Followers

Wednesday, November 18, 2009

Tribut untuk OUM PJ dan PC


Sesi pengajian bagi semester ini hampir melabuhkan tirai. Di kesempatan ini saya ingin mendedikasikan penghargaan tidak terhingga kepada abang-abang dan kakak-kakak dari OUM Pendidikan Jasmani dan Pengajian Cina yang akan menamatkan sesi pengajian mereka pada tahun ini.

Terasa masa berlalu terlalu pantas. Banyak kenangan bersama abang-abang dan kakak-kakak OUM. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua di atas segala tunjuk ajar dan teguran yang diberi kepada saya dan rakan-rakan sepanjang kami menjadi junior anda.

Masih teringat ketika saya dan rakan-rakan unit f baru masuk pada semester pertama pada tahun 2006. Ketika itu, jumlah pelatih yang belajar di Institut Perguruan Ipoh Perak, IPIP (nama lama sebelum ditukar kepada IPG kampus Ipoh) masih sikit dan yang ada hanya unit E dan OUM. Kami pula selaku junior yang baru masuk banyak perkara yang tak tahu tentang IPIP. Jadi abang-abang dan kakak-kakak OUM bersama unit E lah yang banyak membantu kami.

Merekalah yang bertungkus-lumus menguruskan minggu orientasi untuk kami. Bila kami ada sebrang kemusykilan seperti tak tahu bagaimana untuk ke bank, ke klinik, beli tiket bas dan lain-lain merekalah orang pertama yang menjadi rujukan kami. Sesungguhnya kami semua memang terhutang budi.

Di kesempatan ini juga ingin mengucapkan terima kasih saya memohon kemaafan secara khusus kepada semua abang-abang dan kakak-kakak OUM yang pernah bersama-sama saya ketika di amanahkan sebagai naib YDP di dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 07/08 iaitu Abang Am (mantan YDP), Abang Chew (mantan Exco Tugas-tugas Khas), Kak Aya (mantan Setiausaha Agung), Kak Yam (mantan Bendahari Kehormat), Kak Moi Fong (mantan Exco Displin), Kak Ayu (mantan Exco Makanan), Kak long (mantan Exco Agama), Kak Fizan (mantan Exco Protokol) dan Kak Ama( mantan Exco Penerangan).

Kepada abang Am, banyak ilmu serta pengalaman yang perolehi sepanjang menjadi timbalan Abang Am. Terima kasih atas segalanya.


Barisan Kepimpinan JPP 07/08. Abang-abang dan kakak-kakak OUM berdiri di barisan belakang. Berdiri dari kanan, Abang Chew (OUM PC) Abang Am (OUM PJ) kak Ainol, Kak Moi Fong (OUM PC) Kak Ama (OUM PJ), Mina, Kak Yam (OUM PJ), Kak Sya, Kak Fizan (OUM PJ), Kak Aya (OUM PJ), Kak long (OUM PJ) Kak Ayu( OUM PJ) , Asmidar, Mizah, Ai Win, Azah dan Cherryl.

Sekalung perhargaan juga saya berikan pada abang-abang dan kakak-kakak OUM yang banyak menyumbang jasa dalam Biro Agama dan Kerohanian selama ini. Semoga Allah jua yang membalas jasa anda.

ALUMNI Biro Agama dan Kerohanian JPP sesi 08/09-batch 1

Tidak dilupa juga pada abang Zamir OUM PJ, seorang yang saya kagum dengan pemikiran kritikal dan pengetahuan luasnya dalam isu semasa serta kesusasteraan. Seronok bila dapat berbual dengannya. Disamping itu Abang Zamir juga seorang yang hebat dalam berteater.Saya adalah antara peminat teaternya. Teater yang disampaikan penuh mesej yang mendalam dan bukannya sekadar lakonan yang hanya menyajikan lawak kosong serta menyakitkan hati. Susah untuk berjumpa dengan orang sehebat Abang Zamir.

Kenangan bersama Abang Zamir semasa Lawatan Penanda Aras ke IPG-IPG zon selatan. ( Kepada abang zamir: agaknya lepas ni ada peluang lagi ke kita nak berbual sambil-sambil brainstorm isu semasa. )

Akhirnya, kepada semua abang-abang dan kakak-kakak OUM PJ dan PC selamat posting ke sekolah masing-masing. Insyallah, moga jumpa lagi pada masa akan datang.

Jadikan kerjaya guru itu sebagai ibadah insyallah ada ganjaran yang besar menanti di Sana.

P/s : Kepada abang Chew , semoga harapan abang Chew untuk posting di Kuala Lumpur tercapai.

3 comments:

Mohamad Shahrilniza said...

ye...
pemergian mereka amat terasa...
shahril pasti merindui mereka semua
yang menceriakan biro kerohanian...
waaa...terutama
rummate terchenta..
tiada lagi jemaah dalam bilik...
ha3...

ehsanhalim said...

takpa nanti shahril blh dok dgn rumate lama shahril lg.

p/s: klu xda jemaah dlm bilik, blh berjemaah kt pusat islam.ngeh2..

zf_zamir said...

salam, terima kasih terbit entri khas untuk kami..insyaAllah ada masa & ruang kita boleh jumpa untuk sembang2 banyak hal..lagipun sukar nak jumpa individu setajam ehsan, banyak yang boleh kita kongsi kemudian nanti..