang. Memohon ampun kepada Allah atas dosa yang pernah saya lakukan. Persoalan timbul di fikiran saya:



KENAPA ORANG YANG PERNAH MENENTANG COUPLE SEPERTI A DAN B, AKHIRNYA MEREKA SENDIRI YANG BERCOUPLE?



Mungkin mereka buat dengan tidak ikhlas. Mungkin buat sekadar seronok membicarakan keaiban orang atau buat kerana nafsu marah.Bukan kerana Allah.

Saya jadi risau. Saya juga menentang budaya couple. Adakah saya bakal senasib dengan A dan B? Dulu kononnya saya sangat benci dengan couple tapi akhirnya saya yang bercouple? Na’uzubillah. Tak sanggup rasanya untuk menjilat semula ’muntah-muntah’ dulu.

Jika satu hari nanti Allah uji saya dengan ujian seperti A dan B, harap anda yang membaca blog ini segera nasihatkan saya. Ingat nasihatkan. Nasihatkan. Bahkan jika anda adalah individu yang saya cuba couple. Maka janganlah diterima. Ingatkan saya pada artikel yang saya tulis.

Kepada anda yang membaca tulisan ini, jika anda terasa berada pada posisi yang sama dengan A, kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya anda telah ditipu nafsu dan syaitan. Sesungguhnya kecelakaan besar menanti anda di Mahkamah Allah jika anda tidak berubah. Bertakwalah kita kepada Allah.



Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret. Ke dalam air panas yang menggelegak kemudian mereka dibakar dalam api neraka. (Al-Mukmin:Ayat 71-72)



Pada B, jangan terlalu degil. Fikirlah dengan disuluhi cahaya iman dan taqwa. Dunia hanya sementara. Jika ada insan-insan yang masih menasihati anda supaya jangan bercouple, terimalah. Semoga anda jumpa jalan pulang.

-Segala apa yang ditulis ini adalah rekaan semata-mata tetapi ada kaitan dengan yang masih hidup dan tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia. Tulisan ini adalah dari pengalaman penulis masa muda-muda dulu era 90an.



Artikel di copy paste dari :

http://kayumanis.blogspot.com/

1 comment:

along Nazirah said...

Salam,.. Takut bila baca entri ni, kerana iman itu sentiasa bertambah dan berkurang. Bila nikmat keindahan kecintaan kepada Rabb ditarik balik, lebih pedih dari belati yang menusuk diri, jadi asyik mencelakakan diri sendiri... Ya Allah..bantu kami hambaMu, dalam mencari keredhaanMu.. Ampuni dosa-dosa kami, yang terzahir mahupun tidak..yang sengaja mahuun tidak, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui...