"Walaikumsalam, ya Ehsan" ustaz As'ad menjawab.
"Ustaz, ana nak tanya soalan feqah sikit ni," saya menerangkan. Sengaja saya sebut 'soalan feqah' kerana sudah menjadi kebiasaan saya untuk mengklasifikasikan dulu soalan sebelum bertanya mana-mana ustaz.
" Ya, apa dia?"
" Camni ustaz, kalau kita naik bas tapi driver bas tak nak berhenti solat, masa tu kita kena solat hormat waktu ke?" saya bertanya.
" Solat hormat waktu? Ada ke solat hormat waktu? " Ustaz As'ad bertanya kembali. Memang itulah style Ustaz As'ad bila saya tanya soalan berkaitan agama padanya. Dia suka menjawab soalan dengan soalan.
"Hah? Takda ke ustaz? "persoalan yang ditimbulkan menjentik pemikiran saya.
"Enta solat macam biasa je la. Tak perlu nak hormat-hormat waktu," jawab ustaz ringkas.
"Habis tu tak perlu ganti ke ustaz? " saya minta kepastian.
" Tak perlu," jawab ustaz ringkas.
Biasanya setiap kali saya tanya, Ustaz As'ad akan menerangkan dengan agak detail. Dia akan memberitahu sumber sesuatu hukum itu pendapat dari mazhab mana dan juga apa dalilnya. Jika dia tidak pasti dia akan rujuk kitab kemudian esoknya dia akan terangkan semula. Ilmu beliau memang luas. Memang sesuailah beliau diberi amanah sebagai salah seorang ahli majlis fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak. Beliau adalah orang kanan Mufti Perak, SS Dato Harussani.
Tapi pada petang tu, ustaz agak sibuk dengan urusannya jadi tidak sempat untuk beliau mengulas panjang.
Namun sekurang-kurangnya dengan jawapan ringkas ustaz sudah membuatkan saya mampu menarik nafas lega. Tak perlu ganti solat.
Saya memang gemar bertanya terus pada mana-mana ustaz sekiranya tidak faham persoalan agama. Ini adalah style saya dan rakan-rakan semasa di sekolah dahulu. Pada saya kefahaman saya bertambah dua kali ganda jika bertanya secara personal jika dibandingkan dengan belajar secara ramai-ramai.
Oleh itu, saya syorkan anda banyakkan bertanya secara personalpada ustaz-ustaz atau guru-guru. Banyak keberkatannya.
Biasanya jika saya tidak bertanya secara lisan, saya akan SMS. pada mereka. Setiap kali SMS, saya akan hantar kepada lebih dari seorang ustaz. Ini bagi mendapatkan jawapan yang terbaik.
Soalan yang saya tanya pada ustaz As'ad tersebut adalah rentetan dari masalah yang saya hadapi semasa ingin pulang menaiki bas dari Ipoh ke rumah atuk saya di Segamat, Johor. Bas tersebut tidak berhenti untuk Solat Subuh.
Bas masih meluncur laju di lebuhraya. Tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti walaupun banyak kali melintasi tempat R&R. Hati saya gelisah. Macam-macam persoalan mula timbul dalam kotak pemikiran saya.
" Kalaulah jadi apa-apa kat bas ni, satu bas masuk neraka sebab tak solat"
" Kalau satu bas tak solat, mati aku nak jawab kat padang Mahsyar nanti."
Pada masa tu saya nekad. Dari tempat duduk yang paling belakang saya berjalan berjumpa dengan driver bas.
"Bang, nak tanya. Kita ada nak berhenti mana-mana ke?" saya bertanya menggunakan bahasa yang saya fikirkan paling lembut. Ketika itu jam menunjukkan 6.30 pagi.
Diam. Soalan tidak dijawab.
"Bang kita ada nak berhenti mana-mana ke?" saya bertanya sekali lagi.
" Em, kenapa? " jawab driver bas.
" nak semayang Subuh," saya jawab dengan ringkas lagi padat.
" nanti kita akan berhenti "jawapan yang diberi melegakan sedikit keresahan saya.
