Sejak akhir-akhir ini saya melihat musuh-musuh Islam sedang rancang menyerang organisasi Islam dan para pejuang Islam. Saya melihat ini berlaku di tanah air saya yang tercinta.
Organisasi Islam dan para pendokongnya yang ikhlas ingin mendaulatkan Islam dibantai dengan begitu teruk sekali. Salah satu caranya, mereka diburukkan dan difitnah melalui blog, media massa dan lain-lain.
Ini adalah satu sunnahtullah(ketetapan Allah) pada mereka yang ingin memperjuangkan Islam. Mehnah dan tribulasi ini telah lama 'dinikmati' oleh para rasul serta pengikut mereka.
Saya tidak ingin mengulas apa bentuk-bentuk serangan yang mereka lakukan.
Tapi apa yang saya ingin menasihatkan kepada diri saya dan mereka yang menulis blog supaya berhati-hati dalam menulis.
Jangan jadikan tulisan-tulisan di dalam blog kita sebagai tempat menghamburkan fitnah atau memburukkan imej organisasi Islam serta pendokongnya.
Islam bersifat adil. Ia memberikan kebebasan jika anda ingin mengkritik dan mencadangkan sesuatu kepada sesebuah organisasi Islam dan pendokongnya, namun anda harus ingat, ia dinaungi dengan adab dan akhlak.
Sekiranya, tulisan kita itu ibarat lebih kepada mencurah cuka pada luka daripada merawatnya, maka nantilah balasan Allah di dunia dan akhirat.
Kita akan bertanggungjawab di mahsyar nanti atas apa yang kita tulis.
Tangan yang kita guna untuk menaip tulisan di dalam blog itu juga akan memberikan kesaksian kepada Tuhannya.
Dalam keadaan musuh Islam sedang membuat propaganda dan fitnah dalam media massa sekarang, saya ingin sama-sama mengajak sahabat-sahabat menghayati sedikit nasihat yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Nik Abduh di dalam blognya:
Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Kita harus ingat, musuh-musuh Islam yang paling bahaya boleh terdiri daripada orang Islam sendiri. Mereka ini berjasadkan malaikat tetapi roh mereka adalah syaitan. Jadi, jangan kita sampai jadi seperti mereka ini.
Mendaftarkan diri
Dalam keadaan genting di mana Islam diserang dari pelbagai sudut kini, saya mengajak diri ini dan sahabat-sahabat sekalian untuk segera 'mendaftarkan diri' kepada Allah untuk menjadi individu yang sanggup mempertahankan setiap sendi-sendi Islam daripada serangan musuh-musuhnya.
Kita tidak punya pilihan. Allah hanya menawarkan dua perkara, syurga atau neraka. Tiada istilah atas pagar. Saya ulangi, TIADA ISTILAH ATAS PAGAR.
Jika kita menyatakan sokongan untuk Islam bersedia mendokongnya, maka kita telah memilih syurga. Tetapi jika kita tidak menyatakan sokongan terhadap Islam serta berdolak-dalih dengan istilah atas pagar, maka tungguhlah Zabaniah dipintu neraka.
Antara pendokong dan penyokong
Tidak dinafikan kita sudah ramai yang menjadi penyokong kepada organisasi Islam tetapi bagaimana pendokongnya?
Pendokong bekerja, bagaimana pula penyokong?Sekadar menyokong?
Oleh itu, cukuplah sekadar menyokong, tetapi mari kita mendokong. Mari sama-sama bekerja untuk Islam dan bukan menjadi pemangkin meruntuhkannya lagi. Buatlah kerja seikhlas hati tanpa terlalu cerewet memilih-milih kerja. Manfaatkan kepakaran yang ada untuk Islam.
Jangan tunggu kerja tapi CARI KERJA. Jangan biarkan setiap hari kita berlalu tanpa memikirkan "apa kerja yang ingin sumbangkan untuk Islam hari ini?"
Relakan diri untuk lakukanlah apa sahaja asalkan ia bermanfaat untuk Islam. Hatta jika Islam memerlukan sukarelawan untuk menjadi pencuci kasut para pejuang Islam sekalipun, pastikan kita orang pertama yang bangun mengangkat tangan sambil berkata:
Sanggupkah anda?
3 comments:
Assalammualaikum Warahmatullah...
Saya faham apa yang abg ehsan cuba sampaikan tp saya sendiri xsure(takut kalau saya xsedar) apa yg saya tulis di blog itu secara xlangsung mungkin salah...jd saya harap abg ehsan akan tolong saya dgn memberi tegurn jika saya tersilap langkah. Sesungguhnya saya hanya insan biasa yg sentiasa membuat kesilapan, tambahan lagi saya masih baru dalam menulis blog ini..
Terima kasih........
Wslm wbrt
tak pa kita sama-sama belajar. Kita yang faham Islam ni kena jadikan Islam sebagai medium untuk memberi kefahaman Islam pada semua orang.
berdakwah dengan menulis.
Cuma ada ramai blogger sekarang yg terlalu biadap. Ada sanggup menghina nabi Muhammad SAW.
sila tengok di sini:
http://adukataruna.blogspot.com/2009/12/muhammad-saw-bodoh-atau-hadi-awang.html
Terima kasih...
Saya dah view blog t'sebut, saya sgt t'kejut apabila m'baca blog t'sebut. Seprti yg abg ehsan cakap, blog itu m'hina Nabi Muhammad S.A.W. Dlm masa yg sama saya turut rasa sedih....(hiba kerna ada org yg salh gunakn blog mreka)
Terima kasih lagi sekali saya ucapkan...
Post a Comment