Followers

Monday, November 30, 2009

Warna Warni Eid Adha

Segala puji bagi Allah. Tuhan bagi orang beriman dan Tuhan bagi mereka yang kufur.



Pada tahun ini saya dan keluarga menyambut raya korban di kampung Selama, Perak. Saya dan adik saya tiba di rumah nenek pada malam raya setelah bertolak dari rumah atuk Segamat, Johor pada paginya. Rumah nenek penuh dengan saudara mara. Namun nenek tiada kerana berada di hospital menjalani operation. Alhamdulillah segalanya selamat.

Pada pagi raya kami semua solat raya di masjid. Pagi tersebut masjid penuh dengan orang ramai. Sebelum menunaikan solat sunat raya, imam masjid menerangkan kaifiat solat sunat raya tersebut. Saya pun hampir terlupa kaifiatnya.

Selepas solat, imam menyampaikan khutbah. Saya rasa khutbah tahun ini adalah antara khutbah raya terbaik yang pernah saya dengar. Saya memang suka meneliti kandungan khutbah. Malah saya akan memilih masjid berdasarkan kemantapan penyampaian khutbahnya. Antara point-point penting khutbah yang 'menyengat' pemikiran dan jiwa saya ialah:

" Muslimin muslimat, kita sering berbangga dengan jumlah korban yang kita laksanakan. Kita akan berbangga bila ada masjid korban 5 ekor lembu, 10 ekor lembu namun pernahkah kita mengambil berat berapa ramai umat Islam yang terkorban di Palestin? Masih ingatkah kita pada nasib umat Islam yang terkorban di Shabra Shatila??"

saya tak terjawab..Di akhir khutbah, imam tersebut membaca doa yang sungguh menghibakan perasaan.

" Ya Allah, janganlah Kau hinakan kami..." pada ayat tersebut imam tersebut terhenti. Terdengar suaranya teresak-esak menangis. Suasana senyap seketika.

"...kerana sesungguhnya kami sudah cukup terhina," imam tersebut menyambung.


"kami sudah cukup terhina"

"kami sudah cukup terhina"

perkataan ini bermain dalam kepala saya.Sebak.



Kemudian imam tersebut menyambung,


"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang tidak dayus mempertahankan kebenaran dan menentang kebatilan. Sesungguhnya kami membenci membenci kebatilan."


"dayus?"


"Adakah aku dayus?"

"Dayus mempertahankan kebenaran?"

Persolaan-persoalan ini menerjah pemikiran saya. Terasa malu dengan Tuhan. Terasa diri ini amat dayus menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Setiap hari di kampus mata akan terpandang perkara batil, apa yang aku lakukan? Muhasabah..


Selepas tamat solat sunat aidil adha semua bersalaman.Dalam hati rasa macam nak pinjam teks khutbah imam tersebut tapi rasa segan.Tak jadi pinjam. Walau apapun isi kandungan tersebut tetap tersemat di hati.


Selepas tamat kami semua balik. Selepas bersalaman, tok wan mengajak semua ahli keluarga saya yang lelaki ke tempat orang orang membuat korban. Tok wan saya turut mengambil bahagian dalam korban tersebut. Masing-masing membawa pisau untuk membantu kerja-kerja memotong daging.

Tahun ini ibadah korban dibuat secara berkelompok. Orang kampung buat di pondok pengajian di kampung tersebut. Pondok tersebut menempatkan pelajar-pelajar dan warga tua yang ingin mempelajari agama.
Suasana pondok yang meriah pada pagi tersebut. 7 ekor lembu dan 3 ekor kambing dikorbankan.



Orang ramai sedang melakukan kerja-kerja melapah kulit lembu.


Lembu yang hampir siap dilapah.


Bahagian-bahagian lembu yang telah siap dipotong dibawa ke khemah dengan menggunakan motor untuk dibahagi-bahagikan dagingnya


Tinggal kulit dan kepala sahaja. Tunggu masa untuk dibersihkan dan ditanam.

Kambing yang sedang dilapah. Kelihatan adik saya, Solihin(berbaju hijau) sedang khusyuk memerhati.

Saya dan adik saya, Muzakkir serta adik-adik sedara sedang melapah seekor kambing. Seronok dapat peluang ni. Bukan senang nak dapat melapah kulit kambing. Dah lama kami nantikan peluang ni.

Kami berganding bahu melapah kambing ni. Lihat berapa banyak tangan. Masing-masing nak cuba.Hehe..(Terima kasih pak cik kerana memberi peluang ni).


Sambil-sambil kami melapah kambing, saya menerapkan elemen tarbiah kepada adik-adik saya.

"Kita buat ni dapat pahala"saya memberitahu adik-adik sambil melapah kulit kambing

"Dapat ka?" Solihin bertanya.

"Dapat la. Bila orang makan daging ni, kita dapat la pahala"

Sebagai seorang abang sulung kepada adik-adik saya, saya bertanggungjawab membentuk fikrah dan menanamkan jiwa tauhid dalam diri mereka. Soal dosa pahala, syurga neraka semua ni harus mereka hadam dan benar-benar mereka rasai dalam hidup mereka. Bagitu jugalah mak dan ayah mendidik kami.

Akhirnya kambing kami berjaya diselesaikan walaupun mengambil masa yang paling lama. Maklumlah first time. Daging diagihkan pada semua yang hadir. Sebahagian daging digunakan untuk masak secara bergotong-royong.

Selepas solat Jumaat, semua jemaah di jemput untuk menikmati jamuan makan. Sup tulang, air asam dan nasi antara juadah istimewa tengahari tersebut. Nyam..

Dari Aisyah Radhiyallahu Anha (R.A.) bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, ertinya: “Tidaklah anak cucu Adam mengerjakan suatu amalan yang lebih disenangi Allah pada hari korban daripada menyembelih binatang korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat kelak dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) qurban itu” (H.R. Tirmizi)



P/s: Orang lain bawak balik daging, adik saya Muzakkir bawa balik kepala kambing tadi. Katanya ada pakcik bagi. Lagipun katanya di kepala kambing pun ada daging. Jadi boleh ambik. Dia ni memang suka buat benda-benda pelik.
Muzakkir dengan kepala kambingnya. Don't try this at home.

No comments: