Followers

Tuesday, January 19, 2010

Cerita Mengurut

Dengan nama Allah aku menulis


Suatu petang, saya dan adik usrah saya ke Giant untuk mengambil duit. Semasa berjalan-jalan di dalam pasaraya Giant tersebut, kami melalui sudut perkhidmatan mengurut oleh beberapa pak cik buta.

Di Giant memang ada satu tempat yang beberapa pak cik buta memberikan khidmat mengurut tapak kaki, refleksologi. Dengan membayar sedikit bayaran seseiapa pun boleh mendapatkan khidmat mengurut.Itulah sumber pendapatan pak cik buta tersebut.

Pelanggan yang mengurut kaki pada ketika itu menarik perhatian saya.Ia adalah seorang wanita dalam lingkungan umur lewat 30-an.

Seorang pakcik buta sedang mengurut wanita yang berumur 30-an? Urutannya bukan sekadar tapak kaki, tapi sampai ke betis!

" Cuba tengok pakcik tu, dia urut kaki makcik tu,"saya bertanya kepada kepada adik usrah saya.

" Em,.." jawab adik usrah saya.

" Agak-agak boleh ke?"

"Em,,boleh kot," jawabnya ringkas.

"Sebab pe?"

"Sebab dia buta," adik usrah saya menjawab dengan jujur. Saya mendengar sambil menilai.

"Oh, kalau macam tu dia boleh pegang sape-sape la? Sebab dia buta?" saya bertanya lagi.

"Entah la, mungkin sebab dia buta dari kecik kot" Jawabnya.

*******

Setiap jawapan dari adik usrah saya, saya dengar, saya nilai, saya fikir dan saya buat kesimpulan sendiri.


Saya tidak mahu memberikan jawapan di sini. Saya biarkan soalan ini anda yang jawab:

"Boleh ke pak cik buta tu urut kaki makcik tu?Alah, untuk cari rezki juga"


Mungkin anda jawapan yang lain? hehehe....

4 comments:

Mohamad Shahrilniza said...

salam...
emm..semestinya bukan shahril yang kuar dgn abg ehsan itu....
siapakah beliau??tertanya jgak...
btw, mengenai hukum tu..
mmg sah2 haram..mane bleh mahram bersentuhan...ai, ingat buta xde nafsu ke...same je dgn kita yang sempurna tubuh badan ni...sape ye yang kuar dgn abg ehsan tu??(fikir2)

anonymous said...
This comment has been removed by the author.
anonymous said...

tak salah.
harus.
mak cik tu sakit.
pak cik tu hanya menjalankan teori2 perubatan.
blh tujuan perubatan.
mesti pakcik tu pun mengharapkan duit yang halal bukan haram.
kita kena prasangka baik.
sape kita nak tahu tahap iman pakcik tu.
klu dia tak de nafsu semasa urut macam mana. kalau dia ikhlas kerana nak membantu makcik tu, niat krna Allah SWT.

ehsanhalim said...

to shahril: gud. sure not u. identiti di rahsiakan.


to anonymous:

hihi.

kalau perintah Allah haramkan lelaki yg bukan muhrim sentuh dengan perempuan yg bukan muhrim dengannya,maka semua kita taat.

tak kira buta ke tak.

awak kata:

klu dia tak de nafsu semasa urut macam mana.

saya kata plak:

klu dia tgh nafsu kuat semasa urut macam mana pula?kita bukan tau.


kih2...fkir2kan