Followers

Friday, May 22, 2009

Ikan Keli

Dengan nama Allah yang menguasai 'Arasy.


Sebelum ni dalam kosmo ada keluar berita : Keli Zat Babi. Dilaporkan di Ipoh ada penternak babi, menyalurkan najis kumbahan babi ke kolam ikan keli mereka. Jika anda tak kesempatan nak baca, ini beritanya:


IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.

Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.



Topik perbicangan kita:

1-kenapa saluran najis babi di salurkan pada kolam keli? Kerana ikan keli memang tahan dengan air yang keruh dan kotor. lagi pun ikan keli ni makan apa saja.

2-Saya ada pengalaman melihat cara bagaimana penternak ikan keli menternak ikan mereka. Perkara ni saya dapat masa pulang ke rumah tok wan saya di Selama,perak.

3-Semasa saya sekeluarga pulang ke kampung Selama, Perak kami pergi ke rumah kenduri. Tok wan saya pergi ke majlis kenduri tu terlebih dahulu.Selepas makan serta membantu tuan rumah, dia pun pulang ke rumah.

3-Bila sampai rumah, dia suruh kami sekeluarga pergi pula. Katanya lauk kenduri kali ni adalah ikan keli. Sebab tuan rumah tu ada menternak ikan keli. Tapi malangnya, tok wan saya kata dia tak selera nak makan kerana ikan keli tu bau ayam.

Bau ayam?

4-Tok wan dan nenek saya memang tak makan ayam daging yang dijual di pasar. Tak selera nak makan. Tapi ayam kampung diorang makan. tapi sikit ja. Tapi kenapa tok wan saya kata ikan keli tu bau ayam?

5-Rupa-rupanya, tuan penternak ikan keli tu bagi makan ikan keli dia dengan isi perut ayam. Jadi rasa isi ikan keli tersebut adalah rasa AYAM.

Sebelum ni saya ada terbaca dalam paper, berkaitan seorang penternak ikan keli. Dia menggunakan perut ayam kemudian digaul dengan hampas kelapa untuk memberi makan pada ikan kelinya. Wah, jimat betul. Semua ni boleh dapat dengan free.

6- Jadi, selepas tok wan selesai ke rumah kenduri tu, saya sekeluarga pun pergi la pula. Setiba di sana, kami tengok lauk kenduri tu memang ikan keli. Ikan keli masak lemak. Menyelerakan.

7- Di tepi rumah kenduri tu ada kanvas2 yang menjadi kolam ikan liu Anda boleh lihat pada gambar yang saya tangkap:



ni adalah perut-perut ayam yang telah siap direbus untuk diberi makan pada ikan keli:




Ini pula adalah peralatan untuk rebus semua perut-perut ayam dan sisa dagingnya:
kotor, bayak lalat



yang anda lihat di bawah ini pula adalah kanvas tempat ikan keli diternak:
khemah yang berbelang-belang di belakang itu adalah khemah kenduri



Selepas saya tengok semua ni, saya agak tidak berselera nak makan ikan keli. Dah la ayam pun saya tak berapa selera nak makan sebab boleh katakan semua ayam yang dijual sekarang dicucuk dengan enzim untuk bagi ia cepat besar dan tahan penyakit. Mengikut pembacaan saya, secara normalnya, ayam memerlukan 6 bulan untuk membesar pada saiz yang sesuai untuk pasaran. Tapi dengan bantuan enzim dan lain-lain teknologi, ayam hanya perlukan 3 bulan sahaja.

Jika anda pernah baca mastika keluaran tahun lepas, ia mendedahkan isu berkenaan makanan dan enzim yang diberikan kepada ayam ada unsur b a b i. Namun setakat ni JAKIM belum dapat mengesahkan.

Kenapa semuanya ada b a b i ni?

Memang b a b i ni multifunction. dari najis hinggalah ke dagingnya... Apa hikmahnya Allah jadikan b a b i ni?

Fikir-fikirkanlah..

p/s: pada pendapat saya, lauk yang selamat ni untuk dimakan setakat ni adalah ikan-ikan laut. Sebab ia membesar secara semula jadi dalam laut. Selain tu, telur dan daging pun ok juga.

3 comments:

ana_MUSLIMat said...

salam...syukran atas pendedahan eksklusif nih...mujur tak makan keli...Allah bagi nikmat, manusia suka2 pulak rosakkan nikmat tu dengan pelbagai cara yang kotor..nak makan pun susah...pening2...

Cik Hijau said...

Salam.

Sekadar pendapat peribadi.

Syukran atas perkongsian maklumat mengenai ternakan ikan keli yang membesar dengan kumbahan dari ladang babi. Jada di sini ana melihat cara selamat untuk makan ikan keli ialah menternak sendiri.

Pujian pada tuan rumah kenduri tersebut kerana menjamu tetamu dengan ikan keli ternakan peribadi.

Walaupun yang digunakan adalah isi perut ayam tetapi tindakan merebus sebelum diberi kepada ikan ada perlu. Mengikut sefahaman ana, merebus dengan sempurna mampu membunuh cacing jika terdapat cacing pada organ tersebut. Jadi risiko jangkitan adalah rendah

Ana terfikir, jika kita pertikai ikan keli diberi makan isi ayam dan hampas kelapa, bagaimana pokok yang membesar dengan menggunakan tanah yang digaul baja. Baja dibuat dari apa? Namun sensitiviti individu yang kurang makan ayam tetap dihormati.

Setiap perkara ada kesan sampingan tetapi ana percaya dengan teknologi makanan yang ada di malaysia, mereka sentiasa berusaha membuat kajian demi meminimumkan kesan sampingan yang wujud.

Wallahualam. Maaf jika ada tersalah bicara.

Cik Hijau said...

Tambahan, cuma perlu dinasihatkan kepada penternak untuk menitik beratkan kebersihan.