Followers

Sunday, October 18, 2009

Usrah Berbau Syurga!

Hahaha.

Setiap kali saya teringatkan kata-kata taujihat dari Ust Wak saya akan tertawa dan tersenyum sendiri. Ust Wak memberikan taujihat kepada saya dan sahabat-sahabat untuk terus istiqamah membuat usrah. Kata-katanya ringkas dan lucu tapi mempunyai maksud mendalam.

" Antum mesti teruskan membuat usrah. walau sesibuk mana pun mesti buat perjumpaan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kemudian, bila buat usrah tu, biarlah menarik. Biar adik-adik yang dok dalam usrah tu, mereka boleh bau syurga! Ini...antum buat usrah, diorang rasa macam dok dalam neraka. Tak sabar nak tunggu usrah habis." kata Ust Wak.

bau syurga?


macam mana agaknya bau syurga ya? macam mana pula bila usrah yang berbau syurga? mesti seronokkan? mesti bila setiap kali usrah nak habis, semua ahli usrah akan rasa sedih dan tertanya-tanya bila nak buat usrah lagi.


Ust Wak memang pandai membuat kinayah semasa bercakap. Maksud Ust Wak bila dok dalam usrah boleh bau syurga ialah usrah itu menyeronokkan. Bila berada dalam usrah itu, terasa kemanisan ukhuwwah. Terasa dekat dengan Allah. Rohani yang lemah terasa hidup kembali. Kampung akhirat yang dilupa kembali diingati.

Jika naqib atau naqibah itu pandai melestarikan elemen taaruf, tafahum dan takaful insyallah usrah itu akan berjaya.

Usrah bukan sekadar majlis ilmu semata-mata. Elemen ilmu hanya sebahagian sahaja. Usrah itu rehlah, usrah itu study group, usrah itu makan bersama, usrah itu bermain bersama, usrah itu ziarah dan macam-macam lagi. Usrah itu mempunyai maksud yang luas. End product bagi usrah adalah untuk melahirkan amilin yang berkerja untuk Islam serta isiqamah mengamalkannya dalam diri.

Justeru, kita tidak perlu terasa terbeban bila buat usrah. Bagi saya, ikatan usrah ini tidak terputus hinggalah Allah menjemput kita.

Semasa di sekolah dahulu, saya mempunyai ramai ahli usrah. Alhamdulillah, walaupun masing-masing bertebaran di seluruh dunia, namun masih saling ingat mengingati. masih saling berhubung. Masih saling mendoakan antara satu sama lain.

Teringat aktiviti usrah yang dibuat disekolah dulu. Saya, Redzwan dan Mukmin memegang usrah untuk pelajar tingkatan 1 yang tinggal di asrama. Pada hari event sekolah, usrah kami buka gerai jualan. Nama gerai kami ialah Shababullah corner, sempena nama usrah kami. Hasil keuntungan, kami sewa van dan pergi rehlah ke air terjun jeram linang. Memang seronok.

Teringat juga usrah saya bersama sahabat-sahabat yang merupakan naqib-naqib usrah. Kami berkonvoi ke pantai-pantai. Masa tu, saya tidak ada lesen lagi. Tambahan pula saya tinggal di asrama, jadi tidak boleh bawa motor. Sahabat saya baharudin lah yang membawa saya ke hulu hilir. Pada sebelah malamnya kami bermalam di tepi pantai. Beralaskan kain pelikat, berbumbungkan langit yang dihiasi bintang-bintang.

Ketika itu, hidup ini begitu indah dan kemanisan ukhuwwah itu begitu mengasyikkan.



Saya teruskan aktiviti usrah di IPG. Konsep usrah di sekolah dahulu tidak banyak bezanya dengan usrah di IPG. Bagi saya bezanya adalah uslub. Kalau ahli usrah saya dahulu terdiri dari mereka yang memang mempunyai basic agama yang baik tetapi di IPG, ahli usrah saya adalah dari pelbagai latar belakang.


Berusrah bersama rakan-rakan biro agama di masjid An-nur setelah berbuka puasa di luar.Sebelah saya, wakiyudin, rahim, Malek dan Abg Am. Tiada dalam gambar, Umair (jurukamera).
Iftar bersama ahli usrah di bulan Ramadhan di Restoran Alifullah, depan Green Town Mall.
Bermandi manda bersama ahli usrah di sungai
Usrah di Masjid An-nur bersama sahabat-sahabat ex-maahad muhammadi yang berlajar di IPG Ipoh dan Kolej Pembantu Perubatan. Sebelah saya Naim Sidqi (IPG Ipoh), Tajuddin, Nasri dan Iklil( Kolej Pembantu Perubatan). Tiada dalam gambar Syafiq (IPG Ipoh) Berusrah bersama anak murid semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Lintang Sg Siput, Perak.
Berusrah di cafeteria sambil-sambil menikmati makan sarapan pagi.
Gerai Shababullah. Dalam Gambar, Redzwan, Irfan, Haikal, Ubai, dan Sufi. Bila agaknya kita semua dapat berkumpul kembali?

Maahad Muhammadi Lilbanin dalam kenangan.

Nak buat usrah tidak kisah di mana pun. Atas gunung?dalam kereta? dalam masjid? dalam air? semua boleh. Asalkan ada pengisiannya dan mengikut marhalahnya.

Jom berusrah!



p/s: macam mana dengan usrah anda? Berbau syurga?




2 comments:

Shahril said...

ye2...usrah saye slalu berbau syurga..
sbb tu saya sayang usrah saye...
orite..

anonymous said...

rindu kat usrah!!!