Followers

Wednesday, March 24, 2010

Praq-teey-quom

Dengan Nama Allah,Tuhan yang 'Aleem(Maha Tahu) dan Hakeem(Maha Bijaksana)


Para pembaca budiman,

Alhamdulillah segala puji dan puja pada Allah yang telah memberikan saya masaNya untuk saya coretkan sedikit makalah di blog ni.

Sekarang adalah bermulanya praktikum bagi saya dan rakan-rakan IPG semester 5 seluruh Malaysia. Kami berpraktikum ( Praq-teey-quom) bermula 22 Mac hingga 16 April 2010. Sepanjang tempoh praktikum semua pelajar akan diberikan ditempatkan di sekolah dan diamanah untuk mengajar murid secara terus kemudian dinilai oleh pensyarah.

Saya berpraktikum di sekolah SK Raja Perempuan Ipoh bersama rakan saya,Wan Izzat. SK Raja Perempuan merupakan sebuah sekolah untuk pelajar perempuan sahaja. Guru-gurunya juga perempuan.

Saya dan Wan adalah satu-satunya guru lelaki. Mujurlah ada seorang kerani, pak guard dan pekerja kantin yang membuatkan golongan lelaki menjadi 5 orang di sekolah tersebut.

SK Raja perempuan terletak di tengah bandar dan pelajarnya terdiri dari pelbagai bangsa. Dari pemerhatian saya nisbah pelajar melayu , cina dan india adalah 4: 3: 3.

Biasanya saya selalu mendengar murid-murid saya bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Rasa tertarik bila tengok murid sekecil darjah 1 dan 2 bercakap dalam bahasa Inggeris bersama rakan mereka. Kebanyakkan yang bertutur dalam bahasa Inggeris adalah murid Cina dan India.


Praktikum membuatkan saya berdebar.Macam-macam persoalan bermain dalam kepala. Ia adalah hasil pemerhatian dan sembang-sembang saya dengan senior yang telah berpraktikum.

Biasanya perkara yang ketara bila dah berpraktikum adalah SIBUK.

SIBUK

ya, SIBUK.

Hasil pemerhatian saya, bila mereka sudah berpraktikum, :

-solat jemaah kat surau dah tak turun
-meeting biro agama jarang dapat join
dan lain2


maka ini antara perkara yang bermain dalam fikiran saya.

Adakah saya juga bakal senasib dengan mereka?
Adakah masih mampu untuk istiqamah dengan menggerakkan Islam?


Ah, malangnya diri ini jika segala-galanya dikorbankan semata-mata kerana SIBUK berpraktikum!

Maka saya memohon kekuatan supaya Allah berikan kekuatan untuk saya hadapi semua ini dan yang paling penting semoga Dia tidak lupa menitikkan keberkatan masa dalam 24 jam yang dikurniakan pada saya.


Keberkatan masa

Keberkatan masa amat penting. Masa dalam hidup kita ini akan sentiasa tenang dan berjaya diuruskan jika ada keberkatanNya.

Ada orang dalam 1 jam dia dapat buat 10 perkara dan ada orang hanya mampu buat 1 perkara dalam 1 jam. Ini adalah contoh orang yang Allah berikan keberkatan masa.

Jika keberkatan pada rezki pula, ada orang yang walaupun gajinya sekadar seribu ringgit tapi mampu menyara sepuluh orang anaknya tapi jika orang yang tiada keberkatan pada rezkinya, walaupun gajinya 3 ribu ringgit, masih tidak cukup menyara 3 orang anak.

Semua ini adalah kerana faktor keberkatan.


Masa adalah satu ciptaan dari Allah. Ia hanya dibentuk mengikut kekuasaan Allah. Masa juga adalah milik Allah. Jadi sama-samalah kita mohon keberkatan masa dari Allah supaya kehidupan di dunia kita ini tidak sia-sia dan di akhirat kita rugi.


SIBUK berpraktikum

Orang kata, bila berpraktikum memang sibuk dan saya tidak menafikannya. Saya diberikan pihak sekolah 8 waktu mengajar seminggu. Ada rakan-rakan lain 10 waktu. Memang banyak persediaan kena lakukan sebelum mengajar. Rancangan pengajaran harian, refleksi, alat bantu mengajar dan lain-lain.

Jika tidak bijak mengurus masa akhirnya kita gagal. Di dalam quran Allah SWT banyak bersumpah dengan masa. Seperti dalam surah 'Asr dan lain-lain (Wad Dhuha, Wal Lail).

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)



Pepatah arab juga ada menyebut:

Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan potong kamu (jika kamu gagal uruskannya maka kamu akan binasa)

Oleh itu saya cuba sedaya upaya, walau sesibuk mana berpraktikum, saya masih cuba istiqamah solat berjemaah di surau. Walaupun terpaksa bertolak seawal 6.45 pagi ke sekolah, tapi ia bukan alasan untuk tidak turun solat Subuh berjemaah di surau.

Selain itu harus bijak urus masa hadiri mesyuarat bersama adik-adik dalam lujnah tarbiah dan MT biro agama yang lain. Disamping itu cuba juga konsisten dengan usrah.

Tarbiah diri juga penting. Bacaan quran, mathurat, solat sunat harus sentiasa di update. Supaya hati tidak keras, jiwa tidak mati. Sebenarnya tiada alasan untuk tidak melakukan semua ini. Kerana kita boleh buatnya dimana-mana. Dalam kereta semasa perjalanan ke sekolah pun boleh mengalunkan mathurat secara fardi.


Ibadah

Sebenarnya setiap kesibukkan kita di dunia akan dikira ibadah dan mendapat pahala sekiranya ia adalah kerana Allah. Berpraktikum, belajar, makan, tidur, main, buat assigment, meeting dan lain-lain akan dikira ibadah jika semuanya adalah kerana Allah.


Dunia

Sekarang ini kita semua hidup di dunia sebelum kita berangkat ke alam barzakh. Memang sudah menjadi sifat dunia, Allah jadikan sibuk dan indah. Banyak ayat Al-Quran yang menyebutnya. Jadi, kita tidak harus obses dan mengabdikan diri untuk dunia.


Dunia adalah makhluk yang dicipta oleh Pencipta. Jadi mengapa kita harus obses dan mengabdikan diri pada makhluk? Lebih baik kita obses dan mengabdikan diri pada Pencipta kepada makhluk.

Fikir-fikirkan

3 comments:

Hayyi Mohamad said...

mabruk alaik..selamat berpraktikum..anak2 murid di luar sana menunggu sentuhan insan brnama mu'allim,insan bernama murabbi,,agar mereka kenal hakikat diri..hamba sejati yg diharapkan,,salam rindu n doa dari jauh,,('',)

Dx said...

salam.............semua orang pernah sibuk..........
maka benarlah kata Imam Hassan Al' Banna " kewajipan yang kita ada melebihi masa yang kita ada "

Super0wsem! Clozzette said...

terbaik!
jadi inspirasi untuk saya..
semoga istiqamah..