Followers

Tuesday, November 24, 2009

Hati itu Ditempa Oleh Makanan

Setelah cuti kampus bermula, saya minta izin dari mak ayah untuk ke terus ke KL berjumpa dengan sahabt-sahabat seusrah. Berjumpa sekadar mengeratkan ukhuwwah melepaskan rindu setelah lama tak berjumpa. Semasa berada di KL, mak hantar mesej.

’Salam, nanti ehsan terus balik Segamat. Jaga atuk’

Bila mendapat mesej tersebut saya terus membeli tiket ke Segamat, Johor dari KL. Adik saya, Muzakkir yang belajar di UIA Gombak dah sampai sejak hari jumaat lagi. Dia pun sedang bercuti.


Saya masih ada empat orang atuk. Dua di Segamat, Johor dan dua di Selama, Perak. Atuk saya di Johor dah terlalu tua. Jadi kena ada orang tolong jaga. Biasanya keluarga pak ngah saya akan menjaga atuk. Tapi disebabkan Pak Ngah saya sekeluarga perlu ke Kuala Lumpur untuk beberapa urusan, saya dan adik saya mengambil giliran menjaga atuk.


Semasa ketiadaan mereka, kami kena uruskan rumah. Memasak, basuh baju, beli barang dan lain-lain harus kami lakukan sendiri. Nasib baiklah ada sedikit basic menguruskan rumah sebab kat rumah mak dan ayah memang melatih kami buat kerja-kerja rumah. Tak kira anak lelaki ke perempuan.


Bila time memasak, mak akan agihkan kerja pada semua anak-anak termasuk anak lelaki. Ada yang siang ikan, bersihkan ayam, kopek udang, potong sayur, basuh pinggan dan lain-lain lagi. Prinsip mak, kat rumah semua orang kena buat kerja, sebab time makan semua orang makan.


Pinggan semua WAJIB basuh sendiri. Bermula dari ayah hinggalah adik saya yang darjah satu.


Semasa menjaga atuk, antara perkara yang mencabar bagi saya ialah memasak. Atuk perempuan saya tak larat untuk berdiri lama di dapur. Jadi kami kena memasak.


”Nak masak apa ni?” saya bertanya pada Muzakkir.

”Masak sup ayam je la. Senang sikit.” jawab adik saya gaya tahu.

Akhirnya kami pilih untuk masak sup ayam. Atuk perempuan saya menjadi penasihat. Dia duduk di kerusi sambil bagi arahan.

”Biasanya atuk letak ajinomoto dalam sup ni” atuk saya memberitahu.

”Ajinomoto?kalau tak letak boleh ke tok?Letak garam je” saya membalas.

”Em...boleh, kita letak garam je. Kalau makan ajinomoto lama-lama boleh botak kepala” jawab atuk saya.


Saya memang seboleh-boleh elakkan dari makan ajinomoto(MSG) kerana ia tidak baik untuk kesihatan.


Selain itu juga saya ada terbaca di internet, MSG adalah salah satu agenda golongan Illuminati untuk melemahkan umat manusia(kalau nak tahu apa itu Illuminati tanya cik Google n cik youtube).

Di rumah pun mak tak guna ajinomoto dalam masakan.Mak menjaga setiap makan minum kami sekeluarga. Segala benda-benda syubahah(perkara yang tak pasti halal ke haram) memang mak akan elakkan. Makanan ringan macam keropok-keropok jangan harap mak bagi makan. Kalau mak nak anak-anak mak makan makanan yang baik sahaja. Kerana hati manusia ditempa atau dipengaruhi oleh apa yang dimakan.


”Maka makanlah apa yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..” (Al-baqarah, 114)


Makanan-makanan macam inilah yang akan mempengaruhi perangai anak-anak. Kadang-kadang anak-anak boleh jadi degil dan gelap hati sebab banyak sangat makan makanan yang syubahah. Setiap makanan yang tak baik akan menjadi darah daging seseorang itu.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya."



Kalau ibu bapa jaga setiap perkara yang dimakan, insyallah zuriat yang dilahirkan dari keluarga tersebut akan menjadi anak yang soleh dan cerdik. Sebab tu lah kalau anda semua nak cari pasangan, cari pasangan yang memelihara makan minum dari perkara yang syubahah.

Saya sendiri pun kalau tengok wanita yang tak jaga makan minumnya, nak buat zaujah fikir 16 kali. (Tambah-tambah pulak jenis makan minum sambil berdiri. Lagi lah fikir banyak kali. Mungkin sampai 32 kali kot. Hehehe..)


*******

Setelah siap semua bahan-bahan dimasukkan dalam periuk, daging ayam dibiarkan empuk. Tak berapa lama kemudian, sup ayam telah siap dimasak. Alhamdulillah...



Di sini saya sediakan sedikit ilmu masak sup ayam yang atuk saya ajar pada anda semua. Cara masak sup atuk ni yang paling senang dan basic(sebab dia takut saya pening kalau ajar cara yang susah).

Mungkin sebahagian besar(terutama wanita) dah tahu cara masak sup tapi saya letakkan juga. Kot-kot ada yang tak tahu, jadi boleh belajar. Bila anda praktik ilmu atuk saya ni insyallah nanti atuk saya boleh dapat pahala.



Sup ayam atuk

Bahan-bahan

1-Ayam

2-garam

3-Rempah ratus sup(kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan lain-lain)

4-Air

5-minyak

6-bawang putih dan bawang merah

7-Cili

Cara

1-Tumis bawang putih dan merah

2-masuk air

3-masuk ayam

4-garam

5-cili

p/s: atuk saya orang johor. Minat pedas. Jadi dia letak cili. Kalau tak nak pedas, tak perlu letak cili. Ni cara paling basic buat sup. Kalau nak sedap tambah la kentang, daun sup, daun bawang dan apa-apa lagi daun yang anda tau. Selamat mencuba.

saad Bin Abi Waqqas yang terkenal sebagai sahabat Baginda yang diperkenankan doanya. Beliau berkata:

“Bahawa aku tidak pernah mengangkat sesuap makanan ke mulutku melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana keluarnya.”


Ni antara makanan yang saya anti. Terlalu banyak kandungan MSG.

2 comments:

rosamajid said...

salam...

Artikel enta ni bagus..Moga jadi pendorong bt pembaca yg lain mninggalkan makanan2 yg syubhah ni..

kalu ana la..mmg x makan la makanan yg xpasti bhn die ni cam produk nestle n ducth lady (sbb boikot alluminati gak kot)..twisties pn ana xmakan sbb ade unsur gharar kan..

kdg2 kalu g shopping mknn ni, ambil masa lama utk beli brg coz belek2 ingredient dlu. kalu x pun bli yg biasa beli jer.

Apa pun sup yg enta buat tu msti special coz 1st time buatkan..
Percubaan yg baik,keep it up sahabat..

ehsanhalim said...

alhamdulillah,

baguslah klu kita dapat jaga makan minum kita.

sebenarnya, bukan setakat makanan sahaja yang kita kena jaga.Produk2 kegunaan harian pun byk yang shubahah.


sabun, syampoo, minyak wangi, minyak rambut dan lain2...

pastikan semua ni selamat dari elemen-elemen syubahah.

lagipun ada produk yang ada logo halal pun dipertikai status halalnya oleh CAP.

Ni maklumat yang ana dapat dari seminar-seminar anjuran CAP yang pernah ana ikut.

kepada pembaca sekalian, ana syorkan cari buku bertajuk:

HALAL HARAM

keluaran persatuan pengguna pulau pinang.