Followers

Thursday, October 29, 2009

Yang mana naqib pilihan hati anda?

Situasi 1

Abg Ehsan: eh, kenapa nampak seronok je ni?

Adik usrah: takde la bang, awek saya ajak keluar sabtu ni.

Abg Ehsan: eh, nak keluar dating? astarghfirullah. mana boleh macam tu. Haram.

Adik usrah: alah bang bukannya selalu pun. lagipun kami bukan buat apa2 pun.

Abg Ehsan: Tau tak, sebenarnya, keluar berdua-duaan tu pun dah tak boleh tau. Ada yang nombor tiga.Tau sape?

Adik usrah: syaitan...

Abg Ehsan: Hah, tau pun. dah jadi adik usrah abg kena la dengar cakap abg.

Adik usrah: Ala bang...Tapi saya dah janji dengan dia.

Abg Ehsan: boleh je kalau nak cancel kan?

Adik usrah: boleh tu boleh bang. tapi..

Abg Ehsan: Tapi apa lagi. sabtu ni keluar dgn abg k?

Adik usrah: erm...

Abg Ehsan: satu lagi jgn lupa, esok ada usrah.datang ya.

Adik usrah: tengok la dulu bang. Sebab lusa ada presentation nak kena bentang. Jadi kena siapkan.

Abg Ehsan: ada je alasan.



Situasi 2


Abg Ehsan: eh, kenapa nampak seronok je ni?

Adik usrah: takde la bang, awek saya ajak keluar sabtu ni.

Abg Ehsan: ajak keluar? Eh, seronoknya.

Adik usrah: Memang la seronok.dah lama kitorang tak jumpe.

Abg Ehsan: blh abg ikut sekali?

Adik usrah: eh, takpe ke bang? kan tak baik couple2 ni.

Abg Ehsan: sape kata tak boleh couple? boleh la.

Adik usrah: ye ke? camne tu bang?

Abg Ehsan: hah, kalau nak tau, nanti abg citer masa usrah esok.ok?

Adik usrah: orait! ni tak sabar nak datang usrah ni. Kalau macam tu saya bawak abg sekali la masa keluar dengan awek saya sabtu ni. Nanti boleh saya kenalkan abg usrah saya pada dia.

Abg Ehsan: ha, camtu la.Bagus betul kamu ni.

Adik usrah: hehe. Mestilah, saya kan adik usrah abg.




Yang mana naqib pilihan hati anda?

*****

Seorang da’i diharapkan memiliki akhlak dan tindak-tanduk yang mulia serta mengamalkan hukum-hukum dalam dakwahnya.


Ia antara syarat untuk keberhasilan dakwahnya.

Sebagaimana Allah memerintahkan kepada kedua nabiNya yang mulia :

Musa dan Harun , agar mengamalkan hukum-hukum dalam menghadapi manusia yang paling kafir di dunia,mengaku dirinya Tuhan:

"Firaun"

Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah Ta ‘ala berikut ini :

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (QS. Thaha : 44)

Kemudian Allah berfirman kepada Musa ‘Alaihissallam. Allah mengajar Musa bagaimana untuk berdakwah menggunakan ayat yang penuh santun.

“Pergilah kamu kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, dan katakanlah (kepada Fir’aun) : “Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)” Dan kamu akan kupimpin kejalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?”" (QS. An-Nazi’at : 17-19)


digunakan perkataan "keinginan bagimu"

Allah SWT juga berfirman mengenai kebenaran Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam .

“Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran : 159)

“Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (QS. Al-Qalam : 4)

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS.An-Nahl : 125)




p/s: saya beriman dengan hadis nabi:

"man la yurham, la yarham"

"Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak disayangi"


"ya allah, pupuklah sifat murabi dalam jiwaku"


kan seronok kalau usrah macam ni!

2 comments:

along Nazirah said...

Salam,. Sudah pasti situasi 2...
Bukan senang nak tackle hati orang... Mencari ruang untuk menackle hati pun susah juga,.. Tapi, bak kata sorang ustaz, kita ENJOY!!! InsyaAllah, boleh buat dengan baik...

(masih bertatih..)

Shahril said...

abg ehsan ade due2..
so,,mmg dah xley pilih..
ga3...
ni adik usrah mane dating2 nih..astaghfirullah..