Assalamualaikum
Pernah satu ketika saya menghadiri satu program sewaktu cuti tahun Baru Cina. Seorang penceramah memberikan sedikit pengisian. Ia menyentuh penyakit-penyakit yang ada dalam penggerak-penggerak dakwah.
Antaranya adalah Ghaflah.
Gahflah boleh diertikan sebagai lalai. Bila digabungkan dengan Mujahidun, maka ia menjadi Mujahidunal Ghafilun ataupun Pejuang yang Lalai.
Dalam arena dakwah ini, pelbagai cubaan dan ujian datang. Baik ujian luaran seperti musuh-musuh Islam, ada juga ujian dalaman seperti nafsu, syaitan dan emosi.
Apabila si pejuang itu tidak benar-benar kuat persediaan dirinya, maka dia amat mudah terkena penyakit Ghaflah ini. Maka dia akan lalai.
Apabila dia lalai maka syaitan akan mudah 'merogol' imannya beramai-ramai. Baik syaitan jantan atau syaitan betina bahkan syaitan khunsa' sekalipun.
Akhirnya, dia akan futur dari memperjuangkan Islam. Dia futur kerana imanya sudah hancuss dirogol syaitan..hancuss hingga sukar untuk bangkit lagi.
The end of the story, dia akan hilang dari peta arena dakwah. Malah dia pula bertukar dari da'ie kepada mad'u. dari penyelesai masalah umat kepada penambah masalah umat.
Maka ketika itu tiada lagi kemuliaan dalam dirinya. Tiada lagi doa pejuang-pejuang Islam yang lain untuk dirinya. Tiada lagi juang beli Allah padanya.
" Wahai orang-orang yang beriman, hendakkah Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan azab yang pedih?"
" (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik jika kamu ketahui. " -As-Soff ayat: 10-11
Menurut ustaz tersebut, dalam berjuang ini kita akan seronok bila dalaman kita seronok. Bila dalaman kita seronok berjuang, sedasyat mana pun ujian yang menimpa maka ia akan terasa HALAWAH.
Apakah itu HALAWAH?
HALAWAH adalah kemanisan. Kemanisan berjuang. Cuba anda bayangkan jika semua ujian yang menimpa kita terasa manis.
-bila duit banyak digunakan utk dakwah terasa manis
-bila masa banyak digunakan utk dakwah terasa manis
-bila banyak masalah menimpa terasa manis
- etc
Ini akan buatkannya sentiasa tersenyum bila menerima ujian semasa berjuang. Tiada rasa kecewa atau putus asa dengan rahmat dan pemberian Allah. Jiwanya sentiasa redha pada Allah.
Mungkin orang awam akan pelihat kepayahan pada mereka yang berjuang, tapi bagi mereka itu satu kemanisan.
Ustaz tersebut memberi contoh, katanya dia ada 9 orang anak. Masa dia berdakwah kepada masyarakat penuh. dari pagi sampai malam. Gaji yang ada tak seberapa. Jika orang awam tengok, sudah pasti keluarganya susah disamping masa dia bersama keluarga yang terhad.
tapi bagi dia, isteri dan anak-anaknya itu semua adalah ujian yang terasa manis nikmatnya. Segala kesusahan Allah tunjukkan jalan keluar dan Dia alirkan sakinah serta keberkatan dalam keluarganya. Mereka tidak punya sebarang masalah. Anak-anak semua berjaya.
Untuk memperolehi HALAWAH perlu singkirkan GHAFLAH dalam diri.
Kadang-kadang para pejuang itu mudah dihinggapi Ghaflah atau lalai.Antaranya kerana:
-sokmo buat maksiat dan sejuta tahun sekali baru nak bertaubat
-tinggalkan ibadah sunat seperti (solat-solat sunat, solat berjemaah, baca quran, mathurat, puasa Isnin Khamis etc)
-Bodoh lagi Jahil kerana malas membaca buku dan menghadiri majlis Ilmu
-hati berkudis dengan sifat buruk seperti su'zon pada sahabat, dengki, gila kuasa, pemarah, dendam kesumat, menyampah pada orang etc
-Sombong dengan orang soleh dan orang alim.(Jarang berdamping orang-orang seperti ustaz-ustaz, naqib naqibah dan ahli jemaah surau. Yang dia tau hal dia ja.)
-Terlalu sibuk dan cintakan dunia.(sibuk cari duit pagi petang siang malam, sibuk dengan asingment itu ini ..etc)
-Selalu cari alasan tidak hadir program-program Islam (Menurut seorang ustaz, bila sekali kita sengaja tak hadir ke mana-mana program Islam dengan alasan tidak munasabah, maka syaitan akan mudah untuk meniup alasan tidak hadir ke program-progam akan datang)
Banyak lagi perkara yang kita boleh membuatkan kita tercalon sebagai mujahidunal GHAFILUN.
Sama-sama kita sedar. Esok lusa kita akan kembali pada Allah. Kita boleh pilih samada kita nak kembali dalam keaadaan GHAFLAH atau beriman dan berjuang kepada Allah.
Sedikit renungan mengenai kematian:
Umar bin Abd Aziz ( dari keturunan Umar Al-Khattab) pernah memberi khutbah pada rakyatnya semasa dia menjadi khalifah Ar-rasyidin yang kelima:
" Wahai manusia.."
Tiba-tiba kerongkongnya tercekik, lalu dia terdiam dan berkata lagi,
" Wahai manusia.. Sesungguhnya antara seseorang dan Adam tidak ada lagi moyang yang hidup, semuanya telah menemui kematian. Wahai manusia, kamu semua dalam lingkaran orang-orang binasa. Dalam rumah orang-orang yang mati dan dalam bilik orang-orang yang mangkat. Mereka semua adalah tetangga kamu kelmarin. Kini, mereka berada dalam ruang kematian, rohnya berada dalam posisi aman dan selamat sampai hari kiamat atau terseksa sampai hari kiamat.
Kematian itu akan hinggap ke leher kamu dan kamu akan diletakkan di perut bumi, selepas kamu merasakan kemewahan hidup dan kelazatan dunia.
Kita semua milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Dan demi Allah aku ingin memulai dengan diriku dan keluargaku hidup dengan rakyat hingga benar-benar sama hidupku dengan kamu. Demi Allah, seandainya aku inginkan yang selain itu daripada perkataanku tadi tentulah lidahku boleh berbicara lebar dan tentulah aku mengerti sebab-sebabnya".
Selanjutnya dia meletakkan hujung jubahnya di wajahnya lalu menangis dan menangislah orang-orang yang bersamanya.
Buku:Umar Bin Abdul Aziz-Peribadi Zuhud Penegak Keadilan. Karangan Abdullah dan Abdul Hakam.Terbitan Alam Raya Enterprise.
Fikir-fikirkan. Muhasabah-muhasabahkan. Renung-renungkan.
No comments:
Post a Comment