Followers

Monday, March 15, 2010

1 Peristiwa 1001 Pengajaran

Sekarang adalah minggu cuti pertengahan sem bagi IPG. Kabanyakkan pelajar IPG pulang ke kampung masing-masing termasuk saya. Untuk cuti kali ini saya pulang ke kampung di Johor terlebih dahulu untuk menjaga atuk. Namun, sebelum itu, saya perlu singgah di KL terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa urusan. Jadi saya bercadang untuk ke menaiki bas ke KL pada hari Jumaat malam sabtu.

Saya ke stesen bas bersama adik-adik usrah, Yusof, Azizi dan Farhan. Bila tiba di stesen bas, saya dapati semua tiket bas ke KL pada malam tersebut telah habis dijual. Jadi saya terpaksa menaiki bas jam 5 pagi pada keesokkan harinya supaya sempat tiba di KL sebelum jam 9 pagi. Jadi, kami pulang ke asrama dan sebelum pulang kami singgah kedai makan untuk makan malam.

Ketika di kedai makan. Sedang menunggu tempahan makanan.Dari kanan, Yusof , Farhan dan saya. Azizi cameraman.

Ni Azizi, sambil cover macho. Sedang menunggu burger.

Pada keesokkan harinya saya saya bangun pukul 3 pagi untuk bersiap ke stesen bas. Saya merancang untuk menaiki bas jam 5 pagi. Saya minta roomate kesayangan saya dan juga merangkap sahabat seusrah, akhi Rafiq untuk menghantar saya ke stesen bas Medan Gopeng.

Maka, tanpa membuang masa Rafiq pun mula memanaskan enjin 'kuda perangnya'. Kuda perang Rafiq memang laju. Lebih laju dari dari kuda perang saya. Dengan kuda perang itulah dia guna untuk berjihad dan berjuang. Ke tempat program, usrah dan lain-lain. Memang mantap!

Kami menaiki kuda perang tersebut membelah kegelapan malam dan embun pagi yang menyejukkan. Sepanjang perjalanan ke stesen bas, mata saya mencari-cari kedai runcit atau petrol pump yang masih buka supaya saya dapat membeli sebotol air mineral untuk dibawa semasa menaiki bas. Ia adalah sebagai backup jika bas tidak berhenti untuk solat Subuh. Jadi, air tersebut saya akan gunakan untuk berwuduk semasa di dalam bas. Namun, kebanyakkan kedai dan petrol pump sudah tutup ketika itu.

Tiba-tiba semasa dalam perjalanan, kuda perang Rafiq kehausan minyak. Ia mula berlari perlahan. Kami baru melepasi Caltex. Kira-kira 50meter. Rafiq bercadang untuk berpatah balik ke Caltex tersebut. Saya terpaksa turun dahulu bagi mengurangkan berat supaya minyak dapat dijimatkan.

Dalam kuatiti minyak yang cukup-cukup untuk sampai ke caltex tersebut, akhirnya Rafiq sempat sampai. Namun, petrol pump tersebut tutup. Masa semakin singkat. Lagi 10 minit bas akan bergerak. Kebetulan ada beberapa buah teksi sedang berehat di situ, jadi Rafiq meminta tolong sebuah teksi di untuk mengambil dan menghantar saya ke stesen bas.

Sementara itu, saya menelefon adik usrah saya dan juga adik usrah Rafiq,akhi Yusof dan akhi Azizi untuk menghantar minyak pada naqibnya di Caltex tersebut.

Alhamdulillah dalam 10 minit tersebut, akhirnya saya sempat sampai ke stesen bas dan dapat menaiki bas jam 5pagi tersebut. ( anda juga boleh baca cerita pengalaman minyak habis ini di blog akhi Rafiq)


Sepanjang dalam bas saya berfikir dan merenung pengajaran dari peristiwa ini.

1- Setiap perkara yang kita tidak sangka sebenarnya ia adalah tarbiah Rabbani yang telah disusun oleh Allah.

Semasa minyak motor mula menunjukkan bakal kehabisan minyak, hati saya terdetik, " apalah yang Allah nak tarbiah aku kali ini". Kalau nak difikirkan, boleh sahaja Dia memudahkan perjalanan saya dan Rafiq pada pagi tersebut. Tapi Dia mungkin sengaja uji kesabaran dan kebergantungan kami padaNya.

Pada saat itu, hati saya mula tersenyum dan bersangka baik pada Allah. "Mungkin Dia nak ajar sesuatu pada aku". Ini membuatkan saya tenang dan tidak buntu menghadapi masalah tersebut. Malah terasa seronok dan teruja untuk tahu apa yang Dia nak ajar pada waktu tersebut.

Di situ, saya mula check niat dalam hati. Bimbang ada niat yang tidak ikhlas untuk bermusafir pada hari tersebut. Saya juga kembali refesh doa naik kenderaan yang dibaca. Dalam sedikit kerisauan untuk mengejar 10 minit sebelum bas berlepas, saya membaca ayat seribu dinar. Mudah-mudahan Allah beri jalan keluar terhadap masalah yang berlaku. Ayat tersebut saya cuba fahami dan hayati kembali tuntutannya.( Antara mesej besar dalam ayat seribu dinar adalah KEPENTINGAN BERTAQWA ).

2- Rempah ratus ukhuwah

Dengan peristiwa ini membuatkan ukhuwah saya, Rafiq dan adik-adik usrah semakin rapat. Ia akan menjadi kenangan kami dalam berukhuwah. Ia ibarat rempah ratus yang melazatkan lagi adunan ukhuwah kami.

Berukhuwah jauh lebih bernilai dari berkawan. Kerana ukhuwah disatukan oleh aqidah Islam. Hubungan akan terjalin dengan ukhuwah apabila hubungan kita dengan seseorang itu kerana Allah serta sama-sama berjuang untuk Islam. Maka dia akan menjadi sahabat kita.

Sedangkan hubungan itu mungkin sekadar kawan jika ia dibina sebab keduniaan seperti untuk perniagaan, akademik dan lain-lain.

Seorang sahabat akan tetap mendoakan kebaikan sahabatnya meskipun mereka kadang kala berselisihan faham. Sedangkan seorang kawan belum tentu mendoakan kebaikan untuk kawannya meskipun mereka mesra berniaga atau membuat tugasan akademik bersama.

Kawan akan meninggalkan kawannya bila dia sudah tidak mempunyai kepentingan apa- apa lagi. Sedangkan seorang sahabat akan sentiasa bersama sahabatnya samada senang ataupun susah.

Allah menjanjikan 'ajran azima' / ganjaran besar di padang mahsyar bagi mereka yang bersahabat keranaNya.

Atas kelebihan-kelebihan bersahabat ini, syaitan sering mencari jalan untuk merosakkan ukhuwah. Antaranya dengan cara merosakan aqidah mereka yang bersahabat tersebut kerana syaitan tahu ukhuwah di bina atas dasar aqidah.

Salah satunya, syaitan akan menghasut hati mereka yang bersahabat supaya tidak rasa berdosa meskipun 3 hari tiga bertegur sapa kerana berselisihan faham. sedangkan ia ditegah dalam sebuah hadis,

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام

"Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam."

Hadis riwayat tirmizi.

Syaitan juga akan gembira apabila ada persahabatan yang terganggu. Kerana mereka yang bersahabat tersebut akan terhalang dari memasuki syurga sehinggalah mereka berdamai. Ia disebut dalam sebuah hadis sahih,

عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تفتح أبواب الجنة يوم الأثنين والخميس فيغفر فيهما لمن لا

يشرك بالله شيئا الا المهتجرين يقال : ردوا هذين حتى يصطلح
ا


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai. Riwayat tirmizi.

Takutnya tak dapat masuk syurga. Anda boleh baca lanjut berkaitan hukum tidak bertegur sapa di sini.


Keadaan dalam bas jam 5 pagi. Bas ni memang tak berhenti untuk solat Subuh. Seperti biasa saya akan minta driver bas berhenti supaya saya dapat solat Subuh dan seperti biasa juga dalam ramai-ramai penumpang, hanya saya seorang sahaja turun solat Subuh.


p/s: kali ini saya gunakan soalan yang lebih tricky untuk minta driver bas berhenti solat Subuh. Saya tanya pada dia,

" Bang, bas ni ada nak berhenti Solat Subuh tak? "

Dia kena jawab ya, sebab kalau dia jawab 'tak' dia akan rasa nampak teruk dan jahil. Dan saya yang bertanya pula, tidaklah kelihatan kasihan dan merayu-rayu minta dia berhentikan bas untuk solat subuh. Sedangkan dia yang memang sepatutnya wajib berhentikan bas untuk solat Subuh.

Antara soalan yang akan buatkan saya kelihatan memohon belas kasihan supaya bas ini berhenti adalah seperti,

" Bang, boleh tak berhenti jap untuk saya solat Subuh?"

Jadi, saya tidak tanya soalan seperti itu.

Seorang Muslim tidak boleh menjadi pandai tapi harus menjadi bijaksana

Fikir-fikirkan.

4 comments:

abdulfattah said...

salam, ok lah..ehsan, x nak dah hantar enta pi mano2 dah lepas ni..hehe..pape pn asiff n betu lah ad sesuatu yg Allah nk tunjukkan pg tu...tiap kali ana lalu tempat tu mesti tersenyum sorg2..haha..slmt bercuti...ukhwah abadan abada

Muna 'Izzah Md Isa said...

mabruk.
penuh pengisian.
ketukan untuk sy yg kdg2 lupa, ukhuwwah itu berlandaskan aqidah.
syukran, akh.
barakallahufik
:)

IMANNURBALQIS said...

alhamdulillah..ana suka ayat ini :
Seorang Muslim tidak boleh menjadi pandai tapi harus menjadi bijaksana..
ingat lagi dulu,hep sek ana tanya pd pelajar yg ditangkap merokok :

ustaz : berapa batang rokok nta hisap?

ana terfikir kenapa ustaz ana tak tanya

ustaz : nta hisap rokok x?

pengalaman mematangkan diri...

ehsanhalim said...

to abdulfattah:

biarlah, orang tak sudi nak wak gano..

biarlah ana membawa diri seorang diri.


to muna:
ya muna, ukhuwah bond by aqidah.
sahabat nabi, sanggup mati demi ukhuwwah mereka pada sahabat yang lain.

sbb aqidah mrk kuat.mereka lebih rindukan syurga dari dunia.


to iman:

ustaz enti mmg bijaksana!