Followers

Sunday, January 24, 2010

Kerana Kasihnya


Ibu ayam menelurkan beberapa biji telur. Telur tersebut dijaga hingga menetas.

Bila anak ayam menetas, si ibu menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Ke mana sahaja ibu ayam pergi, dia akan bawa anak-anaknya. Tidak pernah dia tinggal anak-anaknya walau seketika.

Pada usia yang sangat muda itu, anak-anak ayam sangat kasihkan ibunya. Bagi mereka, ibu mereka adalah dunia mereka. Ibu mereka adalah segala-galanya bagi mereka. Makanan mereka adalah dari dari apa yang dikais oleh ibu mereka. Tempat tidur mereka adalah dibawah kepak ibu mereka.

Bila sejuk, mereka akan berkumpul di bawah kepak ibu mereka. Bila ada musuh, mereka akan menyorok di bawah kepak ibu mereka. Mereka sangat kasih dan siqah pada ibu mereka. Mereka tahu, jika ada pemangsa ingin memakan mereka maka ibu merekalah yang akan mula-mula sekali menjaga mereka.

Ibu mereka adalah tempat bermanja mereka. Tempat untuk mereka menceritakan masalah mereka. Tempat mereka bermain. Bahkan jika ada kemusykilan dalam hidup mereka, ibu merekalah yang akan dicari. Semuanya ibu mereka.


Kasih sayang si ibu ayam melimpah ruah pada anak-anaknya. Tidak pernah malap.

Segala ilmu serta fikrah diberikan pada anak-anaknya adalah bekalan buat bila sudah dewasa nanti.

Si ibu ayam sanggup bersusah payah demi anak-anaknya. Biar dia kesejukan dalam hujan asalkan anak-anaknya tidak kesejukan di bawah kepaknya.

Harapan ibu ayam hanya satu. Mudah-mudahan anak-anaknya selamat membesar dengan fikrah yang tulen. Dengan keyakinan yang sahih.

Namun, si ibu ayam dapat merasai apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Bila anak-anaknya sudah besar dewasa. Sudah kenal dunia dan teman-teman baru. Ketika itu ibu mereka sudah tidak diperlukan. Mereka boleh berdikari. Punya hidup sendiri.

Tapi si ibu ayam tetap tidak pernah putus asa. Dia tetap dengan menjalankan amanah sebagai ibu kepada anak-anaknya.

Doanya tidak pernah sunyi buat anak-anaknya. Doa penuh ikhlas suci. Kerana ia adalah doa dari 'ibu'.

Harapannya hanya satu. Satu masa nanti, bila dia sudah tidak bernyawa, kalau tidak semua pun dari anak-anaknya, mudah-mudahan masih ada beberapa ekor dari anak-anaknya dapat meneruskan apa yang dia telah lakukan untuk mereka hari ini, kepada generasi mereka pada masa depan.


Insyallah. Semoga Allah mudahkan.

Ameen.

3 comments:

abdulfattah said...

salam, bla baca post nta teringat kan mak ana...walaupun dia meninggalkan ana bsama ngan nenek ana, tp dia tetap jadi spt ibu ayam yg nta tulis..slalu mengharapkan yg terbaik u anaknya...bg ana x terbalas jasa mak yg byk 2, slalu risaukan anak2 dia, mampukah kita mbalas perit n sakit mak kita melahirkan kita? so x de sebab rasanya kita perlu membenci ibu kita...smga ibu2 kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...amen

ehsanhalim said...

ameen

Dx said...

ksaih.......sayang....perkara yang diinginkan....