Saya kembali ke tempat duduk. Kalau ikutkan boleh saja saya menggunakan ijtihad sendiri untuk solat atas bas seorang diri.
Tetapi memikirkan kalau saya tidak minta driver bas tersebut berhenti solat Subuh, bagaimana keadaan penumpang lain? Kalau mereka tidak solat, confrim kat mereka akan menyalahkan saya di Akhirat nanti. Maklumlah, masa tu semua orang nak selamatkan diri. Semua tak nak masuk neraka.
Jam menunjukkan 6.45 pagi. bas masih belum berhenti. Waktu Subuh sudah hampir tamat. Mahu tidak mahu saya harus solat.
Akhirnya, dengan menggunakan air mineral yang saya beli, saya gunakan untuk berwuduk. Saya buka sedikit penutup botol kemudian, air dititis sedikit ke tapak tangan. Dari muka hinggalah ke kaki, saya selesai berwuduk. Dengan menggunakan air paling minimum akhirnya saya solat.
Sebaik sahaja selesai solat, bas berhenti di sebuah tempat perhentian. Ketika itu jam menunjukkan 10 minit sebelum pukul tujuh pagi. Masih ada sedikit baki waktu Subuh.
Oleh kerana pada masa itu, saya masih belum jelas berkaitan solat atas kenderaan, maka saya solat Subuh sekali lagi di sebuah pondok rehat di perhentian tersebut. Tiada surau.
Sewaktu ingin bersolat, saya tercari-cari sesiapa lagi untuk solat berjemaah tetapi tiada sorang pun yang bersolat. Kerana ingin mengejar masa, saya solat sendirian.
Selepas solat, saya lihat masih tiada yang bersolat sedangkan ketika bas berhenti ramai penumpang turun. Rupa-rupanya semua turun untuk berebut pergi tandas bukan berebut nak solat. Lepas masuk tandas masing-masing melepaskan gian merokok termasuklah seorang pakcik tua yang berkopiah. Pada mulanya saya ingat dialah yang akan bersama-sama saya untuk solat, rupa-rupanya dia pun tak solat. Ramainya manusia yang jahil murakap!
Perkara sebegini tidak pernah berlaku semasa naik bas ke Kelantan sepanjang saya belajar hampir 6 tahun di sana. Bas Transnasional yang saya naik pasti akan berhenti untuk solat Subuh di mana-mana masjid. Bahkan driver bas tersebut siap boleh jadi imam lagi. Memang kagum la. Tidak sia-sia Kempen Bulan Penghayatan Solat yang kerajaan Negeri Kelantan anjurkan selama ini.
Begitulah, sedikit coretan pengalaman saya selama beermusafir. Bak kata pepatah, "pengalaman adalah guru yang terbaik".
Ini adalah gambar dua orang sahabat saya yang sedang solat Asar. Yang berbaju kuning menjadi imam dan yang berbaju kelabu menjadi makmum. Gambar ini ditangkap sewaktu kami berjaulah menaiki keretapi. Gambar muka mereka sengaja saya sensorkan demi melindungi hak privasi mereka. (^_^)
Saya lampirkan sedikit maklumat tambahan berkaitan solat atas kenderaan dari Utusan Online.
Sebar-sebarkanlah ya.
Solat atas Kenderaan
SOALAN:
Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan.
Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.
JAWAPAN
Solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan (ditauqitkan).
Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa': 103).
Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya, meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun dan tatacaranya, dia tetap diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dengan beberapa kelonggaran.
Dalam erti kata lain, syariat Islam memberikan beberapa kelonggaran hukum kepada orang yang dibebani dengan keuzuran atau hambatan akan tetapi syariat Islam tidak mengangkat kewajipan solat dari setiap umatnya sama ada lelaki atau wanita.
Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diriku, "Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku". Lantas baginda menjawab: "Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat". Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari, hadis 639, jil. II]
l Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari, hadis 567, Jil. II)
l Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). (riwayat al-Bukhari, hadis 569, jil.2)
Tatacara solat
Terdapat pelbagai tatacara atau kaedah yang telah digariskan oleh Islam termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan.
