Followers

Tuesday, December 22, 2009

Di awal 2010

Dengan nama Allah Tuhan semalam, hari ini dan esok.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberikan sedikit kesempatan untuk saya menulis entry baru. Sebenarnya agak sukar untuk istiqamah dalam menulis terutama bila diuji dengan kesibukan. Namun itu semua bukanlah alasan. Insyallah mudah-mudah diberikan kekuatan olehNya untuk istiqamah dalam menyampaikan sesuatu yang bermanfaat dalam menulis. Amin.

Di awal 2010

Hari ini 13 Januari 2010.Berlalu sudah 2009. Bagi saya 2009 penuh dengan warna warni. Ada warna yang membahagiakan dan ada warna yang kadang-kadang memeritkan.

Namun, itulah Sunnatullah penciptaan kehidupan manusia ini. Allah mengilirkan kehidupan manusia dengan memberi ujian dan kenikmatan. Semua itu harus dilalui oleh semua insan. Bagi muslim yang mukmin, mereka harus meniti jalan kehidupan ini dengan penuh hati-hati. Setiap kali melangkah, mereka harus sentiasa memegang erat Al-Quran di tangan kanan dan risalah nabinya di tangan kiri. Insyallah mereka tidak akan tergelincir atau terpijak duri.


Terasa berat kaki untuk melangkah meninggal tahun lalu dalam keadaan amal yang lesu, ilmu yang sedikit dan akhlak yang masih banyak cacat celanya. Namun, apa pun semoga Allah masih sudi menjaga dan memandang diri ini.

Di awal 2010, saya mendapat ucapan selamat tahun baru dari rakan-rakan dan guru-guru saya. Baik dari muslim mahupun non-muslim. Bagi saya tahun baru 2010 bukan tahun baru saya. Sebagai seorang muslim, tahun baru saya adalah pada 1 Muharram. Tahun baru masihi adalah ciptaan penganut Kristian yang menyambut kelahiran Nabi Isa yang mereka anggap sebagai Jesus Kristus.

Jadi setiap kali rakan-rakan yang muslim mengucapakan selamat tahun baru 2010, saya akan cuba betulkan.Bukan tahun baru tapi semester baru.

Dalam menghadapi 2010 ini, saya rasa agak berdebar. Saya 2010 ada kelainan dari tahun-tahun yang lain. Ada banyak perkara yang harus ditempuhi dengan hati-hati dan penuh cermat. Semua ini memerlukan cara berfikir dan bertindak yang tidak boleh sama dengan tahun lalu.

Jika masih sama, ia bakal menggelapkan hidup saya. Untuk menghadapi 2010 ini berfikir harus lebih laju dan setiap tindakan harus lebih smart dan intelligent.
Bagi saya dalam 2010 ini terdapat beberapa perkara yang menjadi titik fokus saya



Titik fokus: Keluarga

Adik saya Solihin sudah masuk sekolah berasrama untuk tingkatan 1 di MATRI, Perlis. Maka, rumah semakin sunyi. Di rumah hanya tinggal dua orang adik bersama mak dan ayah. Mak sudah pasti semakin terasa kesunyian. Semasa masih ada 3 orang adik saya tinggal di rumah, mak menelefon saya dari rumah. Ada bunyi sebak di hujung suara mak. Mak kata mak sunyi. Sebab mak dah terbiasa bersama anak-anak yang ramai kat rumah.

Tahun ini mak ayah semakin sunyi. Saya harus terus memberi sokongan pada mak ayah. Kena cuba untuk selalu balik. Walaupun hanya sekadar 2,3 jam di rumah.


Titik fokus:Study

Semester ini saya akan belajar dua subjek content iaitu Chemistry dan Physic. Dua subjek ini sudah cukup membuatkan saya ‘berpeluh’. Biasanya setiap sem hanya ada satu subjek content sahaja.lagi satu adalah pedagogy in teaching science.

Semester ini juga harus menjalani praktikum di sekolah selama sebulan.


Titik fokus:Organisasi

Pada tahun ini, ketua warden telah berubah. Ust Zakaria menggantikan En Suhaimi. Perubahan ini sememangnya akan memberi peluang kepada ahli Biro Agama untuk melancarkan gerak kerja Islam. Peluang ini harus dimanfaatkan dengan semaksima mungkin.

JPP juga bakal dibubarkan, berdasarkan taklimat dari pensyarah baru ini, kemungkinan pada bulan 3 atau 4. Perubahan kepimpinan ini amat penting untuk diperhatikan. Siapa yang bakal menggantikan kepimpinan yang ada sekarang itu menjadi persoalan. Mereka inilah akan meng’bonsai’kan pemikiran dan biah di kampus ipoh ini. Kepimpinan JPP mampu meletak nilai harga diri sebahagian besar mahasiswa kampus ini. Jika daya kepimpinan mereka hebat, maka ia akan mengangkat harga diri warga mahasiswa kampus setinggi awan, seharum kasturi.

Namun, jika daya kepimpinan mereka teruk, maka sudah pastilah nilai harga diri warga mahasiswa kampus serendah tapak kasut, seburuk najis kuda.

Banyak lagi yg menjadi titik fokus saya bagi tahun ini. Namun tidak mampun untuk menulis semuanya.

Dalam menulis di blog ini, saya lebih banyak menceritakan pengalaman dan merujuk pada diri sendiri hingga jika orang baca seolah-olah sedang seronok menceritakan hal sendiri.

Sebenarnya saya sengaja menulis dengan cara itu kerana dalam menyampaikan sesuatu perkara saya akan pastikan saya buat terlebih dahulu perkara tersebut.

saya bimbang dengan warning dari Allah dalam surat As-Sof kepada mereka yang bercakap dengan apa yang mereka tidak lakukan.

Jadi, setiap kali saya menulis, saya akan fikir, "Aku dah buat ke tak perkara ni?"

Dalam menulis ini juga, saya lebih suka menyampaikan mesej-mesej saya dengan cara yang paling mudah untuk diterima dan difahami. Saya perhatikan method penulisan ini turut dipraktikkan oleh ahli-ahli ikhwan muslimin dalam buku-buku yang mereka tulis. Bahasa yang digunakan ringkas dan mudah untuk difaham.

Mohon maaf jika ada tersalah dan berdarah hatinya di sepanjang membaca tulisan saya.

Mudah-mudahan kita semua mati dalam Islam.

Sekian.

2 comments:

Mohamad Shahrilniza said...

Salam..
tu ler abg ehsan...
senior sibuk..shahril pun rase x mampu nk bagi komitmen kat lujnah skang...mmg sgt sibuk..plan nk lepas lujnah dalam bulan 4 nmpaknya shahril kene tukar dalam masa terdekat ni...masalahnya, ahli baru masih blur tentang pergerakan lujnah...adeh...

ehsanhalim said...

insyallah la shahril

kita buat sama2.

sibuk tu peluang yg Allah bagi utk kita dapat pahala sebanyak mungkin.