Followers

Saturday, March 6, 2010

Bila Ehsan Sudah Jatuh Cinta

Dengan nama Allah, Tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang.


Saya adalah manusia. Seorang manusia punyai fitrah yang sama. Fitrah untuk jatuh cinta dan pada hari ini fitrah itu semakin kuat bergelora dalam diri saya.

Saya tidak mampu lagi untuk menyembunyikan lagi perasaan tersebut. Ingin saya kongsikan dalam post kali ini berkaitan perasaan cinta saya tersebut.

Sebenarnya perasaan ini telah lama saya simpan, tetapi sejak pergi ke satu program di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas di Cheras perasaan tersebut makin mendalam.

Program tersebut adalah program Interactive Dakwah Training. Di dalam program tersebut kami didedahkan dengan ilmu perbandingan agama. Ada 4 agama utama yang dibincangkan di situ iaitu Islam, Cristian, Budha dan Hindu.

Selepas menghadiri program tersebut, saya dapatkan rasakan bahawa saya sudah jatuh cinta dengan ilmu perbandingan agama. Sebenarnya sudah lama saya pendam keinginan untuk belajar ilmu ini tetapi hajat tidak kesampaian dan Alhamdulillah pada minggu yang lalu Allah permudahkan saya untuk mempelajarinya. selama ni saya hanya berpeluang mendengar dari mulut rakan-rakan yang pernah hadir.

Pada 27-28 mac yang lalu saya dan sahabat saya Akhi Firdaus bersama adik usrahnya, Syed telah menghadiri ke program Interactive Dakwah Training (IDT) di IPIK, Cheras. Dari Ipoh kami menaiki bas ke cheras pada 6 petang dan kemudiannya disambut oleh urusetia program di stesen LRT Cheras pada jam 9.30 malam. Urursetia program itu juga merupakan sahabat baik saya iaitu akhi Huzaifi dan Akhi Aizudin.

Terima kasih kepada pihak IPIK kerana menyediakan penginapan pada kami.

Sepanjang 2 hari program banyak yang saya pelajari. Terasa teruja belajar dapat belajar secara live dari orang yang berpengalaman. Selama ni saya hanya belajar dari video-video Ahmad Deedat dan buku-buku dialog antara agama. Tapi disebabkan ilmu perbandingan agama ni terlalu complicated, saya sukar untuk faham. Banyak buku tentang perbandigan agama yang tak mampu saya habiskan kerana tak faham terutama bila bincang tentang agama kristian. Jadi, saya hanya menyimpan rasa dan keinginan bila saatnya saya dapat berlajar secara terus dari orang berpengalaman berkenaan ilmu perbandingan agama ini.


Sepanjang IDT tersebut saya dapat mempelajari dari jurulatih PERKIM Ampang iaitu Bro Lim Joi Soon, Bro Amin, Bro Kamarul. Merekalah yang bentangkan setiap tajuk-tajuk seperti:

-Memahami cabaran mualaf
-Bible Study
-Kepercayaan dan perayaan agama hindu
-Kepercayaan dan perayaan agama Budha
-Perbezaan Kristian katolik dan Protestan

dan lain-lain lagi.


Secara keseluruhannya IDT benar-benar bermanfaat bagi saya. Banyak buku yang saya beli. Syed, adik usrah firdaus membeli bible. saya pula beli konsep monotism dalam bahasa mandarin untuk dihadiahkan pada rakan-rakan berbangsa cina. Saya tidak beli bible kerana saya telah pinjam dari sahabat saya, Syakur.

Terasa bersyukur kerana dipilih Allah untuk hadir ke IDT. Jika dinilai yuran RM50 utk dua hari dan tiket bas dan LRT pergi balik, terasa amat kecil berbanding ilmu yang diperolehi.

Insyaallah dengan sedikit kefahaman yang saya dapat dari IDT ni akan membantu saya merealisasikan cita-cita saya untuk membawa 2 orang non muslim menjadikan Islam sebagai cara hidup sebelum saya keluar IPIP.


Bersama sahabat-sahabat IPIK penggerak Biro Agama Kerohanian JPP IPIK selepas program.



Bro Lim dan Bro Amin


p/s: Bro Lim ada mesej saya berkaitan program IDT terdekat iaitu pada13-14 March. di Masjid Ampang.Yuran RM 120 untuk masyarakat awam dan Rm60 untuk student. Sebarkan.

Segala maklumat lanjut boleh hubungi Bro Lim: 0123661121

1 comment:

Mujahidah Muslehah... said...

Salam...

Boleh x A.Ehsan bagi maklumat lebih t'perinci mengenai program IDT yg akan dbuat di Ampang 2?
Syukran...