Ia sama ada kenderaan tersebut bersifat terbang di udara seperti pesawat kapal terbang atau jet mahupun kenderaan daratan seperti kereta, lori atau kenderaan lautan seperti kapal, bot dan perahu.
Baginda SAW dan juga para sahabatnya pernah menunaikan solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat.
Dalam satu riwayat Ya'la ibn Murrah menerangkan bahawa para sahabat pernah bersama-sama baginda SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang baginda berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.
Tatkala masuknya waktu solat baginda memanggil muazinnya lalu muazinnya melaungkan azan dan iqamat. Baginda lantas maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Baginda memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya.
Hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran. Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi.
Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: "Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam".
Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.
Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.
Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain.
Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.
Berdasarkan pernyataan saudara, dalam situasi yang terdesak adalah lebih baik jika saudara menunaikan solat sebelum keluar dari pejabat. Ini kerana masuknya waktu solat asar sekarang pada jam 4.27 petang. Kebanyakan waktu kerja tamat adalah pada jam 5 petang.
Sememangnya tidak menjadi halangan kepada saudara/saudari untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum balik.
Tambahan pula keadaan jalan raya ketika itu agak sibuk, sesak dan barangkali ditambah pula dengan kemalangan-kemalangan yang tidak diduga berlaku di jalan raya.
Pendek kata, sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta, saudara/saudari seharusnya berikhtiar mencari tempat atau lokasi yang bersesuaian untuk menunaikan solat.
Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk.
Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.
Wallahu a'laam
P/s: Dengan saya ada email Ustaz As'ad. Jika sesiapa nak berhubung dengan beliau bolehlah berikan email anda pada saya dengan send pada mail saya(alamat mail saya ada pada ruangan profile). Insyallah nanti saya send alamat email ustaz.
5 comments:
MasyaAllah..jrg kita nk jmpe pemuda yg menjaga solatnya skrg ni..seriously,mmg inilah dilema musafir muslim nak2 kita pelajar setiapkali pergi balik ke kampung dari IPT msg2. sy sendiri,pernah merasa dimarah oleh seorang pemandu bas(islam rasanya)sebab meminta izin untuk solat ketika bas berhenti hanya untuk 5 minit. sy minta dipanjangkan waktu berhenti ke atleast 15 minit. itu pun nasib baiklah dapat juga berhenti.
tahniah atas kongsian anda. smoga lebih ramai yang punya kesedaran seperti anda.=)
hem,,sebenarnya masih ramai pemuda pemudi yg masih jaga solat.
kalau nak minta solat pun driver tu nak marah, alamatnya driver tu sebenarnya 'dalam bahaya'
baik la bertaubat.
dilema yang sama. satu2 nya masalah apabila bermusafir jauh sebegini.
benda ni bukan hal kecil. syarikat bas sepatutnya prihatin dengan hal macam ni.
kalau jadi apa2, masih boleh nak menjawab depan bos.
depan Allah?
emmm...
btol tu..tapi alhamdulilallah sebab setaw shahril xpernah menghadapi situasi sedemikian...prepare for the worst..tq
alhamdulillah...syukran atas perkongsian...
kat sini saya nak share gak sedikit pengalaman kat sini..kat tmpat saya, sangat susah nak jumpa masjid..waktu solat pun dekat2..
so kalau kluar mana2 kitaowang akan buat khuf siap2, bawak kompas kiblat,botol air (takut2 x jumpa tandas).jaket dijadikan sejadah. km solat je kat mana2 eg: supermarket, parking lot
time nak solat tu akan gilir2. cth: mula2 dua orang dulu solat (jemaah), then ada dua orang lagi akan jaga "line". then tukar plak. ini dilakukan supaya jika terjadi apa2 or ada owang tanya, akan ada y dapat explain.(cam zaman perang plak)
alhamdulillah....stil dapat solat. tak dak alasan untuk tinggalkan solat krn Islam telah menggariskan cara2 yang mudah untuk solat dalam pelbagai situasi..
wallahualam
Post a Comment