Followers

Monday, January 18, 2010

Sahaja aku belajar kerana...

Dengan nama ALLAH.


Dalam Islam kita amat ditekankan soal niat. Niat akan menentu nilai amal kita.Contohnya bila kita nak solat, kita akan niat:

"Sahaja aku sembahyang fardu Subuh dua rakaat kerana Allah"


Dalam aktiviti harian kita setiap hari, sebenarnya kita juga niat.Dalam post kali ini, saya nak mengajak rakan-rakan menilai niat kita belajar.



Kalau seseorang itu niat belajar dia kerana mak ayah dia suruh belajar.Maka niat dia mungkin macam ni:
"Sahaja aku belajar kerana mak ayah aku..."


Kalau seseorang itu niat belajar dia kerana kekasih dia ambik kos dan berada di kelas yang sama dengan dia.Maka niat dia mungkin macam ni:
"Sahaja aku belajar kerana kekasih aku..."


Kalau seseorang itu niat belajar dia kerana pensyarah dia.Maka niat dia mungkin macam ni:
"Sahaja aku belajar kerana pensyarah aku..."


Kalau seseorang itu niat belajar dia kerana nak markah tinggi dalam exam.Maka niat dia mungkin macam ni:
"Sahaja aku belajar kerana nak markah tinggi dalam exam..."


Kalau seseorang itu niat belajar dia kerana supaya dapat fly ke Jepun.Maka niat dia mungkin macam ni:
"Sahaja aku belajar kerana supaya dapat fly ke Jepun.."


Kalau seseorang itu niat belajar dia supaya tidak fail.Maka niat dia mungkin macam ni:
"Sahaja aku belajar supaya tidak fail..."


Kalau seseorang itu niat belajar dia kerana taat perintah Allah.Maka niat dia mungkin macam ni:
"Sahaja aku belajar kerana Allah..."


Jadi, yg mana niat kita?





Sepuluh Keutamaan Ilmu Menurut Saidina Ali ibn Abi Tholib:
• Ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan dari
Fir’aun, Qarun, dan lain-lain.


• Ilmu selalu menjaga orang yang mempunyainya, sedangkan harta
dijaga oleh orang yang mempunyainya.


• Orang yang berilmu banyak mempunyai teman, sedangkan orang yang berharta mempunyai banyak lawan.

• Ilmu apabila diberikan kepada orang lain akan bertambah sedangkan harta bila diberikan akan berkurang.

• Ilmuwan sering dipanggil alim, ulama, dan lain-lain. Sedangkan hartawan sering dipanggil bakhil, kikir, dan lain-lain.

• Pemilik ilmu akan menerima syafaat pada hari kiamat, sedangkan pemilik harta akan dimintai pertanggungjawabannya diakhirat kelak.

• Ilmu apabila disimpan tidak akan habis, sedangkan harta bila disimpan akan usang dan lapuk.

• Ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan, sedangkan harta selalu dijaga dari kejahatan.

• Ilmu tidak memerlukan tempat, sementara harta memerlukan tempat.

• Ilmu akan menyinari hati hingga menjadi terang dan tenteram, sedangkan harta akan mengeraskan setiap hati manusia.

1 comment:

Shahril said...

Salam..
niat nak g Warwick???
hahaha...ye btol tu Abg Ehsan..
niat ni kadang2 terubah tanpa kita sedari...contohnya, sebelum ni bljr kerna Allah...tibe2 satu hari kene marah dgn cikgu, pastu mulalah belajar bersungguh2 untuk impress cikgu tu...kat situ niat dah tertukar..btol x??jadi haruslah ingat2kan diri kita..setiap perbuatan itu dinilai berasaskan niat...wassalam