Followers

Tuesday, March 9, 2010

Perayaan Pongal: Sedikit Ulasan dari Pengalaman IDT



Dengan nama Allah, Tuhan yang Satu

Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dan rakan-rakan dapat semasa pergi ke Interactive Dakwah Training berkaitan dengan Hindusm.

Baru-baru ini penganut agama hindu meraikan perayaan Pongal. Perayaan ini dirayakan dengan meriahnya oleh rakan-rakan dari pengajian Tamil di IPG saya.

Mereka membuat pameran semua yang berkaitan dengan perayaan Pongal. Selama ini, saya tidak faham apa maksud setiap perkara yang mereka pamerkan. tetapi setelah saya pulang dari IDT, saya dapat memahami serba sedikit apa itu perayaan Pongal.

Perayaan Pongal adalah satu perayaan penganut Hindu sebagai tanda kesyukuran setelah mereka tamat musim menuai. Walaupun sebahagian mereka sudat bekerja di bandar dan tidak menuai, tetapi mereka masih boleh meraikannya.

Disini, saya ada lampirkan beberapa gambar yang saya ambil dari pameran dibuat oleh pelajar Pengajian Tamil.

Replika susu. yang putih itu adalah kapas yang melambangkan susu


Ini adalah replika susu yang dimasak menggunakan periuk tanah. Setiap kali Perayaan Pongal penganut Hindu akan memasak susu menggunakan periuk tanah. Susu itu pula akan sengaja dibuakkan hingga melimpah. Ia adalah sabagai satu simbolik kepada kemurahan rezki. Ia tidak dikira membazir kerana mengikut kepercayaan Hindu, susu tersebut sengaja dibuakkan supaya mudah-mudahan rezki mereka pada tahun itu murah.

Anda boleh tengok dari replika yang dibuat, kapas(ganti susu) sengaja dibuat terkeluar dari periuk tanah tersebut. Ia bermakna susu tersebut melimpah dan membuak apabila dimasak.


Beberapa buah Kolam yang dihasilkan oleh pelajar pengajian tamil yang dipamerkan di hadapan blok Seri Budiman



selain susu, penganut Hindu juga akan membuat Kolam. Kolam dibuat dihadapan rumah mereka. ia dibuat oleh anak dara yang berada di dalam rumah tersebut sebagai memaklumkan pada masyarakat, rumah mereka masih ada anak dara untuk dijadikan isteri.

Kolam dibuat dari beras yang diwarnakan.

banyak lagi perkara yang boleh kita pelajari dari perayaan Pongal ini. Setelah pergi ke IDT, saya menjadi lebih faham akan agama lain.

Setiap kali saya lalu di hadapan kuil semasa dalam perjalanan ke pekan tanjung, saya akan perhatikan setiap berhala yang terdapat pada pintu dan bumbung kuil. Disitu saya akan identify nama-nama tuhan mereka. setiap posisi berhala tersebut ada sebab kenapa ia diletakkan di situ.

Begitu juga setiap kali saya lalu dihadapan gereja. saya akan cuba identify samada gereja tersebut gereja katolik atau protestan. kalau kita dapat bezakan kedua-dua gereja ni kita akan mudah faham tentang agama kristian.

Sebagai contoh, semasa berlaku isu kalimah Allah, ada gereja protestan yang dibakar sedangkan yang memohon kalimah Allah digunakan dalam agama Kristian adalah dari golongan berfahaman Kristian katolik. sepatutnya yang menjadi tempat melepaskan kemarahan adalah gereja Katolik. Ini Gereja Protestan yang dibakar. sedangkan penganut Kristian Protestan tidak ingin menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.

Jelas, nampak sangat yang bakar gereja tu tak faham. semua ni merosakkan perpaduan dan keharmonian antara agama. Islam sendiri melarang kita merosakkan rumah-rumah ibadat hatta dalam peperangan sekali pun.

tuan guru Nik Aziz sendiri melarang umat Islam membakar gereja:


Jadi tiap-tiap orang nak bakar gereja...dia kena reti, gereja ini harta kawan kita orang Kristian... bila kita bakar kita telah melukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak," katanya.


Kedua-dua aliran agama kristian(Protestan dan katolik) ini berbeza dari segi asas yang bersifat aqidah. Bukan dari perkara furuk atau cabang.

sekian.


P/s: seronoknya dapat belajar tentang agama lain. kalau nak belajar, sertailah program Interactive dakwah training di masjid Ampang pada 13 dan 14 mac ni.Yuran RM 120 untuk masyarakat awam dan Rm60 untuk student. Sebarkan.

Segala maklumat lanjut boleh hubungi Bro Lim: 0123661121

No comments: