Followers

Monday, June 8, 2009

MAHASISWA ISLAM IPG SUPER POWER

IPGM atau Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah satu nama baru dalam dunia IPTA di Malaysia. Sebelum ini lebih terkenal dengan nama Maktab Perguruan kemudian beralih kepada Institut Perguruan dan hinggalah nama yang ada kini, IPGM. Setakat ini IPGM belum lagi melahirkan produk bertaraf ijazahnya sendiri.

Ini menunjukkan IPGM benar-benar baru. Masih mentah.Masih dalam tempoh eksperimen.

Namun, bagi saya itu semua tidak penting. Baru ke, lama ke itu tidak penting. Yang penting bagaimana minda mahasiswa yang belajar di IPGM itu?dan yang ’maha’ penting, bagaimana minda MAHASISWA ISLAM yang belajar di IPGM itu? Bagaimana tahap intelektual mereka?

Bagi saya dalam ramai-ramai mahasiswa yang belajar di 28 IPG seluruh negara, saya dapat mengenal pasti beberapa rakan-rakan mahasiswa dari IPG yang mempunyai empayar minda yang mengagumkan. Yang lebih mengagumkan lagi mereka ini terdiri dari kalangan mahasiswa Islam. Daya pemikiran mereka amat kritis dan kritikal. Jauh kehadapan. Saya gemar berbicang dan brainstroming sesuatu isu dengan mereka.

Kami berbincang isu pendidikan negara, isu Bahagian Pendidikan Guru (BPG), isu student movement, isu kebajikan mahsiswa IPG isu semasa dan banyak lagi. Terasa amat teruja bila setiap kali berbicara berkenaanya.

Mereka ini adalah MAHASISWA ISLAM IPG SUPER POWER!

Tatkala mahasiswa IPG lain sibuk dengan akademik dan course work yang melambak semata-mata, tapi MAHASISWA ISLAM IPG SUPER POWER ini tidak seperti mereka. MAHASISWA ISLAM IPG SUPER POWER bukan sekadar memberi tumpuan terhadap akademik bahkan, mereka berfikir lebih jauh dari itu. Mereka membina dan menghidupkan empayar minda intelektual mereka.

Bila Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan menganjurkan Kongres Pendidikan pada Julai akan datang, mereka inilah golongan yang paling bersemangat dan bersedia untuk menggegarkannya! Bahkan ada yang dari IPG Sarawak pun ada menyatakan kepada saya kesediaan untuk hadir ke kongres tersebut. Katanya: ”biar berhabis duit, asalkan suara kita didengar di peringkat nasional!”

Inilah MAHASISWA ISLAM IPG SUPER POWER.

Cita-cita mereka besar. Keazaman mereka membara. Masakan tidak besar, Kementerian Pelajaran Malaysia yang merupakan kementerian yang paling strategik dalam negara akan mereka TAWAN! Mereka inilah yang menjadi bakal menjadi policy maker dalam kementerian itu.

Kelihatannya seperti sukar. Namun ia tidak mustahil. Jika pada usia mahasiswa mereka hari ini mereka telah mulakan dengan cetusan percambahan idea, jadi tidak mustahil satu hari nanti merekalah yang akan merealisasikannya.

Mereka inilah yang akan melakukan transformasi secara menyeluruh bagi kementerian itu. Segala elemen sekularisme, hedonisme dan isme-isme lain dalam kementerian itu akan diruntuhkan. Ia bakal diisi dengan PENDIDIKAN RABBANI yang HOLISTIK dan DINAMIK bersumberkan Al-Quran dan Sunnah pada masa depan. Pendidikan Islam akan diperkasakan dan diangkat kembali pada tempat sewajarnya.

Pada masa itu, tiada lagi konsert-konsert pendidikan yang melekakan, tiada lagi subjek-subjek sains yang tiada hubungannya dengan nilai-nilai Islam, tiada lagi pertandingan tarian-tarian dan nyanyian atas alasan untuk mengembangkan bakat murid dan memelihara nilai kebudayaan Malaysia namun hakikatnya mengikis peribadi muslim.

Inilah cita-cita MAHASISWA ISLAM IPG SUPER POWER dan mereka sedang bekerja ke arah itu!

Firman Allah:

".....Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka," Surah Al-Kahfi: Ayat 13.


2 comments:

Thoyba Mursyidah said...

Sdr, saya lihat golongan guru pelatih ini benar-benar mencabar KPM sendiri. Setelah sekian lama mereka inilah yang menyedari kerenah birokrasi pendidikan yang semakin lama semakin jauh dari nilai islami.

Ada manusia aneh (guru pelatih sendiri) lain yang memandang serong golongan guru pelatih yang memiliki fikrah hebat sebegitu. Kata mereka, tugas guru biarlah sekadar di kelas sahaja. Sedih benar rasanya.

Perjuangan merubah mentaliti masyarakat masih jauh apabila mentaliti bakal guru sendiri masih di takah lama. Apapun, teruskan langkah kita semua, jangan tersadung, insya ALLAH.

salam hormat

anonymous said...

salam.. hebat.. suara2 hebat.. aku rasa terkagum baca.